[ 25 ]

41 9 5
                                    

        Ikmal bernyanyi riang sambil mencuci rambutnya. Cermin yang berada di hadapannya menambahkan lagi angan-angannya. Pelbagai jenis mimik muka yang dibuat agar menghayati setiap lirik yang dinyanyikan.

"Kau gadis ku yang cantik, coba lihat aku disini..." Lagu P.U.S.P.A nyanyian St12 itu merupakan salah satu lagu kegemaran Ikmal.

Kejadian di meja makan sebentar tadi tiba-tiba berlayar di kotak fikirannya. Wajah Ikmal berona merah dan rasa berbahang.

"Kau jangan nak fikir bukan-bukan Ikmal! Mulut aku ni pun macam tak ada break langsung. Kalau orang tanya aku pun aku malu. Muat ke boxer yang aku belikan tu? Ya Allah! Aku pun rasa malu." Ikmal menampar wajahnya berkali-kali sehingga syampoo yang masih ada di tangannya termasuk ke dalam mata.

"Aduh pedih, pedih." Dengan pantas Ikmal membasuh matanya. Sedang elok Ikmal memberus gigi, baru dia teringat baju kerja yang belum di gosok.

"Baju kerja aku! Aku belum gosok lagi. Qayyum! Qayyum!" Jerit Ikmal di dalam bilik mandi tetapi Ikmal berasa jeritannya tidak cukup kuat lalu Ikmal keluar dari bilik mandi untuk meminta pertolongan Qayyum.

Kebetulan ketika Ikmal membuka pintu, Auriellia berada di hadapan bilik tetamu.
Keadaan Ikmal yang hanya bertuala mengejutkan Auriellia.

"Ah!" Jerit Auriellia. Qayyum yang berada di belakang Auriellia merasa terkejut apabila Auriellia tiba-tiba sahaja menjerit.

Qayyum juga sama terkejut seperti Auriellia lebih peliknya Qayyum juga turut berteriak malah lebih nyaring dari Auriellia.

"Weh, kau tak sepatutnya menjerit! Kawan kau tu suruh pakai baju dulu." Tegur Auriellia dengan matanya masih tertutup rapat.

"Oh betul. Hoi, kau buat apa gila? Kalau kita berdua je tak apalah. Lia, Lia kau masuk bilik dulu." Badan Auriellia ditolak lembut masuk ke dalam bilik selepas membuka pintu bilik tetamu.

"Apa jerit-jerit ni?" Tanya Puan Salina risau.

Ketiadaan Auriellia lebih merisaukan Puan Salina.

"Lia mana Lia? Apa dah jadi ni?"

"Ma, ma Lia dalam bilik. Tak ada apa-apa pun. Tadi ada lipas. Terkejut kitaorang. Kan Ikmal." Qayyum memberi isyarat ke arah Ikmal yang masih tercegat di hadapan bilik.

"Betul Lia." Kepala Qayyum terus berputar sepantas kilat. Pandangan mata Qayyum yang menggerunkan menyedarkan Qayyum.

"Eh betul aunty." Ikmal merasa takut sehingga dahinya mengeluarkan peluh walaupun disana sejuk.

"Betul ke ni?" Tanya Puan Salina dengan pandangan yang penuh curiga.

"Betul-betul." Ucap Qayyum lalu menyeret Ikmal masuk ke dalam bilik. Pintu bilik Ikmal di hempas kuat.

"Aku kena balik. Baru satu hari dekat sini dah macam-macam jadi." Ucap Auriellia sambil memegang kepalanya lalu keluhan berat di lepaskan.

"Kau alright ke tak alright ni Mal? Kau kenapa? Cuba kau explain. Kau lupa ke Lia ada dekat sini?" Bebel Qayyum manakala Ikmal hanya menunduk memandang lantai.

"Aku tahulah body kau cantik. Tak pasal-pasal Lia dah nampak. Kalau nak di bandingkan body aku lagi cantik."

"Kau jealous ke? Kata kawan je. Kalau kawan je tak payahlah nak jealous. Kalau aku kahwin dengan Lia lagi puas dia tengok badan aku yang mantap ni." Kata Ikmal cuba mengapi-apikan Qayyum. Senyuman senget diukir dibibir.

"Kawan?" Ucap Qayyum.

"Yelah. Kau yang cakap Lia kawan je. Kalau macam tu aku nak try Lia. Oh by the way nah tolong gosok baju ni. Aku panggil kau sebab nak mintak tolong gosokkan baju. Kalau kau tak ada tadi, aku nak mintak tolong Lia. Baru ada feel macam suami isteri. HAHAHA!" Kata Ikmal sambil ketawa jahat.

I Love You Where stories live. Discover now