[ 24 ]

46 20 0
                                    

    Auriellia mengalamun di hadapan cermin. 'Kenapa aku ada dalam rumah ni?' Tanya Auriellia di dalam hati seolah-olah baru tersedar. Pantulan dirinya dipandang kosong. Auriellia menghela nafas berat. Hair drayer ditutup selepas rambutnya sudah kering lalu Auriellia kembali mengelamun.

'Lia, kau kena kuatkan hati. Jangan sesekali kau berharap dekat dia atau kau akan sakit lagi. Cukup sekali saja kau sakit.'

Kali ini Auriellia akan membina dinding yang lebih teguh dari sebelumnya untuk menjaga hatinya.

"Aku takkan buka hati untuk kau lagi Qayyum." Kata Auriellia yakin lalu Auriellia keluar untuk bersarapan. Perutnya juga sudah berbunyi kerana kelaparan.

Sebelum sampai ke meja makan, Auriellia terdengar suara Ikmal yang nyaring.

"Kawan? Kau anggap Auriellia kawan je?"

"Kenapa? Aku salah cakap ke?"

Langkah Auriellia terhenti. Kata-kata Qayyum jelas didengari oleh Auriellia. Kini Auriellia semakin yakin dengan keputusan yang dibuat.

'Kawan? Selama ni Qayyum menganggap dirinya hanya seorang kawan sedangkan dirinya menganggap Qayyum orang yang istimewa.'

'Aku dah buat keputusan yang tepat.' Perlahan-lahan Auriellia berjalan ke arah meja makan dengan senyuman yang sedikit palsu.

"Eh buah hati aku dah siap mandi. Meh makan sini." Pelawa Ikmal. Qayyum juga berdiri untuk menyambut Auriellia.

"Macam mana? Ngam ke baju tu?" Tanya Ikmal.

"Okay." Balas Auriellia singkat tanpa mempedulikan Qayyum yang menyediakan makanan untuknya.

"Bukan baju yang kau pakai dekat luar tu, aku tanya yang kat dalam." Selamba sahaja Ikmal bertanya dimeja makan tanpa berfikir panjang.

"Astagafirullah Ikmal. Benda tu pun kau nak tanya? Bang, bagi ceramah sikit si Ikmal ni biar bagi bersih sikit. Kau tak tengok ke Lia malu tu." Marah Puan Salina ke arah Ikmal.

"Apa? Salah ke saya tanya macam tu? Saya takut Lia tak muat. Sumpah, saya tak fikir bukan-bukan. Aunty, uncle tolonglah percaya cakap saya. Okay okay saya minta maaf. Lia, aku minta maaf..."

Ikmal memandang Qayyum tidak puas hati dari atas ke bawah kerana Qayyum menyembunyikan Auriellia dibelakang badannya. Qayyum juga memandang Ikmal dengan pandangan yang jijik.

"Apa hal kau ni? Aku nak cakap dengan Lia. Kau tepilah!" Marah Ikmal. Buat seketika, Ikmal takut Auriellia akan marah padanya.

"Kau mesti fikir benda bukan-bukan dekat Lia kan? Kau tak boleh dekat dia. Kalau nak cakap apa-apa, kau boleh sampaikan dekat aku nanti aku cakap dekat dia."

"Eh bodohnya, dia dekat belakang kau je. Dia boleh dengar apa yang kita cakap nilah bengap. Lia, Lia aku minta maaf okay. Kau sarapan dulu nanti kita cakap lagi aku pun nak pergi kerja ni."

*
*
*

Apabila Ikmal dan orang keduanya pergi, barulah Qayyum dan Auriellia mula makan.

"Boleh lagi dia tanya macam tu dekat kau. Kau jangan nak fikir sangat apa yang dia cakap tu. Sekarang kita makan dulu." Ucap Qayyum lalu duduk berhadapan dengan Auriellia.

Alangkah terkejutnya Qayyum apabila melihat wajah Auriellia yang merah padam.

"Lia, Lia kau okay ke? Apahal merah sangat muka kau ni?"

Auriellia diam membisu. Perasaan malu yang dihadapinya tidak dapat terluah dengan kata-kata.

Qayyum seakan-akan tahu apa yang membuat gadis itu bersikap begitu.

I Love You Where stories live. Discover now