[ 20 ]

51 30 0
                                    

    Qayyum mencelikkan mata kerana merasa tidak selesa dibahagian kerongkongnya. Perlahan-lahan Qayyum turun daripada katil. Selimut miliknya masih setia memanaskan badannya yang dingin. Pintu bilik dibuka perlahan agar tidak menganggu tidur kedua ibubapanya.

"Eh, siapa pulak tak tutup tv ni." Kata Qayyum dengan suara yang lemah. Tubuh yang tidak bermaya digagahkan untuk menutup tv yang masih berbuka namun kakinya tiba-tiba berhenti. Qayyum kembali berjalan ke arah dapur untuk memasak bubur.

Almari kecil yang menempatkan makanan segera dibuka. Bubur ayam diambil lalu Qayyum menambah air hangat. Setelah air panas ditumpahkan, Qayyum mencapai satu air mineral. Lalu Qayyum membawa bubur ayam dan air mineral ke ruang tamu.

Tidak lama selepas itu, Qayyum selamat duduk di atas sofa berbentuk L. Selimut yang berada di badannya dibetulkan.

"Mana pulak remote ni." Satu persatu kusyen dibuka untuk mencari remote yang hilang. Tangan Qayyum beralih pula ke arah sofa yang betul-betul menghadap tv.

"Hah!" Qayyum terkejut dan terus terduduk di atas lantai namun masih dapat mengawal suaranya. Dia tidak menyangka ada seseorang yang memegang remote tv itu.

"Weh, Mal. Pergilah tidur bilik kau. Nak tengok tv konon. Sekarang ni tv pulak tengok kau. Kalau ye pun nak tidur sini, tutuplah tv." Bebel Qayyum perlahan lalu Qayyum memegang tangan yang disangka Ikmal untuk mengambil remote tv.

"Bisinglah." Kata Auriellia. Matanya masih tertutup rapat. Hoodie yang menutup kepalanya dibetulkan. Auriellia mencari posisi yang lebih selesa. Remote yang berada di tangannya diambil oleh Qayyum sebelum Auriellia sempat memusingkan badannya membelakangi tv.

Qayyum memegang dadanya. Tangan yang baru sahaja disentuhnya adalah milik Auriellia dan bukan Ikmal.

Belakang badan Auriellia dipandang lama. Tidak betah berada di atas lantai, Qayyum kembali duduk disofa bersebelahan Auriellia.

Tidak sampai hati untuk mengejutkan Auriellia, Qayyum pun menjamah bubur yang sudah masak.

1 jam sebelum...

"Kenapa tak boleh lelap ni?" Tanya Auriellia pada diri sendiri. Sudah setengah jam Auriellia mencuba untuk tidur tetapi matanya masih berdegil.

Auriellia duduk bersila sambil memandang cermin meja solek yang berada di hadapannya.

Tangan Auriellia membetulkan rambut panjang hitam pekat miliknya. Namun, tangannya terhenti. Memori bersama Qayyum tiba-tiba bermain di kotak fikirannya.

"Lia, kau tak pakai scarf ke?" Bisik Qayyum ke arah Auriellia yang berada di hadapannya.

"Pakai. Kenapa?" Tanya Auriellia semula.

"Habis ni apa?" Tangan Qayyum masuk ke dalam tudung Auriellia lalu menarik rambut Auriellia sedikit kuat.

"Ah. Kau ni kenapa gila? Aku panas jadi aku lepaskanlah. Nanti aku masukkan baliklah lepas habis sukan ni." Balas Auriellia marah. Auriellia memasukkan tangannya ke dalam tudung lalu rambut panjangnya dibawa kedepan.

"Oh panas? Jadi kau sukalah lelaki kat belakang tu tengok rambut kau? Blahlah kau. Pakai scarf macam tak pakai." Kata Qayyum lalu meninggalkan Auriellia dengan perasaan yang marah.

Auriellia menjeling Qayyum lalu memandang tajam ke arah lelaki yang berada di belakangnya.

"Letihnya. Qaseh nak air." Qaseh memberikan air untuk Auriellia serta-merta. Kasihan melihat Auriellia sedang keletihan. Tidak lupa jugak untuk memberi air ke arah Qayyum yang juga baru sahaja tiba.

I Love You Where stories live. Discover now