[29]

10 1 0
                                    

     "Rozy." Panggil Diana di meja makan. Waktu rehat adalah satu-satunya waktu yang boleh mereka bergosip. Setiba saja di meja makan, Diana memulai bicaranya.

"Hah kenapa?"

"Dari hari tu aku nak tanya kau."

"Kau nak tanya apa?"

"Siapa perempuan yang kau simbah tu? Aku dah lama nak tanya sebenarnya tapi aku asyik lupa. Sekarang aku teringat, aku tanya teruslah." Kata Diana lalu menyuap nasi goreng cina yang dia buat sendiri.

"Perempuan jalang tu? Nama dia Lia. Dulu masa sekolah menengah aku dengan dia kawan baik. Ha Qaseh pun dalam geng kitaorang. Dia dah sakitkan hati Qaseh apalagi aku back up la Qaseh. Dah dia yang start kekerasan dekat Qaseh dulu. Kau pun tau Qaseh tu lemah lembut. Dia takkan lawan balik punya. Jadi aku yang tolong Qaseh."

Membayangkan wajah Auriellia saja boleh menaikkan kemarahannya.

"Kau dah pernah tanya ke kenapa dia buat macam tu? Bincang ke apa?" Tanya Diana lagi ingin tahu.

"Bincang apa lagi? Dia dah mengaku depan mata aku yang dia tolak Qaseh. Dia tolak sebab tak dapat terima Qaseh suka Qayyum. Dia sendiri tahu Qaseh suka Qayyum. Kitaorang tahulah dia tu kawan baik Qayyum tapi kenalah jaga hati Qaseh jugak. Sejak tu memang aku kerjakan dia habis-habis. Tahu pulak dia tak nak melawan."

"Lelaki tu nama Qayyum? Habis lelaki tu macam mana lepas dia dengar semua tu?"

"Ni part paling best. Lelaki tu pergi tampar dia depan orang ramai. Waktu tu memang ramai yang tengok siap perempuan tu kena baling barang lagi. Tapi ada pulak hero yang datang tolong dia. Kembang bulu roma aku tengok dia ingat dia watak utama ke? Eh dia memang watak utama pun tapi watak orang jahatlah." Rozy ketawa jahat tanpa mempedulikan orang sekelilingnya.

"Eh kau boleh tak cerita macam mana isu ni boleh naik dalam geng korang. Sejak bila Qaseh suka dekat lelaki tu and sejak bila pulak perempuan tu suka lelaki tu?"

THROWBACK TINGKATAN 4.

"Hey Qaseh cuba kau tengok si Qayyum. Lelaki macam tu ke kau suka?" Usik Rozy sambil melihat Qayyum yang bermain di belakang kelas memandangkan mereka dalam kelas yang sama.

"Iye." Jawab Qaseh tanpa memandang ke arah Rozy kerana sibuk menyiapkan notanya.

"Kau tak nak confess ke? Dari Form 1 kot kau suka dia. Tahan giler. Apa yang special sangat dekat dia tu. Aku tengok biasa je."

"Bagi kau biasa je tapi bagi aku luar biasa."

Mahu termuntah Rozy mendengar kata-kata dari mulut Qaseh.

"Eh Qaseh. Aku bukan nak mengumpat Lia ke apa tapi kau tak rasa something ke?" Bisik Rozy sambil matanya masih melirik ke arah Qayyum.

"Kenapa?"

"Kau tak takut Lia rebut Qayyum dari kau? Kau tahu kan Qayyum dengan Lia macam mana? Lain macam kau tahu tak? Boleh tahan kebal mata kau tengok diorang."

Topik bicara Rozy menarik perhatian Qaseh. Pen yang di pegang di letakkan di atas buku lalu fokus ke arah Rozy.

"Kenapa pulak aku nak takut? Lia dah bagitahu banyak kali yang dia tak suka pun Qayyum. Dia cuma kawan baik dia je. Tinggal pun bersebelahan je. Kau janganlah fikir bukan-bukan."

"Macam mana aku tak fikir bukan-bukan. Sekarang Lia macam lain. Haish macam mana aku nak terangkan eh? Kita tengok je kelakuan dia bila dengan Qayyum. Jauh beza dengan dulu."

Dahi Qaseh berkerut apabila Rozy memberitahu mengenai tingkah Auriellia. Dia tidak pernah menyedari tentang Auriellia kerana dia sudah biasa melihat mereka sejak dari sekolah rendah lagi. Bagi Qaseh itu sudah biasa.

I Love You Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα