[ 19 ]

71 52 1
                                    

    "Lia, kau bancuhkan horlick boleh tak? Aku nak pergi lap dekat bilik Qayyum. And nescafe untuk aku. Boleh?" Pinta Ikmal dengan lembut.

"Mal, aku nak balik macam mana? Nanti parents dia datang macam mana?"

"Balik? Siapa cakap aku hantar kau balik? Kau tidur sini. Mak bapak si Qayyum kan nak datang."

"Tapi aku nak balik." Bantah Auriellia. Kaki kanan di hentak tanda protes.

"Kau baliklah sendiri aku tak nak hantar. Teksi ada tapi kau tak takut ke? Orang sekarang ni mana boleh percaya." Ucap Ikmal cuba untuk menakut-nakutkan Auriellia.

Auriellia menjeling Ikmal apabila lelaki itu tersenyum bangga.

"Baju aku? Takkan aku nak pakai macam ni. Aku tak selesa. Baju untuk esok macam mana?" Kata Auriellia sedikit risau. Setelah lama berfikir, Auriellia bersetuju dan terpaksa tinggal disini.

"Herm, malam ni kau pakai baju aku dulu tapi besarlah. Seluar pun kau nak ke?"

"Habistu? Takkanlah aku tak pakai seluar." Jawab Auriellia sedikit geram.

"Alah, manatahu kau nak pakai kain. Aku ada kain pelikat. Kau nak sekarang ke?"

"Lepas kau lap dekat bilik Qayyumlah. Aku pun nak buat air ni."

Tok! Tok! Tok!

"Hah tu diorang dah sampai. Pergilah bukak. Kau bukakkan eh. Bye."

"Woi, Mal! Apa aku nak buat ni? Nanti diorang fikir benda bukan-bukan." Ucap Auriellia gelisah.

*
*
*

"Woi bro, mak bapak kau dah datang. Diorang dekat ruang tamu kot."

Qayyum membuka selimut yang menutupi wajahnya serta badan miliknya. Mata dikecilkan cuba untuk melihat kelibat Ikmal.

"Mal, perempuan kau bawak tu Auriellia kan?"

"Memang Auriellia pun. Kau je fikir orang lain. Eh macam mana kau tahu? Ke kau buat-buat tak tahu tadi?"

Ikmal memanggung kepalannya memandang Qayyum. Tangannya masih ligat membersihkan lantai bilik Qayyum.

"Kesan luka dekat tangan dia. Aku perasan masa dia bagi tisu dekat kau." Ujar Qayyum jujur sambil matanya menatap siling bewarna putih.

"Oh. Aku memang sengaja bawak dia pergi sini. Macam mana? Terkejut tak? And malam ni dia tidur sini dan jugak esok. Aku tahu mak kau takkan bagi dia balik punya HAHAHA!" Ikmal ketawa mengekek seraya bangun untuk meninggalkan Qayyum namun langkahnya terhenti apabila Qayyum memegang pergelangan tangannya.

"Tidur sini?"

"Yelah. Tapi malam ni aku bagi pinjam baju dan seluar aku dulu. Esok aku suruh adik aku beli barang apa yang patut untuk Lia."

"Baju kau? Tak tak. Ambik baju aku mana yang kecik tu bagi Lia. Eh no. Hoodie hitam dalam almari aku, kau ambik bagi Lia pakai. Seluar kau ambik seluar petak-petak warna merah dalam laci."

"Kau ni dah sihat ke? Laju semacam je mulut kau tu. Kejap lagilah aku ambik. Aku nak simpan kain lap ni dulu." Baru sahaja Ikmal ingin membuka pintu, Puan Salina terlebih dahulu menerjah masuk ke dalam bilik Qayyum. Ikmal juga terdorong ke belakang beberapa langkah.

I Love You Where stories live. Discover now