[ 5 ]

89 59 0
                                    

       Pukul 12.30 tengah hari barulah Auriellia tiba di Pengajian Guru Kampus Raja Melewar di Seremban. Tempat dimana Farah dan dirinya menyambung pengajian setelah habis SPM.

Dari kejauhan sudah mata Auriellia dapat menangkap kelibat Farah yang menghampiri keretanya dengan senyuman lebar.

"Akak! Rindunya." Kata Farah setelah memasuki kereta milik Auriellia. Tubuh Auriellia dipeluk erat bagi melepaskan rindu yang sudah lama terbuku di dalam hati.

"Aku pun."Balas Auriellia ringkas dan menayangkan senyuman manis miliknya.

"Sejak bila pakai baju simple?" Tanya Auriellia setelah melihat penampilan Farah yang nampak plain.

"Panjang ceritanya kak." Ucap Farah sambil menghembuskan nafas berat.

"Pendekkan." Balas Farah. Kawasan kampus itu ditinggalkan dan kereta Auriellia menuju ke Putrajaya.

Sepanjang perjalanan Farah tidak berhenti-henti bercerita tentang kejadian yang menimpanya sebentar tadi manakala Auriellia setia mendengar tanpa cuba untuk mencelah. Dan tanpa disedari, mereka sudah tiba di rumah sewa Auruellia dengan bantuan Ikmal.

"Lia, kau tinggal sorangkan? Tak nak cari roomate ke?" Tanya Ikmal setelah keluar dari perut kereta. Ikmal, Auriellia dan Farah hanya memandang rumah berwarna kelabu itu daripada luar. Boleh tahan besar.

"Aku nak jadi roomate Kak Lia!" Celah Farah dengan suara yang nyaring.

Ikmal meluku kepala Farah.
"Kau tu belajar pun tak habis lagi. Ada hati nak pindah sini. Kalau nak dekat sini, cepat-cepat habis. Rajin-rajin belajar. Bolehlah kau ikut kakak kesayangan kau ni." Pesan Ikmal.

Farah mengurut-urut kepalanya bekas diluku oleh Ikmal. Bibir Farah muncung bak itik lalu kaki di bawa masuk ke dalam rumah sewa Auriellia.

"Mal, kau tak sibuk ke ni? Kalau kau ada banyak kerja, pergilah balik dulu. Farah boleh je tolong." Ujar Auriellia di hadapan pagar. Farah sudah meluru masuk ke dalam rumah.

"Tak adalah. Kalau aku busy, takkanlah aku dekat sini. Kau ni pun." Balas Ikmal sambil ketawa kecil. Rambut dibetulkan kerana tiba-tiba sahaja ada angin dan merosakkan rambut Ikmal.

"Betul ke ni?" Tanya Auriellia lagi ingin membuat kepastian.

"Ye Auriellia. Kau nak aku ulang berapa kali?"
Auriellia tersenyum kelat. Tidak tahu mahu dibalas apa.

"Assalamualaikum." Sapa satu suara secara tiba-tiba membuatkan Auriellia dan Ikmal memandang ke belakang.

"Waalaikumsalam." Jawab Ikmal.

"Baru pindah sini ke?" Tanya lelaki itu. Namun mata lelaki itu tertarik melihat Auriellia yang berada dibelakang Ikmal.

"Cik?" Katanya sambil tersenyum senang tetapi tidak dibalas oleh Auriellia.
Ikmal terus berada dihadapan Auriellia apabila melihat Auriellia seperti dalam ketakutan.

"Cik tak ingat saya? Sayalah. Kita jumpa dekat Johor. Masa tu ada orang jirus air dekat cik." Ujar lelaki itu cuba untuk mengingatkan Auriellia. Disebabkan Auriellia tidak dapat melihat wajah lelaki itu tempoh hari jadi Auriellia juga tidak mengenali lelaki ini.

Ikmal terus berpaling kearah Auriellia.
"Jirus? Kau kenal dia ni ke? Betul ke apa dia cakap ni? Ada yang aku tak tahu ke Nur Auriellia?" Tanya Ikmal bertubi-tubi.

"Oh mungkin cik tak ingat saya. Sebenarnya, masa saya masuk dalam restoran tiba-tiba cik ni dah basah lencun. Takut 2 orang lagi tu apa-apakan dia, jadi saya tolong. Dah lama cerita ni dalam minggu lepas macam tu." Terang lelaki itu.

I Love You Where stories live. Discover now