[ 30 ]

9 1 0
                                    

    "Woi, korang! Kita buat apa ni? Macam mana kalau cikgu tahu? Aku takutlah korang." Kata Qaseh sambil melihat ke kiri dan ke kanan.

Manakala Auriellia dan Rozy terlihat seperti orang yang berpengalaman. Mereka bertiga perlahan-lahan pergi ke belakang sekolah kerana cuba untuk ponteng dari aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah.

15 minit sebelum....

"Haih, bosannya. Waktu-waktu macam ni, mata aku pun belum celik lagi tau. Ni apa pasal gotong royong hujung minggu ni?" Kata Rozy  geram sambil memegang sebatang penyapu. Sedari tadi Rozy hanya merungut kerana perlu datang ke sekolah di hujung minggu.

"Entah. Rajin sangat nak buat gotong-royong. Kerja sekolah aku berlambak lagi belum buat. Kalau aku kat rumah ni dah siap nota sejarah aku tu." Ucap Auriellia sama-sama merungut seperti Rozy.

"Ek eleh kau ni. Cakap je lebih. Kau mana ada buat kerja sekolah kat rumah. Kau celik mata je terus cari phone lepastu main game sampai tak ingat dunia. Nasib kita masih form 2. Naya kau ni kalah kita dah exam besar."

Tangan Auriellia memukul bahu Rozy kerana geram mendengar kata-kata yang begitu fakta dikatakan oleh Rozy.

"Korang berdua ni. Asyik-asyik nak membebel. Tak lama lagikan dah habis ni. Lepastu puas-puas lah korang tidur kat rumah tu."

"Eh Lia, kau nak ponteng? Apa salahnya keluar awal kan? Lagi pun tak lama lagi habis."

"Okay cun." Balas Auriellia ringkas. Qaseh  terpinga-pinga melihat kedua kawan baiknya sudah bersiap sedia untuk pergi.

Tanpa sedar Qaseh juga turut serta dan merasa sangat menyesal berteman dengan mereka.

"Macam mana korang tahu jalan ni?" Tanya Qaseh pelik kerana Rozy dan Auriellia seolah-olah hafal dengan laluan ini.

"Adeler. Nantilah aku cerita." Balas Auriellia.

"Aku keluar dulu lepastu Qaseh. Lia kau orang terakhir." Arah Rozy jelas.

"Bereh boss."

"Qaseh lubang ni kecik. Kena ada orang depan dan belakang tolong. Kau firstime memang payahlah. Lia kau tak payah risau sebab tu dia last."

Qaseh memandang ke arah Auriellia yang berada di belakangnya.

"Lia jangan cakap kau..."

"Shuhh dah dah tunduk. Beg kau tu bagi kat Rozy." Arah Auriellia.

Sedang Rozy dan Auriellia menolong Qaseh untuk keluar daripada lubang, seseorang memegang bahu Auriellia secara tiba-tiba. Buat seketika, jantung Auriellia berhenti berdetak. Perlahan-lahan Auriellia memandang ke arah belakang untuk melihat manusia yang menyentuh bahunya.

"Hah!" Jerit Auriellia kerana merasa sangat terkejut melihat kelibat Ikmal dan Qayyum yang tiba-tiba sahaja berada di belakangnya.

Qaseh sejak tadi merasa takut semakin takut apabila mendengar jeritan Auriellia dan mengakibatkan Qaseh juga turut menjerit. Tidak menunggu lama, Rozy menutup mulut Qaseh.

"Korang berdua buat apa kat sini?! Terkejut akulah bodoh." Kata Auriellia sambil berbisik. Ikmal dan Qayyum dijeling sambil memegang dadanya. Sungguh Auriellia merasa sangat terkejut sehingga tangannya sedikit menggeletar.

"Kitaorang follow koranglah. Kami pun nak balik awal jugak. Cepatlah sebelum ada cikgu datang. Naya kita nanti." Ujar Ikmal.

Auriellia, Qayyum dan Ikmal tidak mengambil masa yang lama untuk melalui lubang tikus itu.

"Korang semua tau jalan tadi kita lalu tu ke?" Tanya Qaseh sambil memilih aiskrim yang ingin dibeli.

Setelah mereka berjaya keluar, secepat mungkin mereka keluar dari kawasan sekolah dengan berlari dan menuju ke arah kedai runcit yang berdekatan.

"Memanglah kitaorang tau. Kau tu mana pernah ponteng sebab tu kau tak tahu." Jawab Auriellia yang berada di kaunter pembayaran.

"Qaseh, kalau kau tahu Lia sebenarnya selalu ponteng dengan budak perempuan form 4  tu. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh rapat dengan geng diorang tu. Hah budak pintar nilah yang bagitahu jalan tikus tu." Adu Rozy sekaligus memberitahu bagaimana mereka mengetahui jalan tikus tersebut.

"Hah Lia? Aku tak heran. Dia kalau dapat semua dia nak berkawan. Tak kisah orang tu bawak kebaikan ke tak. Dia main bedal je. Haritu aku ada tengok dia lepak dengan budak form 5. Korang tahu geng siapa? Geng Mika." Kata Qayyum sambil memakan aiskrimnya. Ikmal hanya diam mendengar perbicaraan mereka tanpa cuba untuk mencelah.

"Hah! Kau tahu tak kau tu baru form 2 Lia? Macam mana kau boleh bergaul dengan diorang? Diorang tu geng top yang banyak masalah dekat sekolah kita tau!"

Auriellia, Rozy, Ikmal dan Qayyum menutup telinga dengan serentak apabila mendengar suara Qaseh yang nyaring.

"Aku tahulah aku baru form 2. Tapi dua kali je ikut diorang lepak. Itu pun dekat koperasi dengan kantin. Kalau budak form 4 tu kebetulan je. Aku duduk belakang sekolah sebab kelas tambahan tu mana ada cikgu masuk. Aku bosan. Hah aku nampak diorang aku join teruslah. Aku tahu diorang tu nakal tapi diaorang tak kacau orang. Seronok apa berbual dengan diorang. Aku banyak tahu port-port panas. Hehehe."

"Fuh boek ah Lia." Ucap Ikmal. Baru sahaja mereka ingin berhigh-five Qaseh terlebih dahulu menarik telinga Auriellia.

"Oh, macam ni kerja kau rupanya. Apa lagi yang aku tak tahu?"

"Aduh, aduh Qaseh. Sakit, sakit! Lepas dulu baru aku bagitahu." Ucap Auriellia sambil menepuk-nepuk tangan Qaseh yang berada di bahagian telinganya.

"Habislah kau." Kata Qayyum lalu kembali menikmati aiskrimnya.

Walaupun hanya berada di kedai runcit yang kecil, mereka menikmati waktu mereka bersama. Tawa riang mereka menghidupkan suasana kedai yang sunyi itu. Berbagai macam cerita yang mereka kongsikan.

"Aik sayang, senyum-senyum tu dah kenapa? Lawak ke kek tu?" Tegur Encik Aisar apabila melihat isterinya sedang tersenyum lebar sendirian di dapur.

"Eh abang. Tak Qaseh teringat dulu-dulu masa sekolah menengah. Tu yang tersenyum-senyum. Seronoknya masa dulu tak ada nak fikir apa-apa. Abang, abang rasa Qaseh dapat betulkan semua ni ke? Qaseh punca semua ni jadi. Hati Qaseh tak tenteram."

"Sayang, berapa kali abang nak cakap selagi ada waktu ni kita cuba dulu sehabis mungkin. Kita tak tahu apa yang jadi lepas tu. Tak apa, abang akan ada untuk Qaseh. Tapi kalau Qaseh dan kawan-kawan Qaseh berbaik tu lagi baik kan?" Kata Encik Aisar sambil memegang tangan Qaseh untuk memberi semangat kepada isterinya.

"Sayang cakap dari hari tu lagi tak sempat nak bagitahu Rozy kan? Kenapa tak jumpa dia esok? Mungkin dia dah tak sibuk lagi."

"Lepas ni Qaseh telefon Rozy. Qaseh takutlah bang nak bagitahu Rozy. Kenapalah Qaseh jahat sangat dulu? Hal kecik je pun. Qaseh tak terfikir pun sampai macam ni sekali. Sampai bertahun-tahun kitorang tak bertegur. Qaseh menyesal sangat bang. Qaseh takut tak sempat nak mintak maaf."

"Shuh, sayang jangan cakap macam tu. Semua orang layak dapat peluang kedua.  Sebab tu sayang kena berani jumpa diorang. Cakap elok-elok. Hari tu kan sayang dah jumpa seorang kawan sayang. Insyallah semua baik-baik."

"Terima kasih abang selalu ada dengan Qaseh." Ucap Qaseh sambil tersenyum manis lalu tangan suaminya diraih untuk dicium.

"Sama-sama." Balas Encik Aisar.

I Love You Where stories live. Discover now