[ 17 ]

66 51 0
                                    

    "Mia. Kau dengar tak apa aku cakap? Hari ni ada Co-pilot baru. Aku dengar muda lagi tapi berbakat." Ucap Cindy dengan senyuman lebar yang menghiasi wajahnya. Namun perlahan-lahan senyuman itu menghilang.

'Dia boleh buat-buat tak dengar minah ni.' Kata Cindy di dalam hati.

Bahu Mia atau nama sebenarnya Nur Fatimah binti Mohammad Faroq digoncang sekuat mungkin.

"Mia! Dengarlah dulu. Nanti-nanti main fon tu. Look here. Look at me now!" Arah Cindy lalu mengambil telefon Mia dengan pantas.

"What?! Aku tahulah. Ada nampak muka aku ni kesah? Takkan? Bak sini telefon aku." Jelingan maut diberikan lantas mengambil semula telefon miliknya di tangan Cindy.

"Malaslah aku nak cakap dengan kau ni. Aku bagi warning dekat kau eh. Jangan suka sudah. Lepastu baru kau nak menonong dekat aku tanya itu ini."

"Lantak kaulah. Lebih baik aku layan oppa aku ni daripada aku melayan kau."

Dengan wajah cemberut, Cindy meninggalkan Mia lalu berlalu ke dapur untuk mengisi perut.

"Cindy, aku pergi keluar kejap nak beli barang." Mia mengerutkan wajah kerana tiada sahutan daripada gadis itu.

"Cindy?!"

"Kau pergi jelah. Aku dengar tapi jangan balik lewat sangat." Pesan Cindy lalu Mia keluar dari kondominiumnya.

Memandangkan cuti, pagi itu Mia berancang untuk pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur dan barang keperluan hariannya.

"Hari ni nak masak apa ye? Hurm, masak ayam butter ke spagetti. Ayam butterlah dah lama tak makan." Selesai memikirkan menu untuk malam ini, Mia menolak troli miliknya ke arah bahagian ayam.

"Aduh. Sorry sorry saya tak nampak." Kata Mia meminta maaf kerana matanya tidak fokus melihat ke hadapan sehingga melanggar troli yang berada di hadapannya.

"Oh tak apa. Tak apa." Ucap lelaki itu dengan senyuman manis sehingga membuatkan jantung Mia berdegup dengan sangat laju.

Sejak itulah Mia menyukai lelaki itu merangkap Co-Pilot baru mereka iaitu Qayyum sehingga kini.

Cawan putih berbentuk bulat hanya dipegang tanpa ada niat mahu meminumnya. Keindahan pagi di Jerman sangat mendamaikan hati serta fikirannya.

"Qaseh ke yang kau maksudkan Qayyum? Takkanlah. Perempuan tu dah lama kot dia cari. Tak tak ni mungkin perempuan lain." Gumam Mia lalu berdecit.

"Tapi haish... Takkanlah aku nak confess. Lantak dialah. Tapi aku kena tahu siapa perempuan tu." Bibir Mia mencicip cawan putih itu sambil matanya meliar melihat kawasan bilik. Namun, tanpa tidak sengaja nescafe yang berada di dalam mulut tersembur keluar kerana terkejut melihat sesuatu lembaga duduk di kerusi sebelahnya.

I Love You Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum