[ 13 ]

71 54 2
                                    

    "Assalamualaikum." Kata Auriellia setelah panggilannya dijawab.

"Waalaikumsalam. Anak mama. Macam mana duduk sana? Ada yang kacau tak? Ada orang jahat tak? Sekolah macam mana? Cikgu-cikgu semua layan Lia baik tak?" Ucap Puan Emilia dengan soalan yang banyak.

Auriellia mengurut dahinya. Letih menjawab soalan yang sama sahaja apabila dirinya menelefon orang tuanya.

"Ma, semua okay. Abah mana? Mama dan abah sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Abah tengah tengok bola. Nak cakap dengan abah?"
Puan Emilia mengerling ke arah suaminya yang sedang kusyuk melihat perlawanan bola didalam bilik tidur mereka.

"Tak. Lia tanya khabar je. Ma, Lia tutup telefon dulu. Esok kena pergi sekolah awal. Kirim salam dekat abah."

"Okay. Elok-elok kerja." Pesan Puan Emillia sebelum panggilan ditutup.

"Bang, bang. Emy risaulah. Betul ke Lia okay dekat sana tu?" Kata Puan Emillia lalu berlari kecil ke arah Encik Khairul dan menggoncang-goncang lengan Encik Khairul.

"Kamu yang risau sangat ni kenapa? Pandailah Lia nak jaga diri. Besar dah budak tu. Kalau dia dengar kamu cakap macam ni tak ke Lia sedih? Dia akan rasa kamu ni masih tak percaya yang dia tu boleh berdikari. Nak Lia sedih? Nak? Nak?" Kata-kata Encik Khairul menaikkan rasa sebal dalam diri Puan Emillia.

"Jeling-jeling. Ha apa? Salah ke abang cakap ni? Kita ni kena percaya dia. Kena bagi semangat dekat dia. Lagi-lagi Lia sekarang ni. Fahamkan apa abang cakap? Tak apa kita tunggu. InsyaAllah kita akan dapat Lia yang dulu."

"Ya Allah, kamu dah kenapa menangis?" Terkejut apabila melihat si isteri tiba-tiba mengeluarkan air mata. Lekas-lekas Encik Khairul mengelap air mata yang mengalir di pipi Puan Emillia dan membawa Puan Emillia ke dalam dakapan untuk menenangkannya.

"Janganlah abang cakap macam tu." Ucap Puan Emillia perlahan.

"Ye. Abang tak cakap dah. Dah stop. Teman abang tengok bola. Kalau bosan tidur je."

"Kalau bahu dan lengan abang ni lenguh jangan salahkan saya pulak. Abang, Emy rindu Khairi."

Badan Encik Khairul tiba-tiba mengeras. Kepala didongakkan ke atas memandang siling kerana cuba untuk menahan tangis. Kepala Puan Emillia dielus dengan penuh kasih. Encik Khairul juga sempat mengucup ubun-ubun Puan Emillia.

*
*
*

Hari ini Auriellia mengenakan baju kurung pahang berwarna hitam yang dibelikan oleh Ikmal pada bulan lepas dan mengenakan tudung bawal berwarna putih.

Auriellia menggayakan tudung bawal ala shawl. Entah kenapa Auriellia merasa hari ini dia nampak lebih cantik dari hari biasa.

"Jangan lupa ambik gambar. Aku nak tengok cantik ke tak kalau kau pakai. Kalau cantik aku beli lagi. Jangan lupa kirim gambar."

Auriellia menepuk dahi. Mahu tidak mahu terpaksa Auriellia mengambil gambar dari pantulan cermin.

Butang send ditekan apabila merasa puas menilik gambar itu berkali-kali.

Beg tangan yang berada di atas katil diambil lalu Auriellia menuju ke arah meja makan untuk makan pagi. Kerana malas memasak Auriellia hanya bersarapan roti dan jem.

I Love You Where stories live. Discover now