[ 15 ]

82 54 0
                                    

    "Awak, awak tolonglah hentikan kawan awak tu. Kesianlah dekat Farah." Ucap Hani yang sudah berada di samping Najmi. Hana juga sudah berada disebelah Zain.

"Adam.."

"Kau ikut aku." Arah Adam membuatkan Najmi mati kata.

Farah terkejut dengan arahan yang diberikan oleh Adam.

"Tak nak." Ucap Farah perlahan walaupun dirinya sangat takut.

Orang yang ditolak Adam sudah hilang entah kemana dan hanya tinggal kawan-kawan Adam dan Hani.

"Aku cakap ikut tu ikut jelah!" Jerkah Adam lalu berjalan dengan laju.

"Macam mana ni Hani? Aku takutlah." Tanya Farah dengan takut. Kaki Farah sudah melompat-lompat kecil.

"Kau pergi je. Dia takkan apa-apakan kau." Ujar Najmi kepada Farah.

Hani kesian melihat wajah Farah yang sudah mahu menangis itu. Tetapi Hani terpaksa membiarkan Farah pergi atas arahan Najmi.

"Aku tak pernah tengok Adam mengamuk macam tu. Dia tu bukan peduli sangat dengan orang sekeliling." Ucap Zain lalu Najmi menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Zain.

Hani hanya memandang Hana tanpa rasa mahu menegur gadis itu lalu tangan Najmi ditarik untuk meninggalkan kawasan tersebut.

'Apa ni? Nak nangislah macam ni!' Bentak Farah di dalam hati. Kaki dilajukan untuk mengikuti Adam daripada belakang dengan kepala yang masih tertunduk.

Farah berhenti apabila melihat sepasang kaki dihadapannya lalu memanggungkan  kepala.

"Pakai ni." Ujarnya lalu menyerahkan topi keledar berwarna hitam ke arah Farah.

"Kita nak pergi mana? Tak nak tak nak." Topi keledar itu ditolak-tolak agar menjauh darinya. Adam ke kanan Farah ke kiri. Sedaya upaya Farah mengelakkan untuk memegang topi keledar itu.

"Haih."

Mendengar hembusan nafas berat Adam, Farah terus mengambil topi keledar tersebut lalu memakainya. Sungguh hatinya takut untuk dibentak buat kali ke dua.

Dengan perasaan berat Farah menaiki motosikal berjenama yamaha 125 milik Adam dan memberikan jarak yang luas antara mereka.

"Kau agak-agaklah nak duduk macam tu. Dekat lagi." Arahnya tetapi Farah tidak menghiraukannya malah diam seperti batu.

"Aku cakap dekat lagi. Tak dengar ke?"

Walaupun Adam bertanya dengan nada yang lembut namun bagi Farah Adam seolah-olah memarahinya.

"Kau pegang semua barang aku ni." Beg berwarna hitam serta kasut diserahkan kepada Farah lalu tanpa mengambil masa yang lama, Adam dan Farah keluar daripada kolej.

Disebalik topi keledar itu, perlahan-lahan air matanya jatuh. Rasa takut, sedih, lapar sudah menjadi satu.

15 minit menaiki motosikal, akhirnya mereka tiba di pasar malam. Adam memakirkan motosikalmya sedikit jauh kerana dipenuhi oleh kenderaan orang awam.

"Kau nak duduk situ sampai bila?" Tanya Adam setelah melihat Farah masih diatas moto. Tiada balasan daripada Farah membuatkan Adam risau lalu membuka topi keledar tersebut.

"Kenapa kau ni? Nak nangis bagai ni." Ucap Adam tanpa rasa bersalah. Farah turun dari motor dan memandang ke arah Adam.

"Uwaaa!!" Semakin nyaring suara Farah menangis sehingga menarik perhatian orang yang berdekatan.

"Dahlah. Orang tengok ni." Pujuk Adam gelabah namun Farah masih tidak berhenti. Gadis itu sempat memandang tepat ke arah matanya sebelum dia duduk mencangkung dan menyambung semula tangisannya.

I Love You Where stories live. Discover now