[ 4 ]

90 58 0
                                    

      "Assalamualaikum Lia. Barang-barang kau semua dah siap? Esok aku tak dapat nak ambik kau dekat Johor jadi aku jemput kau bila kau dah sampai Putrajaya. Farah ikut tak?" Kata Ikmal apabila talian sudah bersambung.

"Waalaikumsalam. Semua barang dah siap kemas. Kau tak payahlah nak jemput aku. Aku ada kereta sendiri. Tapi jangan lupa pulak jemput aku dekat Putrajaya. Ha'ah Farah ikut. Dia bermalam dekat sana sehari lepastu dia balik naik bas." Jawab Auriellia.

Ikmal Jay. Lelaki yang sudah berteman dengannya dari sekolah menengah. Dia satu-satunya lelaki yang masih setia bersamanya sehingga ke hari ini kerana dia sahaja yang tahu cerita sebenar.

"Farah naik bas? Eh tak payahlah. Biar aku je hantar. Bukannya jauh KL ke Negeri Sembilan. Okaylah Lia, aku kena tutup sekarang. Hari ni sibuk sebab ramai pesakit. Jangan lupa telefon aku bila kau dah nak dekat." Pesan Ikmal kepada Auriellia.

"Malam-malam macam ni pun ramai pesakit eh? Selamat bekerja." Usik Auriellia. Cuma Ikmal sahaja manusia yang diusik oleh Auriellia kerana Auriellia sudah merasa selesa sejak dulu lagi.

"Kau ingat siang je ada pesakit. Dah dah. Esok drive elok-elok. Aku tak nak kau jadi salah seorang pesakit dekat sini pulak." Kata Qayyum cuba untuk bergurau.

Auriellia hanya tersenyum senang mendengar gurauan Ikmal lalu panggilan telefon di tutup.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Auriellia diketuk daripada luar. Kedengaran suara Puan Emilia memanggil namanya daripada luar.

"Lia, cepat turun bawah. Aunty Salina dan walid dah sampai dekat bawah. Tengah tunggu Lia turun." Kata Puan Emilia dan menunggu Auriellia keluar daripada bilik.

"Ye ma." Jawab Auriellia dan bergegas ke arah pintu. Auriellia tersenyum apabila Puan Emilia setia menunggu di hadapan biliknya sambil tersenyum manis. Lama Auriellia memandang wajah Puan Emilia memandangkan esok dia sudah perlu berpindah.

"Lia, nanti dekat sana hati-hati. Jangan cepat sangat nak percaya orang. Boleh percaya tapi biar berpada-pada. Kita tak tahu apa agenda diorang." Pesan Encik Muawiyah di meja makan.

"Ye, walid." Jawab Auriellia ringkas.

"Kalau ada lelaki kacau anak abah ni, abah dah sedia nak sumbat dia dalam lokap. Bagitahu kalau ada yang kacau. Faham tak? Kamu kalau ada masalah bukannya nak bagitahu. Abah tahu kamu tak nak susahkan orang tapi kadang-kadang kita pun perlukan bantuan orang lain jugak." Tambah Encik Khairul yang berada di hadapan Encik Muawiyah.

"Ye abah. Tahulah Lia nak jaga diri macam mana."

"Bukan apa Lia, kamu sejak habis SPM dah berubah. Suka sangat mengalah walaupun bukan salah kamu. Pendiam, jarang ketawa macam dulu, tak suka bergantung dengan orang even nak mintak tolong dekat mama dan abah pun jarang sangat apatah lagi nak luahkan masalah kamu. Mama kadang-kadang risau. Esok kamu dah pindah tempat yang jauh dari sini." Luah Puan Emilia bersama linangan air mata di tubir mata.

Puan Salina mengusap-usap belakang badan Puan Emilia cuba menenangkan jiwa Puan Emilia yang sedang bergelora.

Melihat mata Puan Emilia yang berair, Auriellia mula rasa bersalah. Bukan dia mahu menjadi seperti ini, namun 'mereka' yang sudah membuatnya berubah sehingga sudah sebati di dalam diri Auriellia.

"Ma, InsyaAllah Lia akan jaga diri dekat sana. Kawan Lia ada dekat sana. Apa-apa Lia boleh mintak tolong  dekat dia." Ucap Auriellia sengaja tidak mahu menyebut nama Ikmal.

"Ingat semua pesan ni Lia. Aunty cuma nak cakap, kalau jadi cikgu kita kena banyak bersabar. Lagi-lagi kita kena ajar budak-budak. Emosi kena jaga. Jangan ikut contoh cikgu yang tak baik sebab tak semua cikgu baik."

I Love You Where stories live. Discover now