[ 27 ]

16 3 0
                                    

    "Awak dah suka kawan baik awak ke?" Tanya Encik Rahimin dengan senyuman yang sukar ditafsir oleh Qayyum.

"Ya, saya dah suka kat dia. Saya dah memang bercadang nak betulkan hubungan kitaorang dan saya nak bercinta dengan dia. Selama ni saya anggap dia kawan biasa saja tapi lama-lama saya sedar. Saya dah jatuh hati dekat dia. Saya nak mintak maaf dekat dia sebab dah buat dia macam tu. Saya ingat dia yang jahat dulu rupanya dia mangsa keadaan je. Saya yang jahat sebenarnya. Sejak saya tahu perkara sebenar, setiap hari saya fikir. Saya layak ke untuk dia? Lama-lama saya rasa tak layak. Jadi saya rasa saya kena buang perasaan ni dan jadi kawan baik dia je macam sebelum ni. Captain betul ke apa saya buat ni?"

Captain Rahimin mengangguk-angguk mendengar cerita Qayyum sambil jari-jarinya bermain di bahagian dagu.

"Tak salah apa yang awak buat. Berbaik dulu dengan dia. Ambik hati dia balik yang pernah awak sakitkan. Kalau awak rasa dia boleh terima cinta awak, awak teruskan rancangan awak dan jangan di tangguhkan lagi. Selagi awak belum cuba apa-apa jangan cakap awak tak layak. Yang penting kita kena banyak tunjukkan effort kita. Jangan pernah mengalah."

Qayyum berfikir sejenak. Kata-kata Encik Rahimin masih belum cukup untuk memberi keyakinan untuk Qayyum. Ingin sahaja Qayyum bertanya lebih ke arah Encik Rahimin, Encik Rahimin terlebih dahulu meminta izin untuk dia berehat.

"Awak ada nak tanya apa-apa lagi? Maaflah saya ni dah tua. Mata cepat mengantuk."

"Oh tak ada apa-apa. Terima kasih sebab dah dengar cerita saya yang tak berapa bahagia ni." Kata Qayyum sambil ketawa kecil.

"Haish jangan cakap macam tu. Entah-entah cerita awak ni happy ending." Balas Encik Rahimin dengan senyuman manis. Belakang badan Qayyum dielus lembut lagak seorang ayah menenangkan anaknya.

"Harap macam tulah." Selepas mengucapkan selamat malam, Qayyum pergi ke arah biliknya semula.

*
*
*

"Mal?" Panggil Auriellia apabila Ikmal tidak menjawab panggilannya.

Ikmal masih diam tidak berkutik. Ikmal dan Auriellia sedang berdiri di bawah salah satu pohon yang ada di kawasan taman itu.

"Kau dengar semua ke Lia?" Tanya Ikmal ke arah Auriellia.

Auriellia hanya menggelengkan kepala apabila Ikmal menyoalnya.

"Habis apa je kau dengar?"

Auriellia mengerdipkan mata beberapa kali dan menelan air liurnya. Riak wajah Ikmal yang ketat menakutkan Auriellia buat seketika.

"Aku dengar kau cakap kau jangan menyesal dekat Qayyum."

Ikmal menghela nafas sambil memejamkan mata. Tidak lama selepas itu, Ikmal memandang Auriellia dengan wajah yang berkerut.

"Lia, kau masih berharap dekat Qayyum ke?"

"Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal dia ni? Kau tak masuk kerja ke? Baik kau bersiap. Jangan buang masa kat sini." Badan Ikmal ditolak-tolak untuk membuka langkah namun sedikit pun Ikmal tidak berganjak.

"Aku takkan bergerak kalau kau tak bagitahu."

"Kalau kau tak jalan, aku jalan. Kau tinggal je kat bawah pokok tu." Ucap Auriellia cuba untuk memprovok Ikmal. Selepas beberapa langkah, Auriellia kembali memusingkan badan ke arah belakang dan Ikmal masih tercegat di bawah pohon.

"Mal." Panggil Auriellia namun Ikmal tidak mempedulikannya.

Mahu tidak mahu Auriellia pergi ke arah Ikmal semula.

"Mal."

"Kau naiklah. Aku rasa aku nak pergi kerja terus. Kalau nak apa-apa bagitahu aku." Kata Ikmal secara tiba-tiba tanpa memandang wajah Auriellia.

"Takkan kau pergi kerja macam ni? Kunci kereta kau kat atas. Kasut kerja kau?" Dari atas ke bawah Auriellia melihat penampilan Ikmal yang hanya mengenakan sandal.

"Aku naik taxi. Kasut aku boleh beli baru."

Auriellia tahu, Ikmal cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Qayyum.

"Mal, okay aku bagitahu kau. Aku dah buat keputusan. Aku tak nak berharap dekat Qayyum lagi. Lepasni kita bertiga boleh macam dulu balik." Ucap Auriellia sambil tersenyum manis cuba untuk meyakinkan Ikmal. Serta-merta Ikmal memalingkan wajah ke arah Auriellia.

"Lia, aku tahu kau masih suka Qayyum. Kau tak menyesal ke apa yang kau buat ni?" Tanya Ikmal. Wajahnya nampak begitu kecewa mendengar keputusan Auriellia.

"Tak Ikmal. Aku lagi pentingkan persahabatan kita. Nilah masanya untuk kita bersatu balik. Kau tak perlu risau pasal perasaan aku lagi Mal."

"Tapi Lia, lebih 5 tahun kau simpan perasaan kau dekat Qayyum. Takkan kau move on macam tu je? Aku boleh tolong kau Lia." Ucap Ikmal gigih. Ikmal sudah tidak keruan dengan keputusan yang dibuat oleh  Auriellia dan Qayyum.

"Mal, Ikmal. Dengar apa aku cakap. Kau tak perlu tolong aku. Kau sendiri dengar apa yang Qayyum cakap. Dia anggap aku kawan je selama ni. Jadi, aku ambil keputusan untuk lupakan perasaan aku dekat dia. Aku okay kau tak perlu risau."

Melihat senyuman Auriellia membuat hati Ikmal terasa sangat sakit. Seolah-olah ditusuk pisau.

"Lia, kau betul-betul okay ke dengan keputusan kau? Kalau kau bercinta dengan Qayyum pun kita boleh jadi macam dulu Lia. Kita boleh jadi kawan baik. Aku sentiasa ada dekat belakang korang berdua. Apa yang Qayyum cakap tu, tu bukan apa yang sebenarnya dia rasa. Dia..."

"Ikmal, kalau dia memang jodoh aku nanti Allah akan satukan kitaorang jugak. Kalau bukan aku redha jelah." Seraya mengungkapkan kata-kata itu Auriellia berjalan mendahului Ikmal.

"Haih. Okay. Korang berdua yang buat keputusan ni kan? Okay I understand!"  Ujar Ikmal geram.

*
*
*

"Aku harap aku buat keputusan yang betul." Ucap Qayyum di tepi tingkap biliknya sambil melihat dua figura yang sangat dikenalinya. Dari biliknya sahaja Qayyum boleh nampak kelibat dua orang kawan baiknya.

Tidak semena-mena, Qayyum teringat akan buku milik Auriellia yang sudah lama berada di rumahnya.

Almari baju miliknya dibuka perlahan.

"Mana pulak aku letak ni." Gumam Qayyum sambil tangannya membelek semua baju.

Satu persatu laci ditarik namun masih buku itu masih tidak kelihatan lalu Qayyum pergi ke arah meja yang berada bersebelahan dengan katilnya.

"Sini pun kau." Beg kertas berwarna coklat ditarik keluar. Qayyum memandang lama beg kertas itu.

Perasaan ingin tahu Qayyum sangat membuak-buak apabila melihat buku Auriellia.

"Buku ni dah lama sangat. Apa yang dia tulis sebenarnya? Ke tak ada apa-apa pun sampai lama sangat dia nak pakai. Tengok sikit tak apakan?" Qayyum menelan liur kerana merasa berdebar-debar untuk melihat isi di dalamnya.

Apabila sudah berjaya di buka, Qayyum menutup matanya. Qayyum bernafas dengan sangat laju. Perlahan-lahan Qayyum membuka matanya walaupun perasaan takut itu sudah menjalar keseluruh badannya.

Apabila salah satu muka surat dibuka, terdapat satu gambar yang ditampal didalamnya.

"Eh ni bukan gambar sukan waktu form 3 ke? Buruknya aku tapi Ikmal lagi buruk." Kata Qayyum walaupun wajah Ikmal tiada di dalam gambar tersebut.

"It's begin?Apa maksud dia? Apa yang mula? Sukan tu ke?" Qayyum mengecilkan mata untuk mencari petunjuk di dalam gambarnya bersama Auriellia. Manatahu ada petunjuk yang dia dapat.

Ketukan di pintu membuatkannya amat terkejut. Serasa roh keluar dari badan dan secara automatik buku Auriellia ditutup serta-merta lalu disimpan di belakang badannya dan tidak lupa juga beg kertas yang berada di sebelahnya.

"Qayyum." Panggil Ikmal lalu Ikmal menjegul kepala untuk mencari Qayyum.

"Lia cakap dia nak balik tengah hari ni sebab dia ada meeting esok. Kau hantar dia. Aku pergi kerja dulu." Ucap Ikmal dingin.

Selepas menutup pintu, Ikmal berdiri di hadapan bilik Qayyum. Ikmal perasan kelakuan Qayyum yang nampak sedikit lain. Senyuman Qayyum sahaja pelik apalagi kelakuannya.

"Malas aku nak ambil tahu." Ucap Ikmal lalu meninggalkan bilik Qayyum kerana masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang Qayyum buat.

I Love You Where stories live. Discover now