[ 3 ]

94 58 0
                                    

Flashback

     "Wah, tengok siapa ni. Perempuan tak tahu malu. Dah buat salah tu berani lagi nak datang sekolah. Kalau aku wuish, nak tunjuk batang hidung pun aku malu." Kata Rozy di belakang kelas.

Rozy berada di kelas sains manakala Auriellia hanya berada di kelas biasa.

Meja Auriellia yang berada di tepi koridor memudahkan Rozy untuk mengintai setiap perbuatannya. Lebih-lebih lagi ketika tiada guru yang mengajar kelas Auriellia. Ada sahaja Rozy untuk menyakitkan hatinya.

"Babi ni lagi." Ucap Auriellia perlahan lalu Auriellia meletakkan kepalanya di atas meja malas mahu melayan Rozy.

"Weyh Rozy, sakit pulak hati aku dia tak layan kau." Kata Aileen cuba untuk mengapi-apikan Rozy.

Tanpa mengambil masa yang lama, Rozy masuk ke dalam kelas Auriellia dan menghempas belakang kepala Auriellia sehingga Auriellia bangun dari tempat duduknya.

"Rozy!" Jerit Zaim iaitu ketua kelas Auriellia kelas 5 Delima.
Seisi kelas memandang ke arah belakang tempat dimana mereka berada.

Beberapa pelajar dari kelas 5 sains juga keluar apabila mendengar nama Rozy di sebut termasuk Qaseh, Ikmal dan Qayyum turut keluar daripada kelas.

"Rozy, apa kau buat ni?" Tanya Qaseh lembut dari celah-celah pelajar.

"Qaseh, kau jangan dekat. Entah apa lagi dia buat kat kau nanti." Tegah Qayyum lalu menarik hujung lengan baju kurung sekolah Qaseh masuk ke dalam kelas.

"Kau tengok. Qayyum tu kawan baik kau dari kecik pun tak nak dekat dengan kau apatah lagi kitaorang." Ujar Aileen sambil tersenyum senget namun senyumannya mati apabila melihat Zaim menyuruh Auriellia berada di belakangnya. Seolah-olah cuba melindungi Auriellia.

"Wuu... padan muka jahat sangat."
"Aku tampar jugak nanti muka betina ni."
"Benci."

Ada suara-suara yang bingit menyokong kata-kata Aileen termasuk rakan-rakan kelas Auriellia.

"Apa lagi korang semua ni nak? Lia dah dapat hukuman. Tak cukup lagi ke?" Balas Zaim bagi pihak Auriellia.

"Kau nak back up sangat dia ni kenapa?" Tanya Aileen marah kerana sakit hati melihat orang yang diminati dalam diam cuba berpihak ke arah musuhnya.

"Aku tak nak timbulkan masalah. Cukuplah kemarin kes ni dah naik.." Zaim memandang Auriellia setelah gadis itu mencelah.

"Sudahlah Zaim. Tak guna nak cakap apa-apa lagi. Kau semua baik masuk kelas. Belajar lagi bagus. Tak payah nak sibuk macam anak babi." Pintas Auriellia sebelum sempat Zaim menghabiskan kata-katanya.

Aileen dan Rozy terpempam mendengar kata-kata Auriellia.

"Eh Lia! Sedar sikit apa yang kau buat dekat Qaseh. Kami semua nampak kau yang tolak Qaseh lepastu selamba badak kau pijak dia. Kau tu yang binatang yang sebenarnya." Suara Rozy sudah naik seoktaf lalu Rozy meluru ke arah Auriellia. Tudung Auriellia digenggam kuat dan kepala Auriellia di hentakkan kepintu.

Zaim terkejut melihat Rozy yang sudah mendapatkan Auriellia. Dalam sekelip mata sahaja pergaduhan itu berlaku.

"Aileen! Kau tengok apa? Tarik Rozy tu." Arah Zaim. Dia tidak berani untuk masuk campur kerana mereka berdua perempuan.

"Apa? Biarlah dia. Lia takkan berani lawan punya. Dengan tangan berbalut macam tu." Ucap Aileen bangga.

"Ahh!" Jerit seisi kelas secara tiba-tiba apabila melihat Rozy terpelanting jauh.

I Love You Where stories live. Discover now