sixty-six

5.3K 181 60
                                    

Semenjak tragedi itu, aku mula mengerti makna disebalik kata persahabatan, cinta dan pengorbanan.

Bermulanya dari hubungan pertemanan biasa, yang membuatkan kita selesa dan ingin berkongsikan cerita sesama sendiri. Tempat meluah dan tempat mencari motivasi saat kita jatuh.

Disebabkan hal ini juga, tumbuhnya bunga-bunga indah yang bermekaran di dalam hati dalam tak sedar. Percaya atau tak, pasti ada salah satu pihak yang merasakan itu. Kerana cinta, dia sanggup berkorban demi apa jua keadaan.

Itu pasti!

Tapi dalam cerita ini, aku tahu Amran memang ikhlas berteman dengan aku juga. Walaupun cintanya bertepuk sebelah tangan, tapi dia tetap kuat dan berusaha merelakannya.

Sejujurnya, aku bangga sebab ada kawan sebaik macam Amran. Tak sia-sia dibuat kawan. Dah lah protektif, hormat dengan aku pula tu. Biarpun tahu aku sudah berpunya. Dan takkan pernah menoleh belakang lagi.

"Here, your order mrs"

Suara perempuan penjaga kaunter itu membuyarkan lamunanku. Sekejap sahaja fikiranku terus terbang melayang.

Aku kembali fokus. Tiga gelas minuman itu ditenung sebelum tangan mula mencapainya.

Entahlah. Semenjak tujuh bulan berlalu, lidah ni selalu sahaja nak mengidam minum Starbuck. Mahal memang mahal, tapi kalau itu kehendak bayi dalam perut ni, aku lahap sahaja lah. Lagipun, suamiku cuma pasrah dan ikut tanpa banyak berdalih. Sebab dia tahu, anak dia yang nak.

Hari ini aku beli tiga minuman. Dua ice blended cuppocino dan satu hot espresso untuk Han.

Aku berlalu ke arah meja yang terletak di sudut kafe Starbuck lapangan terbang ini. Ya, kami di airport. Nak sembang dengan guest sekejap.

Perlahan-lahan aku menarik kerusi di sebelah si suami. Duduk dan langsung mengagihkan minuman masing-masing.

Aku mengulum senyuman manis.

"Tengah borak apa?" soalku seraya menatap dua orang itu silih berganti.

"Sayang tak perlu tahu. Ini hal lelaki." Cukup bersahaja Han menjawab. Dia pandang lelaki di depannya, jelas dua-dua seperti sedang menahan tawa.

Apa yang kelakar?

"Hal lelaki?" soalku kembali.

"Haah." Lelaki dihadapanku itu menjawab.

"Nak tahu, boleh?" pintaku.

Han memandang bola mataku yang jelas disinari cahaya. Kebil-kebil, macam minta kena suap kaki.

"Nothing to know, mariposa" Sekaligus, hidungku dicuit manja.

Aku juling mata ke atas. Bibir dicebik. Menyampah!

Kemudian, aku beralih mata pula ke arah susuk lelaki yang duduk bertentangan kami itu. Segak dan kemas berpakaian. Macam selalu.

"Amran Deinz, lebih baik kau bagitahu. Kalau tak, aku tarik balik minuman kau eh. Jangan macam-macam" tajam mataku pandang Amran. Siap ugut sedas, biar dia kasi tahu.

Tapi Amran cuma senyum. Walaupun senyum dia tu bercampur dengan percikan tawa yang ditahan-tahan. Ada juga yang kena arwah buat kali kedua ni!

"Amran!"

"Okey finee...Kau janganlah emosi sangat. Karang tak pasal-pasal terberanak kat sini. Siapa yang susah? Suami kau juga yang kena sambut" Amran membebel.

"Tak ada apalah. Kitorang borak santai aje. Saja nak minta tips dengan Encik Han tentang jodoh"

Zuppp!

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now