two

4.9K 268 17
                                    

Mataku tercelik perlahan. Menyedarkanku dari alam tidur. Pandangan pertama yang kulihat sekarang adalah siling wad yang berwarna putih.

Eh? Aku tertidur ke?

Aku cuba mengingat apa yang terjadi. Setelah ingat, aku pukul dahi sendiri. Aku kena cucuk jarum rupanya tadi.

Tangan kiri aku tatap. Ada jarum dan hos yang disambungkan dengan botol berisi ubat yang tergantung diatas tiang besi.

Sah aku pengsan! Rasa malu pula bila tiba-tiba mengenangkan kebodohan diri. Penakut betul lah aku ni!

Mataku yang melihat tangan kiri tadi kini beralih memandang sekeliling. Mana ibu? Aku tahu ni dah masuk jam 5, ayah dah sah keluar. Tapi sekarang ni ibu mana?

Aku gelabah. Tolonglah jangan tinggalkan aku waktu macam ni.

Entah kenapa hatiku rasa seperti ingin menoleh kesamping. Tanpa panjang berfikir, aku terus menoleh.

Jelas kelihatan, pesakit lelaki itu sedang duduk menyandar dikepala katil.

"Dah bangun?"

Eh? Suara aku ke tu? Kenapa aku tiba-tiba tanya? Sumpah automatik mulut aku bergerak sendiri waktu tengok dia. Ya Allah malunya!

Lelaki itu tak membalas. Mungkin malas atau tak ada mood. Kelihatan dia senasib denganku. Tengah sakit boleh pula kena tinggalkan ibu. Ibu dia pun tak tahu pergi mana.

Wajahnya nampak dingin. Firasatku mengatakan bahawa dia seorang yang pendiam.

Aku pandang depan semula. Malaslah nak ambil tahu. Terus aku baringkan semula badanku perlahan. Nak ke kiri ke kanan? Aku tak boleh. Sakit!

Akhirnya aku ambil keputusan baring menghadap lurus. Siling pun silinglah.

Tak lama setelah itu, kedengaran bunyi pintu dikuak. Aku dan lelaki itu serentak menoleh kepala.

"Ibu!" jeritku perlahan. Ibu dari mana? Tertanya-tanya aku.

Tangan ibu penuh dengan, beg? Oh dah dapat. Ini mesti ambil pakaian. Maklumlah, kena tahan dekat hospital mestilah kena bawa baju. Untuk berapa lama? Itu doktor yang tentukan.

Ibu meluru kearahku. Wajah nampak risau.

"Erina dah sedar?" terselit kerisauan disana.

Aku angguk. Cuba ukir senyuman diwajah.

"Ibu dari ambil pakaian eh?" soalku lagi untuk mendapatkan kepastian.

Ibu angguk lalu tersenyum. "Haah, ni ibu bawakan bantal busyuk Erina sekali"

Membulat mataku. Seriuslah ibu bawa? Baru sedar aku tak dapat tidur malam kalau bantal kesayangan tak ada dalam pelukan.

Aku baru nak tepuk tangan. Tiba-tiba rasa berat. Oh ya lupa! Ada jarum.

"Thank you bu!" ucapku sambil tersenyum.

Aku senyum, ibu turut tersenyum.

Malam pun menjelma, lampu-lampu mula dipasang. Aku toleh samping, lelaki itu sedang bermain telefonnya.

"Ibu dia kat mana?" itu yang terlintas dibenakku. Terakhir kali aku lihat ibunya sebelum aku jatuh pengsan gara-gara kena cucuk jarum.

Aku pandang ibu. Ingin berbisik.

"Ibu, dia siapa sebenarnya? Ibu dia pergi mana?"

Sibuk pula aku nak tanya. Walaupun begitu, ibu tetap layan.

"Hmm, ibu rasa mungkin ibu dia ada urusan sikit kut. Kenapa Erina tanya?"

Aku telan air liur. Kenapa aku tanya? Entah, aku pun tak tahu kenapa aku tanya.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now