thirty-five

3.1K 193 10
                                    

Selepas bertemu dengan Azrell, aku terus bergegas ke penthouse Han. Aku tahu yang dia mesti dah menunggu aku sejak tadi. Sebabnya dia belum bagitahu aku niat sebenar dia bermurah hati dengan aku hari ni. Shopping bagai, bukan murah. Semua mahal. Takut aku nak tengok harga barangannya. Tapi dalam masa yang sama rasa gembira. Biasalah tu...siapa aje tak gembira kena belanja.

Tepat sangkaanku. Sebaik sahaja diriku terpasak tepat di dalam rumahnya, mataku di sambut oleh susuk Han yang sedang duduk sambil memegang sekeping kertas di tangan. Barang yang kami beli tadi juga diletakkan di atas meja ruang tamu. Tarik nafas dulu. Kemudian tanpa membuang masa, aku terus mengambil tempat duduk disampingnya.

"So? Apa yang encik nak bagitahu saya sebenarnya?" tanyaku.

Han diam dulu. Kertas yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja lalu disengga dengan barang supaya tak terbang.

"Esok, saya akan pergi oversea." kata Han.

"Okay? Then? Apa kena mengenanya dengan saya?" soalku semula. DNA otakku belum berhubung dengan baik. Ayat Han sama sekali tak membantu aku faham.

"You come along me. Start tonight, packing barang awak. Esok tepat jam 7 pagi, saya jemput awak" jelas Han.

Alangkah terkejutnya aku bila dengar dia kata macam tu. Otak tak boleh nak percaya akan kata-kata Han. Like what?!

"Oversea?? Encik serius kali ni nak bawa saya ikut encik?" lagi aku nak tanya. Sekadar nak  kepastian. Tersontak juga aku bila tahu kali ni dia nak bawa aku sekali ke luar negara. Selalunya dia tinggalkan aje aku ni kat sini. Terlantar macam orang tak betul. Ini mesti Han ada urusan kerja yang agak lama di sana.

"Yes" jawabnya singkat. Serius. Dengan itu, aku dah tahu yang dia tak main-main dengan kata-katanya. Dia serius bawa aku sekali.

Han kemudiannya mencapai salah satu kotak beg barang shopping tadi. Mata hanya melihat. Fokus. Dan saat kotak beg berwarna hitam putih itu sudah berada dalam tangan Han, dia terus menoleh ke arahku. Beg itu diserahkan.

"Take it" ucap Han. Sabar menunggu aku ambil beg itu dari tangannya.

Aku pun ambil. Kepalaku sedikit menunduk ke bawah untuk menatap isi beg yang berada di atas ribaku kini. Terkejut juga aku bila tahu isinya adalah wool coat berwarna coklat. Persis yang aku inginkan tu.

Untuk aku ke? Aku memang tahu Han beli benda ni tadi, tapi aku tak tahu pun dia belikan coat ni untuk siapa.

Aku kembali tatap Han. "Untuk siapa ni encik?" terus aku tanya. Walaupun aku dah dapat agak siapa pemilik coat ni seterusnya.

"Pakai tu esok."

Tanya lain, jawapan lain. Tapi aku tahu, melalui jawapan dia tu, aku dah dapat hints dari pertanyaan aku tadi.

Sekali lagi aku nak tanya. Namun baru nampak aku buka mulut sikit, Han langsung memintas.

"Yours" kata Han.

Aku sedikit terkejut. Macam mana dia tahu jenis soalan yang bakal aku tanya kepadanya itu lagi? Amazing!

"Maksudnya, encik belikan ni untuk saya?" tanyaku lagi. Tayang muka serba tak percaya.

Han angguk. "Because we will go abroad, you need to have one" ucap Han santai.

Berbinar mataku dengar.

"Wah...terima kasih, encik!" penuh teruja nada suaraku. Tak sangka Han ni peka juga orangnya. Dia tahu dia nak bawa aku, semua benda dia sediakan. Complete package dia bagi. Macam tahu-tahu aje.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Donde viven las historias. Descúbrelo ahora