twenty

3.5K 225 7
                                    

Tak ada ketuk tak ada salam, aku terus sahaja merempuh masuk ke dalam penthouse Han. Dada naik turun. Susah hati.

Mata kini melilau mencari kelibat lelaki itu. Namun tak sampai dua saat, aku dah jumpa dia. Han yang sedang duduk di atas sofa sambil menyentuh wajahnya dengan perlahan. Adakah itu luka?

"Encik Han!" laungku kuat. Laju aku berjalan menghampirinya dengan perasaan risau.

Han berpaling. Tangannya yang sedang menyentuh kesan luka pada wajahnya terhenti. Matanya seakan-akan terpaku melihat aku yang kini berada hampir dengannya.

Aku turut terpaku saat menatapnya. Luka berdarah dan kesan lebam teruk pada sudut bibir Han membuatkan hatiku rasa hiba. Nyilu dan sakit.

Ya Allah...

"Apa yang terjadi? Macamana muka awak boleh luka sampai teruk sekali macam ni?" soalku risau. Tak sanggup nak tengok.

"Just a little fight..." kata Han sambil sesekali meringis kesakitan.

"Apanya yang 'just a little fight' kalau dah sampai berdarah macam ni??"

Nadaku bercampur dengan rasa marah dan bimbang yang teramat. Entah kenapa bila tengok Han, aku rasa begitu ambil berat. Rasa bertanggungjawab dan terdapat perasaan lain dalam hati.

Han diam. Membiarkan kesan lukanya terbuka dihadapanku begitu sahaja. Ngeri.

"Awak tunggu sini kejap" arahku. Tegas.

Tangan aku seluk masuk ke dalam tas tanganku. Mencari first aid kit yang aku sentiasa bawa kemana-mana pun aku pergi. Langkah untuk bersedia, bagi menghadapi waktu-waktu kecemasan seperti saat sekarang ni.

Setelah jumpa, aku terus keluarkan. Ubat sapu yang ada aku tuang pada kapas putih. Nak sapu dekat sudut bibir Han.

Aku bawa naik perlahan tanganku ke wajah Han. Mata fokus pada luka calar yang terhasil teruk itu. Lembut aku tekap dan gerakkan ke kiri kanan. Berhati-hati. Pastikan semua mangsa tempat terkena ubat.

"Arghhh..."

Aku dengar Han meringis sakit. Spontan aku tarik tanganku kebelakang menjauhi wajahnya. Takut pula perbuatan aku ni sebenarnya bukan menyembuhkan malah menambah terukkan keadaan.

"Maafkan saya. S--"

"Teruskan saja" kata Han. Mata terpejam menahan perih seketika.

Bila dengan dia kata macam tu, aku terus angguk. Tak membantah. Terus aje aku angkat tangan kembali. Mendekatkan semula kapas pada mukanya.

Senyap.

Sepanjang aku berusaha mengubatinya, satu perkara yang aku sedar. Jantungku sudah tak normal seperti biasa. Berdetak kencang. Macam sedang lari marathon sepuluh kilometer. Mana taknya, Han asyik merenung dalam dan memerhati aku. Bukan aku tak sedar, cuma pura-pura tak nampak.

Aku selesai sapu ubat pada sudut bibir Han. Kemudian kembali menatap seraut wajahnya. Pastikan tak ada luka lain lagi. Dari sudut bibir hinggalah atas dahi, aku periksa setiap sudut tanpa rasa bersalah.

Tiba-tiba mataku terhenti tepat pada mata Han. Buatkan aku terpaku untuk seketika. Redup. Tak ada rasa dingin yang aku rasa. Malah dibalik mata Han tersembunyi kehangatan yang tak pernah dia tunjukkan.

Aku pandang Han. Naik turun lehernya pandang aku. Seperti menahan sesuatu.

"Ehem..."

Han berdehem. Berjaya membuyarkan aku ke alam nyata. Terus aku alih pandangan. Bawa mengucap banyak-banyak. Ya Allah, apa aku buat ni??

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα