twenty-six

3.3K 207 10
                                    

Tak terasa sudah tiga minggu aku bekerja di Hotel De' Stella ini sebagai doktor peribadi Han. Dan semenjak bersama dengan Han ini lah juga, jujur aku kata aku betul-betul tak faham apa gunanya jadi doktor peribadi dia ni sebenarnya.

Ingat lagi tak deal aku dengan Han waktu pertama kali di pejabat dulu? Haaa...aku rasa perjanjian tu macam tak ada fungsi pun. Rasa macam kehadiran aku ni cumalah sekadar memperingatkan Han supaya makan ubat. Haish! Kalau macam tu bagus tak payah panggil aku. Ada telefon, set lah sendiri.

Tapi tak apa lah. Aku tetap ikhlas nak bantu dia. Aku juga tetap jalankan tugas seperti yang dia arahkan kepadaku. Sebab bagi aku, arahan yang dia bagi tak lah diluar batas kemampuan aku. Lagipun dari dalam lubuk hatiku, aku memang tulus buat semua benda tu demi Han. Dan sekarang apa aku nak buat? Aku rindukan dia. Dia Han Dylen.

Sudah lima hari aku tak jumpa dia. Khabar dia pun aku tak tahu. Sama jugalah dengan Carlo. Han kata dia ada kerja yang perlu dia buat segera di luar negara. Sekarang, Han berada di New York. Jauh dari Malaysia. Buat aku terpaksa tahan rindu aku ni buat sementara. Entahlah sampai bila, dia sendiri tak bagitahu tempoh sepanjang dia berada dekat sana. Nak juga berahsia. Ishh!

Nampak tu? Dia sendiri kata dulu, kalau dia ada kerja dekat oversea, aku kena ikut. Ini bila aku tanya, Han cuma geleng kepala. Tak suruh aku ikut. Apa gunanya dia buat perjanjian macam tu dulu!

Sekarang aku tengah berlegar-legar di ruang lobi hotel. Bosan betul. Buntu akal aku fikir nak buat apa. Haih...Kenapa lah Han sanggup buat aku macam ni?

Kaki aku ayunkan selamba tanpa arah. Ke kiri dan kanan. Ramai juga lah orang-orang pandang ke arahku. Bukan kenapa, sekali pandang aku ni macam orang putus cinta. Tak pun macam ditinggal kekasih lama. Risau...

Lama aku berjalan. Tiba-tiba pandanganku teralih pada suatu tempat. Tempat dimana aku nampak ada dua orang lelaki sedang mengangkat sebuah lukisan bersaiz dua depa ke arah dinding besar hotel itu.

Firasatku mengatakan bahawa itu adalah sebuah lukisan. Dari mana dia datang pun aku tak pasti. Tapi nampak macam baru lagi.

Seketika terdetik sesuatu dalam hatiku.

"Adakah ini bermaksud Han dah balik?" Aku bergumam sendiri. Berbinar-binar terus mata bila aku buat andaianku sendiri itu.

Tapi kan kalau lah betul Han dah balik, kenapa sebatang tubuh dia pun aku tak nampak hari ni. Carlo pun sama. Batang hidung pun tak kelihatan.

Hmm....

Aku beranikan diri  mendekati mereka. Dua lelaki bertubuh besar itu. Pasang wajah ingin tahu. I'm curious right now!

Belum sempat aku nak dekat, seorang daripada mereka tiba-tiba panggil aku.

"Awak...sini sekejap" panggilnya. Jarinya bergerak-gerak panggil aku supaya mendekat. 

Tubuhku tiba-tiba kejung. Terkejut. Ada apa ini miska?

Aku pandang kiri kanan. Nak pastikan supaya aku tak salah nampak dan dengar.

"Awak lah!" katanya lagi. Jarinya keras menunjuk kearahku.

Aku telan air liur. Jantung pula berdegup kencang. Muka pun dah berubah putih pucat. Takut. Garangnya lelaki ni!

"I...iya saya?" Aku mendekati mereka dengan suara yang tergagap-gagap takut.

"Boleh awak tolong sambung angkat tak benda ni?" katanya selamba.

Meluas mataku bila dengar permintaan tak masuk akal dia tu. Agaklah... Aku? Nak angkat lukisan sebesar itu seorang diri? Like what?!

Aku pandang kawan dia yang seorang lagi. Selepas itu kembali pandang dia berani.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now