thirty-nine

2.9K 207 24
                                    

"Oooo, haha bagitahu lah awal-awal." aku kelat tertawa. Rasa koyak dan malu yang teramat.

"Buat apa saya nak bagitahu. About my love, there's nothing business with you, mariposa" ucapnya.

Aku mendengus kasar. Rasa kesalku dengan Han semakin meningkat.

"Do you smell something, mariposa?" tanya Han.

Aku menjengil mataku ke atas. "No" kataku. Singkat.

"Smell like someone get jealous" usik Han.

Aku berpeluk tubuh. Lalu berdecak. "Jealous? Huh, siapa juga yang nak jealous?" ujarku selamba. Tayang muka tak ada perasaan, walaupun muka dah naik merah macam ubi rebus.

"Baguslah kalau macam tu." ucap Han.

Rela tak rela aje hati aku bila pandang muka dia yang kurang peka terhadap persekitaran ini. Ish!

Saat aku pandang hadapan semula, mataku disambut oleh benda yang berjaya menarik perhatianku. Bibirku yang mencebik tadi langsung bertukar menjadi sebuah senyuman.

"Icecream!" Bersinar bak rembulan wajahku saat melihat trak aiskrim yang berada di tepi jalan sana.

Langsung aku memandang ke arah susuk yang sedang berdiri disampingku ini. Tayang gigi rata depan Han.

"Encik, saya nak pergi sana boleh?" pintaku sambil kebil-kebil mata.

"Lapar sangat ke sampai nak buat muka macam tu?" soal Han sambil melipat lengan di dada.

Mendengar itu, aku terus main jari-jemariku. Jari telunjuk seakan-akan menari di atas telapak tangan.

"Errr..."

"Pergilah" Han akhirnya mengizinkan aku untuk ke sana.

Mataku sedikit meluas. Senyum lebar hingga telinga ditayang.

"Thank you!" ucapku ceria. Tak lama setelah itu aku berjalan laju ke arah trak aiskrim itu.

Han? Dia berada di belakangku. Hanya ikut ke mana pun aku pergi. Pelik juga aku dibuatnya. Kadang-kadang aku terfikir. Dia yang nak jalan atau aku?


"Bonjour!" tegurku.

Ya Erina, itu aje lah yang kau tahu. Pak cik yang berada dalam trak aiskrim itu langsung menoleh ke arahku. Tersenyum manis.

"Bonjour, pretty!" balasnya.

"Chocolate icecream one" kataku bersemangat. Jari telunjuk di bawa naik, buat nombor satu.

Pakcik itu mengangguk. Cawan aiskrim di tepi langsung di capai. Diikuti dengan sudu khas buat mencauk aiskrim tersebut. Aku turut fokus memandang ke arahnya. Beberapa scoop aiskrim mula diletakkan di atas cawan dengan kemas. Aku sedikit terkejut saat pakcik itu meletakkan satu scoop aiskrim vanilla lagi di atas puncak cawan. Bukan itu sahaja, chocolate chips pun ada sekali.

Aku sedikit berkerut. Sebabnya aku tak minta pun semua itu. Sekadar aiskrim coklat biasa. Itu sahaja yang aku pesan.

"Special for you, pretty" secawan penuh aiskrim itu diserah baik kepadaku.

Aku merenung lama ke arah cawan itu. Kemudian mengambilnya.

"For me?" tanyaku. Tunjuk diri sendiri.

Pakcik itu mengangguk. Aku menjadi terharu melihatnya.

"Thank you" ucapku penuh ikhlas. Beg tangan langsung dicapai untuk mengambil beg duit di dalamnya. Nak bayar.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now