fifthy-two

2.7K 157 0
                                    

Beberapa minit meluncur di atas bongkah ais, kami pun berehat di tepi gelanggang. Mujur ada kerusi, boleh lah duduk dan salurkan kepenatan akibat berlari macam penguin atas ais tadi. Nak acah jadi pro iceskater konon, baru undur dah terbalik badan. Nasib tak jatuh, kalau tak mahu malu tujuh keturunan aku kat sini.

"Erina cantik, lepas ni nak pergi mana pulak?" Amran bertanya. Kasut luncur yang tersarung kemas di kaki mula ditanggalkan. Aku pun turut menanggalkannya. Kemudian letak ditempat asal.

Kami berdiri. Bila dengar soalan Amran tadi, ligat otak aku mula berfikir. Nak pergi mana eh?

Tiba-tiba terasa bahagian perutku mula bercengkrama kuat. Tahu tak apa maksudnya tu? Itu maknanya perut aku dah mogok minta disuapkan!

Aku pegang perut sendiri. Kalau lah perut ni ada mulut, lama aku dah gam sebab tak nak dia buat bising. Malu lah orang dengar!

"Teruk betul bunyinya tu. Kau lapar ke?" soal Amran.

Aku terkejut. Telan air liur samar. Aduh! Budak sebelah ni pun dengar ke?

Aku berbalik menghadapnya. Tersengih kecil. Nak tak nak, aku kena cakap juga. Kalau tak, nak meletup agaknya perutku sebab tuan punya badan tak layankan dia sekarang.

"Amran jom makan. Serius aku lapar" Kebil-kebil mataku meminta simpati.

Amran diam. Muka dia macam sedang berfikir.

"Hmmm..."

Amran masih mempertimbangkan sesuatu. Tapi tak tahu apa. Ini yang buat aku naik angin ni.

"Weh, jomlah makan. Laparlah!" Aku merengek macam budak lima tahun. Serius aku tak tahan nak berikat perut sekarang ni. Rasanya kalau aku nampak kitkat yang separuh patah pun dah bersyukur teruk.

"Hahaha...Okey lah. Tuan Puteri nak makan apa?" Amran dah mula ber-gentleman depan aku.

"Apa-apa aje lah. Asal boleh dikunyah dan mengenyangkan." mudah jawapanku.

"Chicken Rice Shop?" Amran memberi cadangan.

"Boleh!"

Kami langsung berjalan meninggalkan kawasan. Dalam perjalanan menuju ke restoran, entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Rasa seperti ada yang tak kena. Dan lagi tepat, gerak geriku seperti diperhati.

Aku teguk air liur sendiri. Gatal rasa kepala nak menoleh ke belakang. Otak kata jangan tapi dalam hati berkata iya. Penat berperang emosi, aku akhirnya mengikuti kata hati.

Saat aku pusing belakang, mataku sedikit terbuka luas. Jantung pula dupdapdupdap tanpa henti. Terasa sangat lutut dah naik menggigil.

Dua orang lelaki berpakaian serba hitam sedang mengekori kami. Dengan lagak penuh samsengnya, salah satu daripada mereka berjaya menangkap pandangan mataku. Laju aku alihkan pandangan. Matilah!

Aku pandang Amran yang kelihatan santai berjalan. Lengannya aku tepuk banyak kali.

"Errr...Amran, teman aku pergi sana sekejap" Lengan kemejanya aku tarik paksa.

"Eh tapi Chicken Rice kat sana"

"Shhttt...ikut aje lah" Aku menarik lengan Amran untuk dibawa pergi bersama. Entah kemana pun aku tak tahu. Niat aku sekarang cuma satu. Lari daripada orang-orang mencurigakan tu.

Sekali lagi aku pandang belakang. Rasa nak pecut lari sebab nampak dia orang masih mengekori kami. Langkah kedua orang itu semakin laju tatkala aku dan Amran mula jauh. Dengan semaksima mungkin, aku ajak Amran berlari.

"Kau dah kenapa Erina?!"

"Pleasee...jangan banyak tanya. Lari aje lah!"

Tak memperdulikan orang sekeliling yang memerhati, aku terus berlari. Bila nampak ada tembok yang cukup besar untuk menyembunyikan diri, aku langsung menarik Amran. Suruh dia sorok juga. Tercungap-cungap nafas kami akibat bermaraton dalam shopping complex ni. Gaya macam kena kejar Mr. Candy.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Où les histoires vivent. Découvrez maintenant