sixty-two

3.2K 150 5
                                    

Selesai makan tengah hari, kami menapak meninggalkan kawasan warung tadi. Setapak, dua tapak, tiga tapak...

Dua pasang kaki yang melangkah akhirnya terhenti sebaik sahaja mata menyambut permandangan yang cukup menyesakkan ini.

Aku pandang Amran. Amran pandang aku. Sekadar menggunakan isyarat mata, aku tahu apa yang dia fikirkan. Lantas, kami berdua mendekati lautan manusia yang sedang sibuk bertepuk tangan tidak jauh beberapa meter dari kami.

Kami berasak-asak hingga akhirnya berdiri dihadapan sekali. Kepala dipanggung semula ke hadapan.

Beberapa orang lelaki sedang berkonsert mini rupanya. Patutlah bising semacam, rupanya ada bandbusker. Ada yang main guitar, main drum dan alat muzik yang lain. Semuanya sudah ada tugas tersendiri. Tapi yang paling utama dan menjadi tarikan dan perhatian ramai adalah lelaki yang berada ditengah-tengah itu. Bila suaranya mula bergema dan melentok merdu melalui mikrofon, aku dah tahu. Dia mesti penyanyi.

Usai sahaja lelaki itu menyanyi, kedengaran tepukan gemuruh daripada masyarakat disekelilingku. Ada yang menjerit, seakan-akan tempat ni dia yang punya. Gila tak gila? Nampak sangat suara merdu milik lelaki itu memang menarik hati semua orang. Termasuk aku. Cuma aku tak ada lah sampai tahap melalak, sekadar turut bersorak tangan cukuplah.

"Terima kasih kepada semua yang sudi mendengarkan nyanyian daripada saya sebentar tadi. Untuk menambah meriahkan lagi suasana, pihak band kami nak membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menyanyi di depan sini. Kutlah ada yang suka menyanyi kan? Bolehlah asah bakat yang terpendam. So, sesiapa?"

Lelaki itu memandang kiri dan kanan. Mikrofon yang dipegang diangkat tinggi.

Semua orang yang berada di situ saling berpandangan satu sama lain. Kemudian kedengaran bunyi bisik-bisikan halus daripada mereka. Ada yang siap kena tolak ke depan, tapi yang ditolak itu lebih cekap dan bertindak pantas dengan cara berlari ke belakang sekali. Cara mengelak daripada dipaksa.

Kemudian, serta merta suasana yang bising tadi dengan tiba-tibanya menjadi senyap. Tak semena-mena telinga menangkap suara yang cukup familiar bergema.

Lantas kepala ditolehkan ke kanan. Amran dengan muka penuh yakinnya sedang mengangkat tinggi tangannya.

"Okey, baiklah. Kita dah ada wakil penyanyi" Lelaki itu menarik senyum mesra.

Berkerut dahiku pandang Amran. Bertanya-tanya, dia ni betul ke?

"Amran, kau ni betul ke tak? Sejak bila kau pandai menyanyi?" soalku separuh berbisik. Pelik pun ada.

Pandangannya kembali teralih ke arahku. Membuatkan mata kami saling berlaga.

"Inilah masanya..."

"Huh?" Aku bingung. Kata-kata Amran itu buatkan otak aku buntu bekerja.

Ini masanya? Masanya untuk apa? Jadi superman?

Belum sempat aku hendak melanjutkan sesi soal jawab, Amran terlebih dahulu melangkah maju. Penuh yakin auranya. Orang disekeliling yang pandang pun cukup jadi terpesona. Lagi-lagi, awek-awek malaya yang duk berbisik sedari tadi!

Kelihatannya Amran sedang bercakap-cakap dengan ahli band itu. Dalam otak aku tafsir, mungkin dia orang cakap pasal lagu apa yang perlu dimainkan. Pendek kata, request song.

Amran mula membetulkan kedudukan. Mikrofon ditangan kiri digenggam erat. Dari jarak ini, aku nampak dada Amran naik turun. Buat senaman jantung. Nervous lah tu.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now