fifthy-four

3.1K 171 19
                                    

Pejam cilik pejam cilik, tak sedar sebulan sudah pun berlalu. Sepanjang tempoh ini, boleh tahan sibuk jugalah ahli keluarga menyiapkan persediaan untuk majlis. Tapi yang seronoknya, Han tak bagi kami ikut bertungkus lumus menyiapkan semuanya. Dah hampir siap pun, katanya. Majlis diadakan di Grand Hotel.

Bila difikir balik, jantungku berdetak kencang. Mulut ni rasa ringan aje nak jerit...

Oh Tuhan, I'm Nervous!

Lagi-lagi bila dapat tahu majlis ni dibuat secara besar-besaran di Hotel De' Stella. Hotel Han Dylen itu sendiri!

Oh matilah aku! Mesti dua puluh empat jam Alin nak mengusik kata aku memang dah lama syok dengan Encik Han. Dan sekarang tengok dengan mata sendiri, Han dah jadi jodoh aku.

Sekarang aku berada di hadapan pintu dewan. Berpakaian baju pengantin berwarna putih bercorakkan moden. Tak lupa juga ada bunga merah di dalam genggaman tanganku. Sumpah rasa macam nak terkucil sekarang ni. Gugup habis. Nasib baik ada Qaisara. Ya, Qaisara kawan ditempat kerja aku dulu tu.

"Qai, aku takut" luahku. Sempat jeling dewan melalui lubang pintu.

"Normal lah tu Erina. Semua orang yang nak kahwin ni rata-rata akan rasa nervous dan takut. Tak ada lagi aku jumpa kes pengantin yang berlari pecut atas pelamin akibat teruja sangat. Tiada, kau tahu?" gurau Qaisara.

Bila dengar lawak Qaisara tu, aku jadi tertawa kecil. Nasib baik komedi dia kali ni menjadi. Hilang juga rasa gugup aku seketika.

"Weh, okey tak muka aku?" Aku berbalik memandang Qaisara. Jari telunjuk di bawa naik menunjuk muka sendiri.

Qaisara pandang aku. Matanya dikecilkan tanda menganalisa. Ditiliknya muka aku dengan penuh teliti.

"Macam bidadari" itu komennya. Aku masih diam.

"Sumpah lawa. First expression aku pun, aku ingat bidadari mana lah jatuh dari langit ni. Aku bagi kau 100/10" tambah Qaisara.

"Lebih sangat tu" gelakku.

"Sebab kau cantik. Mesti Han tambah jatuh cinta dengan kau nanti." Qaisara tersenyum miang. Sempat lagi dia nak cucuk-cucuk lenganku.

Bahananya, habis merah mukaku. Tak payah nak ber-blusher merah kat pipi lagi, sudah cukup yang semula jadi ni.

Bila Qaisara sebut nama Han tadi, aku terus terbayangkan dia. Macam mana lah rupa Han dengan baju melayu putih. Mesti kacak kan? Belum lagi majlis bersanding nanti. Dengan gaya penuh karisma CEO dia tu, tambahan lagi pakaian ala Prince Charming nanti, memang meletup lah jantung aku tengok.

Dan semua lamunanku sekali lagi mati sebaik sahaja ada dua orang lelaki sedang berdiri tepat di hadapan aku dan Qaisara. Berbaju serba hitam putih, kemas berkot hitam sedang bersiap sedia menarik pintu besar dewan.

"Are you ready miss?"

Salah satu daripada mereka sempat menegurku dengan senyuman ikhlas. Aku pandang Qaisara. Dia mengangguk sambil tayang muka 'everything is fine' dia tu.

Aku teguk air liur samar. Tarik nafas dulu, kemudian pandang semua lelaki tadi.

"I'm ready" jawabku seraya tersenyum manis.

Mendengar maklumbalas daripadaku, mereka berdua mengangguk. Perlahan-lahan pintu besar itu mula dibuka luas. Seiring waktu, jantungku kembali berdetak kencang. Dalam hati aku cuba kuatkan diri. You can do it, Erina. You can do it! Aku memberi semangat untuk diri.

Langkah mula diorak di atas karpet merah. Dalam diri sempat nak perasan jadi puteri dari khayangan. Sebabnya langkahku juga diiringi dengan muzik. Piano, kegemaran aku.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now