twelve

3.5K 238 7
                                    

"Belum lagi..."

Aku senyum kekok.

"Doktor dah ada kekasih?"

Aku hembus nafas berat. Kenapa hari ni? Ini pesakit keenam tanya aku soalan yang sama.

Aku geleng lagi.

"Tak ada lagilah pak cik" suaraku meleret. Kenapa orang-orang tak percaya dengan aku ni?

"Pak cik ada anak lelaki, nak berkenalan tak?"

Aku urut kepala.

"Maaf ya pakcik tapi Dr. Erina sibuk tu. Kalau pak cik tak ada apa-apa nak tanya lagi, pak cik boleh keluar." potong Kak Eja.

Pandai dia bohong. Sebenarnya ini pesakit terakhir aku.

Aku pandang Kak Eja. Mata menafsirkan rasa lega dan berterima kasih.

"Yeke? Baiklah kalau macam tu. Saya jalan dulu. Terima kasih ya doktor. Kalau ada free, nanti pakcik kenankan anak pakcik dengan doktor"

Aku cuma balas dengan senyuman. Kemudian, pak cik itu pun bangun dan melangkah keluar.

Mata masih memerhati pak cik itu. Setelah seratus peratus pak cik itu dah dijamin keluar dari bilik rawatan, aku jatuhkan kepalaku atas meja.

"Haih, apa dah jadi dengan hari ni?"

Penat. Bukan kerana memeriksa pesakit tapi kerana terpaksa melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Lagaknya seperti sesi dilamar orang. Aku yang dilamar.

"Hahaha. Sabarlah Dr. Erina. Kalau saya jadi lelaki pun, saya akan buat benda yang sama." kata Kak Eja seraya tertawa kecil.

Aku naikkan wajahku. Terus pandang Kak Eja.

"Kenapa pula Kak? Apa yang lainnya saya hari ni?"

Kak Eja tarik senyum.

"Doktor sangat cantik hari ni. Sebenarnya, hari-hari pun doktor nampak cantik. Tapi hari ni, doktor nampak ayu. Macam perempuan melayu terakhir dengan baju kurungnya. Ya Allah, akak yang cair" puji Kak Eja.

Pantang dipuji. Wajahku terus berubah rona. Merah. Terasa bahangnya dah naik seluruh muka.

"Janganlah puji lebih-lebih. Saya biasa aje. Taklah cantik sangat"

Aku merendah diri. Tak nak melebih-lebih.

"Kak Eja ikhlas puji Dr. Erina. Sangat cantik! Tak hairanlah kalau ramai lelaki diluar tu beratur nakkan doktor ni"

Aku tersenyum.

Terima kasih Kak Eja" kataku. Menghargai pujian ikhlas itu dengan hati yang terbuka.

"Itu patient terakhirkan doktor?"

Aku angguk.

"Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" tanya Kak Eja.

Aku pandang sekeliling. Kemudian pandang Kak Eja dengan senyuman manis.

"Dah tak ada apa-apa. Kak Eja rehatlah dulu. Dah waktu rehat ni. Semua staf dah keluar pergi makan."

Aku bangun. Memisahkan punggungku dengan kerusi.

"Doktor? Doktor Erina tak pergi rehat ke?" soal Kak Eja setelah nampak aku bangun dengan membawa fail di tangan.

Aku geleng.

"Saya nak hantar fail ni dulu dekat bilik prosedur. Kak Eja pergilah makan. Lagipun saya tak lapar sangat ni. Masih boleh survive" ujarku sambil senyum.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now