thirty-eight

3.1K 211 23
                                    

Selesai berkemas, aku atur langkahku ke hadapan cermin tingkap gergasi yang ada di dalam bilik ini. Mata meninjau ke luar.

"Cantiknya..." gumamku.

"Tapi aku datang sini bukan sebab nak jalan-jalan, tapi sebab teman Han. Kena pantau kesihatan dia dua puluh empat jam. Haih..." aku sedikit mengeluh bila teringat tujuan sebenar.

"Tak apa lah Erina, tengok Eiffel Tower dari sini ni pun dah okey. Jangan sedih, okey?" aku menyemangati diri sendiri. Tak nak bersedih hati. Aku datang sini sepatutnya membentuk senyuman bukan menambur kesedihan. Biarpun mungkin aku hanya di tinggal bersendirian di sini, tapi aku tetap terima. Nak buat macam mana kan?

Akhirnya aku kembali bersemangat macam tadi. Kaki di undurkan sedikit, menjauh tingkap tersebut dan terus melangkah keluar daripada bilik. Nak tengok Han. Nak tahu juga lepas ni dia nak buat apa.

Sebaik sahaja diri dah terpasak di ruang tamu, aku terus pegun berdiri. Melihat Han yang berpakaian santai dan berkot panjang berwarna hitam itu membuatkan aku dapat tangkap sesuatu. Antara dua kemungkinan. Satu, mungkin dia ada urusan ringan atau nak jumpa kawan. Kedua, mungkin dia nak jalan sekejap atas urusan yang singkat. Sebabnya, pakaian dia sekarang langsung tak ada vibe kerja.

"Errr...encik nak pergi kerja ke?" Untuk memastikan kenyataan, aku beranikan diri bertanya.

Han yang berdiri itu langsung memandang santai kearahku. Namun, reaksinya langsung tak dapat aku nak baca.

"Hmm...encik pergilah kerja" kataku. Entah kenapa tiba-tiba mulut aku bergerak sendiri untuk menyatakan ayat itu.

Han mula menghampiriku. Setapak, dua tapak, tiga tapak dan akhirnya berdiri tepat di hadapanku. Aku terpaksa mendongak sedikit untuk menatap wajah Han. Sebab dia tinggi, susah sikit nak pandang kalau dari jarak yang dekat.

"Saya datang sini bukan sebab kerja..." Han mula buka suara.

Bila dengar dia kata macam tu, aku terus ternganga. Tak faham dengan kata-katanya.

"Apa maksud encik?" soalku. Bingung.

"I came here because I miss this place" sambung Han lagi.

Sedaya upaya aku cuba cerna ayatnya itu. This place? Tempat ni? Maksud dia...

"Maksud encik, Paris?" tanyaku lagi.

Kali ini Han angguk. Menandakan bahawa aku betul.

"Jadi, apa tujuannya kita pergi sini?" Memandangkan Han datang sini bukan atas kerja, jadi aku nak tahu juga alasan dan sebab sebenarnya. Kalau dia kata rindu, itu belum cukup memenuhi kehendak jawapanku.

"Jalan-jalan" balas Han.

Terkebil-kebil mataku dibuatnya. Sangat tak percaya bila Han dah mula kata macam tu. Dia businessman dan sibuk, mana lah ada masa nak jalan-jalan. Tapi ni? Hmm...Ini yang buat aku tak percaya bulat-bulat ni.

"Encik ni main-main ke?"

"Kenapa? Awak nampak muka saya macam ada iras playground ke?" kata Han. Ayat bergurau tapi muka dingin ditayang.

"Haah. Macam playground." kataku.

"No, Erina. I'm serious." kali ini suara Han kedengaran seperti sedang serius. Langsung tak ada gurauannya.

Aku terdiam untuk seketika.

"Maksudnya...saya?" aku telan air liur sekali. Berharap kalau apa yang aku inginkan menjadi kenyataan. Please...

"Jom" ajak Han tiba-tiba.

"Yeay!" aku berlonjak kegembiraan. Gembira sebab harapanku tercapai.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now