fourty-six

3.2K 199 21
                                    

Selesai sarapan, kami terus menyambung aktiviti untuk hari ini. Aku pun kurang pasti. Apa nak buat? Ke mana lah Han nak bawa aku? Semua tu aku tak akan tahu selagi tuan punya badan tu tak bagitahu motif dan hala tuju sebenarnya.

Tapi, ada satu benda yang aku tahu dan dapat rasakan perubahannya.

Apa?

Aku rasa hari ni akan menjadi hari yang agak berbeza dari hari sebelumnya. Hari pertama digelar kekasih orang, kut? Gerenti auranya lain macam. Lagipun Han bukan orang biasa-biasa. Kalau dia dah sayang, semua dia sanggup bagi. Aku yang malu nak terima. Macam semalam. Dia minta aku tidur di bilik dia, aku pun ikut aje lah. Bukan tidur sebilik, syukurlah.

Aku duduk di bangku kedai makan terbuka sambil mata fokus pandang skrin telefon. Ligat dua ibu jari menaip sesuatu di atas sana. Apa lagi, balas chat lah.

Senyum-senyum sendiri aku melihat skrin telefonku. Sibuk balas pesanan dari seseorang tentang hari jadi aku semalam. Katanya maaf sebab lambat wish. Tak apa lah, layan aje.

"Siapa?" soal Han. Sedar aku asyik senyum kambing pandang telefon sendiri.

"Carlo Rino Gucci Chanel Polo Armani tu lah" Awal pagi aku nak merepek. Tergelak sakan Han dibuatnya.

"You mean Carlo, mariposa?" soal Han dengan sisa tawanya.

Aku mengangguk. Iya, dia lah. Siapa lagi kalau bukan brother Carlo kesayangan tu. Haha!

"Apa dia kata?" Han sengaja nak mengorek perbualanku dengan Carlo atas talian.

Aku hanya geleng santai. Tak ada pun isi yang berat sangat. Cuma Carlo yang lupa ucapkan selamat hari jadi kepadaku kelmarin. Baru hari ni dia teringat. Katanya sibuk. Tak apa lah, kita faham. Tak marah pun. Lumrah manusia, kejap ingat kejap lupa. Kejap makan kismis kejap makan semut. Mana satu?

"Hari ni kita nak pergi mana?" Selesai sahaja ber-chat dengan Carlo, aku terus tutup telefon. Buang jauh-jauh sebab nak bagi tumpuan sepenuhnya untuk lelaki seorang ni.

"I'm not really sure. It's up to you. Awak nak pergi mana?" Kali ini Han bagi aku peluang. Selalunya dia terjah aje bawa aku ke sini sana. Walaupun begitu, aku tetap ikut. Sebab tahu tempat yang dia bawa aku semuanya cantik-cantik belaka. Suka aje hati ni melihatnya.

Aku ketuk-ketuk dagu. Berfikir cerdik. Pilihan pertama yang ada dalam otak aku, mestilah Eiffel Tower. Tapi tak terlalu awal ke kalau nak ke sana. Hurmm...apa kata cari tempat lain dulu. Esok atau lusa baru aku tergah naik menara tu. Amacam?

"Sebenarnya saya teringin sangat nak naik menara Eiffel Tower tu..." sempat aku jeling mataku ke arah pemandangan sebelah mata. Apalagi, menara tinggi tu lah.

"Hah, habis tu. Kenapa?" Suara Han seperti tak mempersalahkan dan keberatan kalau aku nak naik tempat tu sekarang juga.

Aku geleng.

"Saya nak pergi tempat lain dulu. Esok ke kita pergi sana. Amacam, boleh?" kataku. Awal buat pelan untuk itu. Semangat.

Han angguk sahaja. Tak keberatan. Aku terus petik jari bila nampak dia yang seakan setuju dengan rancanganku.

"Excuse me..." tegur seseorang.

Serentak aku dan Han angkat kepala. Pandang ke arah orang yang telah menegur kami secara tiba-tiba itu.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now