thirty

3.5K 192 13
                                    

"Saya nak pergi sebelah" ujar Han datar.

"Baiklah" jawabku.

Belum sampai seminit Han sudah berlalu ke rak sebelah. Aku pula hanya pegun berdiri di rak yang sama. Pura-pura rajin cari buku. Ambil dan simpan balik setiap buku yang aku capai. Itu aje lah yang aku buat sambil menunggu Han cari buku kat sebelah. Jujur kata aku nak sangat baca novel yang aku pilih tadi sekarang ni. Tapi tak boleh. Nanti kalau aku baca sekarang, silap-silap waktu ni aku baca, waktu ni juga lah habis. Tak nak aku. Aku nak feeling membaca sambil dengar lagu. Baru syok!  

Aku berjalan perlahan di antara dua buah rak buku yang besar ini. Tangan pula sentuh buku-buku atas rak. Ke hulu-ke hilir aku pergi. Bosan tahap kritikal.

Sedang aku sibuk dengan duniaku sendiri, aku berhenti. Tubuhku langsung menghadap ke arah rak buku sebelah kananku . Buku yang agak berselerak di situ buatkan aku ingin menyusunnya tanpa perlu gaji upahan daripada pihak perpustakaan.

Aku mendekati rak tersebut. Beberapa buku mula di capai untuk disusun di tempat asal. Ikut saiz, dari yang besar hingga kecil. Semua aku susun dengan kemas. Rasa macam buku tu aku yang punya pula. 

Namun tak habis susun, tanganku terus terhenti. Lubang antara atas buku dan permukaan rak buatkan aku tak sengaja ternampak seseorang. Lebih tepatnya orang yang ajak aku pergi tempat ni tadi.

Han yang sedang berdiri sambil membelek buku itu buatkan aku terpesona dengan dirinya. Sekali lagi. Untuk kali keberapa aku kata aku terpesona dengan Han. Dah buat macam mana, hati memang tak dapat nak menipu. Lagi-lagi bila nampak dia lipat lengan bajunya hingga siku. Memang itu satu kelemahan aku.

"Handsome" ujarku perlahan sebab tak ingin orang lain dengar. Terutamanya Han.

"What are you looking at?" laung Han tiba-tiba dari seberang sana.

Terkejut sampai meluas mataku bila dengar Han bersuara. Macam mana Han boleh tahu aku tengok dia? Kadang-kadang seram juga aku dengan dia ni!

Laju aku jauhkan jarak antara diriku dan rak . Buang rasa gelisah yang sempat menyerang diriku tadi.

"Nothing!" jawabku.

"You look like an illegal spy, mariposa." kata Han lagi sambil membelek-belek muka surat buku yang dipegangnya itu.

Bila dengar itu, laju air liur lalu tekak. Rasa kering semacam pula tiba-tiba.

"Mana ada saya mengintip encik!" laungku sedikit kuat. Namun tiada siapa yang dengar kerana sudut yang kami jejaki kini tidak ada orang. Sunyi sepi.

Buku yang ada dalam tangan Han tutup. Tak lama setelah itu, aku nampak susuk Han hilang di sebalik rak itu dengan membawa bukunya tadi. Tanpa sedar, mataku turut mengikuti gerak-geri Han sehingga dia benar-benar tak kelihatan di sebalik lubang rak yang aku guna untuk melihatnya. Adakah apa yang aku buat sekarang ni dikategorikan sebagai mengintip?

"Eh? Mana dia?" kataku perlahan. Macam sedang bercakap dengan buku-buku. Kiri kanan rak sebelah aku pandang.

"You're spying on me, mariposa" suara lelaki tiba-tiba menyapa halwa telingaku.

Terkejut bukan main aku bila dengar suara itu. Dekat. Dan bila aku toleh belakang, Han sedang bersilang tangan di dada sambil menyandarkan tubuh kekarnya di belakang rak. Lelaki itu memandang datar ke arahku. Dan itu buat aku gugup separuh mati. Sejak bila dia ada kat sini?!

Again Erina! Kau dah tertangkah basah oleh Han sendiri

"What are you doing?" soal Han. Kali ini kakinya ketuk-ketuk lantai. Macam tengah tuntut jawapan daripada aku.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now