fifthy-five

3.4K 176 0
                                    

Rasa janggal gila bila ditinggal berdua dengan Han dalam bilik penthousenya. Lagi-lagi bila sedar status kami dah seratus peratus berubah. Han dah sah jadi suami aku. Kami dah halal.

Kami berdua masih selesa diam. Tapi diam aku ni lain sikit. Diam sambil memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku dengan aku lepas ni. Macam-macam aku fikir. Kalau dia tuntut hak dia malam ni macam mana? Adakah aku patut buat strategi naik bumbung hotel ni?

"Erina..."

Padanlah muka aku sendiri sebab kusyuk sangat menghayal. Kan dah nak terlepas jantung tu. Nasib baik aku tak terjang si pemanggil itu.

"Ya?" aku menoleh ke arah Han yang sedang duduk bersila di atas katil.

Han tak membalas. Sebaliknya dia mengengsot perlahan tubuhnya ke arah aku yang masih duduk di birai katil.

Tubuhku langsung mengeras bak ais sebaik sahaja terasa ada tangan yang melingkari dipinggangku. Jantung kembali berdetak kencang. Tolong, aku tak pernah sedekat ini dengan mana-mana lelaki!

"Have I made you uncomfortable, mariposa?" soal Han lembut. Tepat dia berbisik ditelinga kiriku, naik meremang semua bulu roma aku.

Aku masih diam. Tak punya jawapan. Yang aku tahu ini adalah kali pertama aku dipeluk oleh orang selain ahli keluargaku sendiri.

"Maaf kalau saya dah buat awak kurang selesa. Saya akan lepaskan tangan ni sekarang"

Baru sahaja Han ingin melepaskan pelukannya di pinggangku, tanganku terlebih awal menghalangnya daripada lari. Entah kenapa, aku pun tak tahu macam mana tanganku ni boleh bergerak secara automatik bila pelukan pada lengan Han semakin longgar tadi.

Rasa nak hantukkan kepala sendiri kat dinding lah pula. Malunya!

Kedua belah lengan Han kembali melingkari di pinggangku. Kali ini naik sikit, kat perut pula di peluk. Geli rasanya bila tangan itu seakan-akan bergerak-gerak di sana.

"Awak suka saya peluk macam ni?" soal Han lagi.

Macam tadi. Aku masih diam. Cuma anggukan sahaja menjadi balasan.

Melihat kebisuanku, Han terus melepaskan pelukannya. Tubuhnya digeser hingga membuatkan dia kini duduk tepat disampingku. Han memegang wajahku dengan kedua belah tangannya. Dipalingkan supaya aku memandang ke arahnya.

"Tell me the truth, are you nervous?" soal Han. Suara garaunya buat aku telan air liur.

Apa nak cakap? Takkan lah nak kata aku nervous sebab takut dia nak ambil mahkota aku malam ni. Itu bukan cari idea tapi cari nahas namanya!

Sudahnya aku cuma mengangguk. Kemudian terasa kedua belah pipiku diusap lembut oleh Han. Bila mata kami berlaga, aku nampak dia senyum manis. Seakan tahu apa yang aku difikirkan, Han angguk.

"Abang faham perasaan awak, sayang. Kalau awak tak sedia lagi, abang boleh tunggu." Senyum versi pencair hati dihadiahkan. Hampir nak meletup jantung melihatnya.

Aku masih tak percaya. Yang orang depan ni suami aku!

"Oh ya, lupa nak bagitahu. Mulai sekarang awak kena panggil saya 'abang', okey?" kata Han lagi.

"A...abang?" Aku sedikit gugup. Rasa kelat pula lidah nak panggil gelaran tu.

"Ya, sayang." kata Han sambil membetulkan anak rambutku yang kelihatan sedikit serabut.

"Abang..." Kali ni aku sudah mula mahir. Tak ada getaran langsung.

"Hmmm?" gumam Han lembut. Anak matanya dalam memenung ke arah manik mataku.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now