ten

3.8K 245 45
                                    

Tak terasa enam tahun sudah pun berlalu. Masa berjalan terlalu pantas. Hari yang dijalani penuh cabaran tak terasa berjalan begitu singkat.

Kini, aku berada di kafeteria hospital. Tempat dimana aku bekerja. Iya...dua tahun lalu, aku diterima kerja sebagai doktor. Sesuai dengan cita-citaku sebelum ini. Bila dapat tahu aku diterima masuk menjalankan tugas merawat pesakit, tipu kalau kata aku tak gembira. Aku sangatlah gembira dan bersyukur sebab doa aku sebelum ini tuhan kabulkan.

Air milo aku kacau dengan penyedut minuman. Mata pandang depan. Pandang kawan-kawan sekerja yang turut menyantap makanan waktu rehat mereka.

Semenjak umur meningkat dewasa, hidup aku berubah seratus lapan puluh darjah. Aku hidup lebih berdikari. Lebih matang dan lebih banyak kenalan. Hidup gembira dan cuba buang erti kesedihan. Terutamanya semenjak aku mula bekerja di hospital ini. Namun begitu, ada satu perkara yang tetap harus aku lakukan. Makan ubat. Aku akan terus makan ubat sehingga doktor di janji temu seterusnya mengizinkan aku untuk berhenti.

Ubat? Aku rasa itu dah macam makanan sehari-hari aku. Perut dah biasa. Tak ada mual dan muntah lagi setiap kali aku nak makan. Aku bersyukur. Penyakit yang aku hidapi ini pun dah beransur pulih. Dan secara tidak langsung, doktor telah mengurangkan jumlah bilangan ubat yang perlu aku makan. Tak banyak namun harus diteruskan selagi diarah.

"Padat pula waktu kerja hari ni. Manakan nak periksa patient, kat sanalah ada meeting" Kak Fiza mengeluh. Penat dengan kerja.

Aku sedut minuman. Dahaga. Telinga setia mendengar.

"Hah itu lah. Hari ni saya pun pening. Tadi ada seorang pakcik. Saya suruh dia makan ubat dengan cara baik. Tapi bila saya bagi dia ubat, dia marah saya lah pula. Katanya ubat tu tak berguna. Tak boleh sembuhkan dia. Saya yang blank. Mana pakcik tu tahu? Memang ubat yang saya bagi itulah satu-satunya ubat yang boleh sembuhkan dia" 

Kali ini Qaisara pula meluah. Urut dahi sikit. Aku ketawa seketika dengar ceritanya itu. Betul. Aku pun dah puas kena benda macam itu sebelum ini.

Qaisara pandang aku. Tangan dah jatuh atas meja.

"Awak macamana pula Dr. Erina?" tanya Qaisara sambil tersenyum kearahku.

Aku buang nafas. Geram dengan panggilan yang disebut.

"Wahai Cik Qai, boleh tak berhenti panggil saya Dr. Erina? Panggil Erina aje bolehkan? Awak dengan Kak Fiza pun doktor juga"

Wajahku tahan geram. Qaisara dan Kak Fiza tertawa melihat aku bertingkah seperti cacing kepanasan itu.

"Halah awak ni...memang patut pun kitorang panggil awak doktor. Awakkan lagi pakar dari kitorang" usik Qaisara lagi.

Aku tepuk dahi. Sejak bila aku pakar ni? Aku doktor biasa sahaja pun. Hanya kerana ilmu perubatanku sedikit tinggi, tak bermaksud aku dah pangkat pakar.

"Ada-ada ajelah kau ni Qai. Baru aje saya nak belanja semua ni tadi tapi rasa tak jadi lah pula" saja aku buat muka sedih. Sedih sebab tak jadi nak belanja.

Dengar itu, mata Qaisara terbuka luas.

"Halah, janganlah! Baiklah mulai sekarang, saya akan panggil awak Erina. Erina sahaja. Okay?" berbinar mata Qai.

"Amboii Qai. Semangat nampak kena belanja?" potong Kak Fiza.

Qaisara menggaru kepalanya yang tak gatal. Ketawa kekok sikit. Kemudian, pandang aku dengan kernyitan mata.

Aku ketawa.

"Saya panggil awak Erina. Jangan lupa belanja ya?" katanya lagi. Gigi putih bersusun rapi dipapar.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now