fourty-seven

3.2K 191 16
                                    

Masa yang ada memang digunakan dengan sebaik mungkin. Tak ingin terlepas satu pun tempat yang menarik. Dari muzium, Paris Street hingga pelusuk tempat yang ada, kami berdua sapu habis.

Penat? Iya, memang penat pun. Tapi kalau dah teruja, buah kelapa jatuh atas kepala pun tak sedar.

Biasalah tu. Haha!

Sekarang kami berada di Pont Alexandre. Jambatan mewah yang terletak di tengah-tengah kota Paris. Kalau tak silap dengar, jambatan ni pernah digunakan untuk pengembaraan filem James Bond. Betul ke?

Aku amati permandangan dari sini dengan tenang. Tarik nafas dalam-dalam, hirup udara segar. Wah, lega rasanya. Ditambah lagi, mata ni menyambut baik pemandangan indah di sebelah kiri kanan jambatan. Senyum sahaja aku tak henti-henti.

"Are you happy, mariposa?"

Han yang berdiri di sampingku itu dipandang. Lengannya ditongkat pada konkrit jambatan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi seketika membuatkan rambutnya sebak sedikit kebelakang.

Ya Allah, hensemnya!

Han pusing ke kanan, pandang aku yang sedang pegun termenung memang ke arahnya.

"Tengok apa tu?" Han tersengih.

"Tengok masa depan agaknya" selamba bapak aku jawab.

Han gelak, aku cair. Sebab gelak dia itu terlalu seksi. Berdegup kencang saja rasa dada.

"Lepas ni nak pergi mana?" tanya Han sebaik sahaja selesai tertawa.

Aku sedikit terkejut dengan soalannya.

"Nak jalan lagi ke? Dah banyak tempat kita round, takkan tak puas lagi" omelku.

Han tersenyum.

"Saya tak kesah pun kalau nak jalan lagi, sebab saya suka tengok awak gembira. You're smile make my day shine" ujar Han.

Semalam dia tidur dengan gula ke? Asal manis sangat?

Tersengih malu aku dengar ucapan Han itu. Muka ni sah dah naik merah. Kalau nak lari memang dah tak sempat. Lagipun di sini terbuka, mana boleh sorok muka.

"Saya suka tengok awak macam ni. Muka merah, comel" kata Han.

Lagi rasa nak terbakar pipi aku dibuatnya. Ish, dia ni. Puji sekali sudahlah, tak payahlah naik puji lebih-lebih lagi. Cubit karang!

Dalam suasana yang kembali hening, tiba-tiba telefon Han berbunyi. Itu menandakan bahawa ada panggilan masuk.

Aku pandang Han yang sedang memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Usai itu, Han langsung mengeluarkan telefonnya itu.

Wajah Han sedikit berubah saat matanya menangkap sesuatu pada layar skrin telefon. Berkerut, macam ada sesuatu yang tak kena.

"Siapa call?" Aku beranikan diri bertanya.

"Unknown number" jawab Han. Serius.

Dahiku bertaut bila pandang Han yang serta-merta bertukar serius itu. Terus hilang seri di wajahnya saat memandang nombor orang tak dikenali itu.

"Encik tak cuba angka-?"

Belum sempat aku nak berucap, Han terlebih awal menyuruh aku untuk senyap. Jari telunjuknya di bawa ke mulut, gayanya memang betul-betul tak nak aku buat bising.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now