fifthy-six

3.5K 157 5
                                    

"Don't worry, darling. I promise when you open your eyes later, I will be in front of you." terngiang-ngiang ayat Han itu dalam kepala.

Aku mula terjaga dari lena. Berat juga lah rasa mata nak terbuka. Namun, entah kenapa aku rasa ada sesuatu yang menarik aku supaya bangun.

Aku baring menyamping. Mata mula terbuka dan pandang depan. Tersengih aku seketika. Aduhai dia ni...

"Morning, mariposa..." Suara serak Han menyapa di awal pagi. Tangan panjangnya mengelus rerambut hitamku. Sempat dia bagi aku senyuman versi pencair.

Aku senyum dulu. Cuba mengabdikan pemandangan hangat ini beberapa detik.

"Morning, encik Han..." jawabku dengan suara tak ubah serak macamnya juga.

Berkerut dahi Han. Tangannya terus berhenti daripada mengelus rambutku. Mataku ditenungnya dengan wajah yang bertukar masam. Aku turut menenungnya dengan sebelah kening terangkat. Kenapa?

"Kenapa pandang saya macam tu?" tanyaku.

"Kenapa panggil abang 'Encik Han'?" tanya Han pula.

Oh...sebab tu ke muka dia nampak masam semacam. Aku salah panggil rupanya. Haih dia ni lah...

"Betul lah kan? Encik Hannnn" Dalam kelatnya mata pun, sempat lagi aku mengusik. Makin panjang pula aku sebut namanya. Sengaja nak tambahkan masam diwajahnya tu.

Aku tergelak kecil bila nampak Han mencebik. Nampak gaya misi mengusik encik suamiku berjaya.

Namun belum sempat aku nak angkat kepala dan pandang wajah orang depan semula, terasa ada tangan yang menarik pinggangku untuk ke depan. Dekat sangat. Nak tercabut rasa jantung melihat tindakan selamba orang depan tu.

Han. Dia tersenyum senget ke arahku. Kalau tadi sebelah tangannya sahaja yang melabuh dipinggangku, kini sebelah tangan lagi menyatu dan terhasil lingkaran di sana.

Tegang rasa badan. Mana tak nya, aku baru bangun tidur. Baru nak mencerna alam di awal pagi. Baru nak cerna sekeliling. Dia pula tiba-tiba dah tarik aku dalam pelukannya.

"Sayang ni pandai juga ya nak bergurau." tersengih Han berkata dalam separuh berbisik.

Aku dongakkan sedikit kepalaku untuk menatap wajahnya.

"Mestilah pandai." jawabku tanpa rasa bersalah. Acah berani padahal hampir nak meletup rasa jantung melihat kedekatan kami kini.

Han menghampirkan bibirnya ke telingaku. Ingin berbisik.

"It's okay, darling. Tak apa kalau nak bergurau tapi kalau dengan abang hati-hati." Dari hujung mata, aku nampak bibir Han naik. Dan entah kenapa, aku rasa otak aku awal pagi ni agak cerdik sedikit. Cepat sahaja tangkap apa di sebalik maksudnya tu.

"Kalau saya nak bergurau juga?" Aku gigihkan diri. Kembali tatap mata Han dengan penuh keberanian. Lagipun nak takut apa? Dia suami aku.

Han senyum senget. Ada aura-aura ulat beluncas di sana. Namun aku berusaha buat muka selamba.

"It's up to you, sayang. Your body" kata Han santai.

"ABANG!!!" jeritku. Habis merah satu mukaku bila dengar Han cakap macam tu.

Lengan kekarnya kini menjadi mangsa deraku. Bertubi-tubi aku pukul. Namun ianya langsung tak dapat menghentikan Han sedikitpun daripada tergelak.

"Eeeee janganlah gelak lagi!" Makin naik geramku bila dengar Han gelak seksi.

"Isteri abang ni comel lah bila marah" kata Han. Mengusik.

Aku ketap bibir. Alahai dia ni lah kan, memang nak kena gigit dengan aku ni!

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now