fourty-two

3.1K 197 22
                                    

Dahiku bertaut lagi.

"Me?" Jari telunjukku di bawa naik, menunjuk diri sendiri.

Bila nampak muka aku yang bingung ni, Han terus mengangguk. "Yes"

"Why?" soalku.

"Awak orang pertama yang dengar saya menyanyi" kata Han.

"With the piano?" tanyaku lagi.

"Hmm, with the piano" kata Han seraya mengangguk.

Mataku sedikit meluas sebab tak percaya.

"Seriously? Tapi kenapa? Encik nyanyi sedap apa" Kelip-kelip mataku pandang dia. Tuntut jawapan.

"Special person only can hear i sing" ucap Han.

Aku terkedu. Sekali lagi jantung rasa macam tengah pecut maraton sepuluh pusingan bila dengar dia kata macam tu.

"S...special person? Maksudnya..." bergegar suaraku nak sambung ayat seterusnya. Gugup pula.

"You are the special person, Erina" potong Han.

Aku terdiam. Tak tahu nak kata apa. Mendengar Han yang berkata macam tu, berjaya buatkan aku terkejut dan cuba nak pastikan ini bukan sekadar mimpi.

Adakah Han suka aku?

"Apa maksud encik saya 'special person'?"

Lagi aku nak tanya. Hanya ini salah satu caranya untuk mendapatkan jawapan. Bahawa Han suka aku atau tak.

Lama Han tenung mataku. Dan setiap kali dia tenung itu jugalah, laju air liurku lalu tekak. Kering semacam bila pandang muka dia ni.

"What do you thing the means of 'special person' actually, mariposa?" Han tanya aku balik. Sengaja nak aku main dalam permainan teka-teki dia ni.

Aku tarik nafas panjang-panjang.

"Encik suka saya ke?" berani aku tanya.

Bukan malah menjawab, tapi dia bagi aku senyuman senget. Muka dia pun aku nampak macam tengah tahan gelak. Kenapa? Lawak ke persoalan aku tu. Aku cuma bertanya. Tak claim pun.

"Tersenyum-senyum. Jawablah soalan saya ni encik!"

Aku tak desak, cuma aku rasa geram bila nampak dia yang sama sekali tak menjawab persoalanku. Emosi sama-sama naik, entahlah kenapa.

Lagi-lagi Han tersenyum nakal ke arahku.

"Why? Do you need my love back, mariposa?" kata Han sambil tersengih ke arahku.

Eh dia ni! Dia tahu tak pandangan dia tu buatkan aku rasa malu teruk.

"No, i mean..."

"Nak ke?" Suara Han seakan-akan nak menggoda aku. Keningnya dijongket-jongketkan.

"Stop seducing me!" tengkingku. Wajahku di alihkan ke arah lain. Panas rasa muka.

Han menggeleng perlahan lalu tertawa kecil melihat tingkahku. Setelah itu, suasana kembali sepi. Dan waktu itu jugalah, otakku mula teringat sesuatu. Rasa nak ajukan lagi soalan lain kepada Han.

"Oh ya, encik ke yang sebenarnya suruh Aaron hantar saya ke sini?" tanyaku.

Han angguk. "Yes. Saya yang suruh" balasnya.

Kepalaku dianggukan beberapa kali. Faham. Aku kembali menatap ke setiap sudut ruang ini.

"So...kita buat apa kat sini sebenarnya?"

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ