thirty-two

3.2K 212 13
                                    

Teliti aku menilik tudung-tudung yang berada dalam tanganku sekarang ini. Aku keliru. Diriku kini diambang dilema. Ketiga-tiga helai tudung shawl yang aku ambil tadi terlalu merambangkan mata. Pening nak pilih yang mana satu.

"Dah siap pilih?" suara Han berjaya membuat tilikanku berhenti. Langsung aku menoleh pantas ke arahnya.

"Belum. Saya pening sekarang" ujarku sambil mengurut dahi licinku dengan sebelah tangan. Pening-pening pun, mata tetap tak lepas. Masih juga sibuk pandang tudung-tudung yang cantik tu.

Wajah Han bertaut kecil. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada bidangnya.

"Pening kenapa pula ni?" soal Han bingung. Secara tak langsung, aku pun dah buat dia masuk dalam masalah aku. Sama-sama pening. Aku peningkan tudung, Han pula peningkan aku.

"Pening nak pilih. Konfius. Semua nampak cantik." ucapku sambil mendengus kecil. Patut aku salahkan kedai ni sebab jual barang yang berjaya buat kepalaku pusing tiga ratus enam puluh darjah.

"Habistu kalau awak pening, awak nak suruh saya buat apa?" soal Han. Aura dinginnya buat aku tertampar untuk seketika.

Kalau tadi aku pandang tudung, kini aku beralih memandang Han yang sedang berdiri disampingku ini. Aku tayang senyum segaris. Tatap dia yang sudah memandangku datar dengan sebelah kening ternaik.

"Encik Han..." panggilku. Biarpun aku tahu dia memang dah pandang aku, tetap sahaja aku panggil dia dengan sopan. Han yang tadinya diam mula bergumam kenapa. Wajah Han macam tengah tunggu aku sambung cakap.

Aku berdehem dulu. Kemudian pandanganku dialihkan semula ke arah tiga helai tudung tadi.

"Antara tiga ni, encik rasa mana satu yang cantik?" tanyaku, inginkan kepastian. Jari telunjukku menunjuk satu per satu tudung-tudung pilihanku yang di letakkan atas longgokan tudung lain itu.

Bila aku pandang semula wajah Han, satu air muka dia pun aku tak dapat baca. Tak beremosi, lebih kepada datar. Lebih tepat lagi, beku.

"I'm a men, mariposa. I don't know anythings about women's tastes" ujar Han semahunya.

Mendengar ayat yang keluar dari mulut Han itu buat mulutku mengeluarkan bunyi decakan kecil. Sedikit kesal. Aku tahu lah dia lelaki tapi masalahnya aku cuma minta pendapat dia aje. Setakat tunjuk tudung mana dan kata 'ini' pun dah cukup. Easy!

"Tak apa lah encik. Biar saya aje la yang pilih" Aku palingkan wajahku daripada terus memandang Han. Malas nak layan. Huh!

Eh eh, jual mahal engkau ya Erina!

Senyap. Aku sambung tugasku untuk memilih mana tudung yang perlu aku beli. Sedang sibuk aku menganalisis tudung-tudung itu, suara parau Han berjaya buat tenunganku terhenti. Jelas kedengaran suaranya seperti sedang memanggil seseorang. Lantas aku menoleh kepalaku ke arahnya.

"Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

Bila aku pandang belakang, seorang perempuan bertudung ayu sedang berdiri hormat ke arah kami. Bersedia untuk menghulurkan bantuan jika perlu. Dia tersenyum kearahku. Aku dengan ringan mulut turut membalas senyumannya itu.

Seketika itu, aku teringat sesuatu. Han. Kenapa dia panggil pelayan kedai ni tiba-tiba?

Belum sempat aku nak memalingkan muka ku menghadapnya, Han sudah awal membuka mulut. Bercakap. Tapi bukan dengan aku, tapi dengan perempuan pelayan kedai itu.

"Yes. Tolong bantu pilihkan tudung yang cantik dan sesuai untuk dia." kata Han. Dagunya dihayun singkat ke arahku.

Perempuan itu terus pandang aku. Ditatap lama seraut wajahku olehnya. Aku hanya diam. Apa dia buat pun aku tahu. Yang aku tahu, dia nampak macam tengah analisis sesuatu. Berkira-kira dengan bentuk muka ku. Mungkin?

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now