seventeen

3.3K 223 4
                                    

"Ishh! Dahlah kata orang maid dia, lepastu dia minta buatkan kopi pulak. Tak malu betul!" gumamku sambil bancuh kopi panas.

Setelah beberapa minit membancuh, aku pandang semula kopi hitam buatan aku sendiri itu.

"Dah okey ke ni?"

Aku merenung lama. Kemudian mengangguk.

"Sudah kut ni agaknya."

Mug yang berisi kopi itu aku angkat lalu membawanya ke ruang tamu semula.

Sebaik sahaja aku berada di ruang tamu, aku letakkan mug itu atas meja. Permukaan meja itu aku ketuk dua kali.

"Kopi dah siap. Silakan minum" pelawaku. Kurang ikhlas. Lebih kepada menyampah.

"Hmm..." gumam Han.

Nampak sangat dia sibuk dengan kerjanya. Sampai aku yang dah berdiri di sampingnya ini pun dia tak layan.

Aku gigit pipi bahagian dalamku. Gatal pula rasa hati nak menengok kerja Han. Tanpa rasa bersalah, aku turut melabuhkan punggungku disofa yang sama dengan Han duduki.

"Awak buat apa?" soalku. Polos. Rasa marah tadi entah dah terbang ke mana.

Han tak menoleh kearahku. Tetap fokus namun mulutnya sahaja yang bergerak.

"Doing my job as a CEO of Hotel De' Stella"

Aku tak tahulah nak kata macamana. Nak kata bodoh, tak juga. Kalau nak dibandingkan kerja Han dengan aku, memang kerja dia lagi highclass.

Tapi aku tetap sabar. Sedaya upaya bertingkah normal.

"Oh okay. Maaf kalau saya ganggu awak." aku senyum. Pura-pura tak terasa hati.

Senyap. Lama.

"Errr...kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu" pintaku sopan. Aku mula bangun dan tunduk. Ingin minta diri.

"Sit down" tegas Han.

Mendengar itu, automatik badanku menjinak. Dengar kata. Terus terduduk sempurna.

"B...baik" kataku. Sedikit gugup.

"Good. Duduk diam-diam sana."

Walaupun aku tak seberapa nak faham sangat, aku tetap patuh. Duduk diam macam Han suruh.

Beberapa minit duduk, tak buat apa-apa membuatkan aku rasa bosan. Pandang sekeliling. Kaki digerak-gerakkan.

Kemudian aku pandang jam tangan. Teringat sesuatu.

"Oh ya, saya nak ambik sesuatu sekejap"

Aku bangun dari duduk.

"Nak pergi mana?" soal Han. Pandangannya kini beralih menatap aku yang ingin beranjak pergi.

Aku berbalik. Senyum.

"Nak ambik ubat Encik Han lah, apalagi. Time to take medicine, jangan pura-pura lupa pulak" kataku sambil tersenyum manis. Acah manja.

Han terdiam. Badannya mengeras untuk seketika. Halkumnya bergerak.

Pelik. Aku memandang hairan kearahnya. Kenapa Han nampak kaku? Adakah sebab aku? Errr...tak tahulah.

Geleng. Aku kembali mengatur langkah ke bilik tidur Han. Setelah itu, aku ke dapur pula. Nak ambil air kosong segelas. Buat minum untuk makan ubat.


"Ini ubat dan air. Encik makanlah ubat ni dulu, hm?" ujarku lembut.

Sebenci apapun aku dengan Han, aku tetap tak boleh lawan dia. Dia bos sekaligus pesakit yang aku perlu rawat. Lagipun bila diingat kembali, dia juga lelaki yang pernah aku kenali satu masa dulu. Sakit dan ada memori bersama. Sedikit tapi berharga.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now