fifthy

3.4K 202 73
                                    

Beberapa minit berlalu, akhirnya kami tiba. Aku hela nafas lega. Fuh! Selamat juga sampai atas ni. Rasa macam mendaki gunung Everest pula. Haha.

Aku pandang depan. Tak ramai orang. Mungkin Han sahaja yang terhegeh-hegeh nak bawa aku naik sini, sedangkan yang lain cuma menikmati permandangan dari level bawah sahaja.

Lantaklah. Bila difikirkan balik, ada bagusnya berada di sini. Tak ramai orang, tak bersempit, ada juga hikmahnya.

Kaki kini di atur untuk ke hadapan. Meluas mataku pandang pemandangan dari sini. Cantiknya!

Walaupun aku cakap cantik, tapi rasa gayat tu masih ada. Memang dah tersemat kalau namanya si penakut tempat tinggi. Ya, itu lah aku. Erina Wardah.

Tak apa. Memandangkan view kat sini berjaya menawan hatiku, aku dengan rela hati cuba buang rasa takut tu jauh-jauh. Sebab bukan sekarang masanya nak bertakut-takut. Kita kena guna masa yang ada dengan sebaik mungkin. Bila lagi nak jumpa momen macam ni. Esok lusa belum tentu dapat lagi, kan?

"Kenapa kita naik level ni?" Aku mula bertanya. Level ni bermaksud tingkat paling atas.

"Kat sini cantik, kan?" Itu pula dia kata. Soalanku langsung dia tak jawab.

Aku buat muka pelik. Pelik-pelik pun kepala masih mengangguk. Mengeyakan kenyataan, memamg tempat ni cantik.

"Saya suka kat sini. Sini tak ramai orang" kata Han lagi. Sekali imbas dia toleh kiri kanan, kemudian tegakkan kepala di hadapan semula.

Nak aje aku balas 'Siapa aje yang suka tempat crowded, sayang?', tapi aku masih tahu diri. Tetap sabar dan sempat kerling orang sebelah. 

"Erina sayang?"

Mataku terus meluas bila dengar orang sebelum buka suara. Han...Apa dia panggil aku? S...sayang?

"A...apa awak panggil saya tadi?" Aku suruh dia ulang. Rasa tak percaya.

"Darling" kata Han. Berdetak kencang jantungku dibuatnya. Tadi sayang, sekarang darling pula. Ya Allah, merah pipi aku.

"Amboi, ikut sedap kerongkong aje nak panggil saya darling awak! Bila masa saya jadi darling awak, kita baru nak buka buku. Belum sampai dua muka suara dah mengada" cebikku. Mengada sangatkan, aku bagi dia jelingan sedas.

Han gelak macho. Sedikit pun tak terasa hati.

"No, mariposa. Even i'm not calling you my darling, you always win in my heart"

Terasa bahangnya dah naik seluruh muka. Aku alihkan pandangan. Kedua tapak tangan naik menekup muka. Malu.

Han gelak lagi. Mungkin dia rasa geli hati.

"Cepatlah bagitahu saya. Kenapa awak bawa saya naik tingkat paling atas ni?" Aku masih bertanya dengan keadaan dua belah tangan tutup wajah. Mata malas mahu pandang Han yang dapat aku rasa sedang sengih melihat ke arahku.

"Before i answer your question. Please...look at me" kata Han. Nada berbaur perintah.

"Tak boleh ke jawab aje terus?"

"Erina Wardah. Look at me" tegas suaranya berjaya buat bulu romaku berdiri tegak. Aku telan air liur. Takut.

Padanlah muka aku, siapa suruh menjawab. Kan dah buat mood serigala Han datang balik.

Perlahan aku berbalik menghadap Han. Kepala dicongakkan sedikit ke atas. Aku mula menilik seraut wajahnya. Dari rambut turun ke mata turun ke hidung dan aku berhenti. Tepat dibibir merahnya, aku nampak dia senyum.

Errr...boleh aku tanya. Aku kat microwave ke? Asal aku cair ni?

"Seem like you love to see my lips, hmm?" Kedengaran suara nakal daripada si pencair hatiku itu tadi.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now