eight

3.5K 232 14
                                    

Seperti hari-hari biasa. Aku duduk di pondok berbumbungkan batu besar sambil menyiapkan beberapa tugasan sekolahku sebelum pulang. Bukan aku seorang sahaja. Malah, Amran juga ada kat sini. Katanya saja nak temankan aku.

Dah alang-alang nampak aku buat kerja, Amran pun tak buang masa. Turut bersama menyiapkan tugas bersamaku.

Sedang khusyuknya aku membuat kerja, otak aku memikirkan sesuatu.

Aku pandang Amran yang turut buat kerjanya sendiri.

"Weh Am, aku rindulah kawan-kawan aku kat sekolah lama" kataku sambil menongkat dagu kearah Amran.

"Oh, kawan-kawan kau yang kau gelar bff tu ke?"

Selamba sahaja nada bicara Amran. Mata tetap pandang buku. Berjaya buat aku tersontak.

Kenapa Amran selalu marah aku kawan dengan diorang?

"Iya, dioranglah. Siapa lagi?"

"Erina. Aku rasa kau tak sepadanlah dengan diorang. Kau tu naif sangat, lembut macam kapas, diorang tu kasar, keras. Lagi-lagi mulut suka main cakap lepas. Tambahan lagi, diorang tu kuat memaki orang."

Amran letak pensel. Buku ditutup kemas. Perhatiannya kini seratus peratus kearahku.

"Macamana kau tau?" tanyaku lagi. Nak juga tau alasan kenapa Amran kata macam itu.

"Kau lupa eh? Kita kan dulu satu sekolah. Sekelas pula tu. Pindah pun sama-sama. Mestilah aku kena hadap dengan kawan-kawan acah hingga jannah kau tu setiap hari. Tolak Sabtu Ahad aje aku boleh hembus nafas lega."

"Omong kosong." jawabku sambil mengalih pandangan. Tak berminat dengan jawapan si Amran ni.

"Apa? Betul lah aku cakap ni. Aku perhati aje dorang tu dari dulu. Memang tak sesuai dengan kaulah, Erina. Aku tengok, kau kalau dah masuk geng tu macam hamba suruhan tau tak?"

"Perasaan kau je kot Am. Diorang tu baik apa. Selalu je diorang layan aku manja"

"Itu dulu Erina, dulu. Sekarang dah lain"

Amran nampak serius. Tapi aku tetap tak nak layan keseriusannya itu.

"Kau ni merepeklah Am. Malaslah aku nak layan."

Mata aku jeling.

"Eh budak ni! Kalau sekali kau dengar cakap aku boleh tak"

Aku tahan gelak. Amran pula tahan berang.

Setelah beberapa minit diselimuti dengan suasana hening dan sepi, Amran kembali memecahkan suasana itu.

"Psst Erina."

Aku dengan bunyi bisikan memanggil aku. Siapa lagi kalau Amran.

"Hah, apa?"

Aku beriak selamba, walaupun sebenarnya aku tengah tahan gelak melihat ulah si Amran kini. Dagu aku hayunkan ke hadapan.

"Aku terfikir-fikir juga ni, tak sangka kita berjodoh kat sini kan. Iyalah, sekolah lama kita bersama kini tak sangka dipertemukan kembali disini dalam keadaan sempurna tubuh badan"

Aku nampak Amran menggeleng kepala sambil buat muka tak percaya. Aku yang melihat itu tergelak dengan perangai buang tabiat si Amran itu. Dah mula dah!

"Tak berubahlah kau ni Am. Dulu sampai sekarang sama aje. Aku tarik kau karang"

"Eh apa main tarik-tarik pulak ni! Kalau nak tarik, tarik terus pergi meminang"

Aku menjengil mata lagi apabila dengar Amran mengusik. Hantar meminang konon, awal dah aku blacklist kau lah budak!

Amran berdehem sebelum membuka suara kembali.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now