nine

3.3K 234 10
                                    

Usai menangis, aku angkat wajahku. Air mata dah habis tapi pipiku masih basah. Aku pandang depan meja. Agak terkejut. Terus aku pandang kiri kanan. Kosong.

Wajah bertaut sempurna.

"Siapa yang bagi ni?"

Aku nampak ada tisu dan kertas kecil yang dituliskan sesuatu diatas sana. Melihat itu, aku rasa malu. Malu bukan kerana pemberian daripada orang tak dikenali itu tapi malu kerana terfikir. Mesti ada orang perasan aku tengah menangis!

Perlahan tangan capai kertas tersebut. Perasaan ingin tahu apa isi tulisan didalamnya itu terlalu tinggi.

Tanpa membuang masa, aku terus ambil dan baca.


Wipe away your tears dear. Don't cry anymore, it hurts me too much...sweetie.


Jantung berdetak kencang. Mesej ini... rasa macam dapat surat cinta. Tapi versi orang yang tak dikenali.

Aku jadi tertanya-tanya. Siapa yang bagi aku ni? Stranger mana yang terlalu sweet siap bagi aku tisu dan surat ni?

Bila pandang lama-lama surat itu, hati rasa serba salah. Sudahlah dah terlibatkan orang lain, tak sempat nak berterima kasih pula tu.

"To the stranger who give me this, i want to say... thank you and i'm sorry"

Malas nak berperah otak memikirkan siapa gerangan tersebut, langsung aku masukkan surat dan tisu tadi kedalam beg. Diri rasa sebak kembali. Terkenang diri dikhianati sahabat sendiri.

Melihat bukti depan mata, masihkah boleh aku kata itu adalah sahabatku?

Aku bangun dari duduk. Barang-barang dikemaskan lalu aku bawa dan berlalu meninggalkan perpustakaan.


Mata pandang depan dengan tatapan kosong. Beberapa minit yang lalu, aku sudah bertapak di sebuah kafe. Cafe Belle's. Kafe yang selalu aku kunjungi waktu luang. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku ke sini. Staf-staf kafe itu juga agaknya dah kenal sangat dengan aku.

Tak seperti selalu, hari ini aku nampak berbeza. Diam. Agak murung macam terkena serangan depresi.

Staf-staf yang nampak aku pun tak berani nak menegur. Mungkin takut nanti aku akan baling gelas kaca yang ada di meja kafe ni kat muka diorang.

Tapi sebenarnya tak pun. Takkan lah aku nak buat macam itu. Aku cuma diam. Memendam rasa sakit di dada.

Aku pandang jam.

"Mana Amran ni? Tak sampai-samp--"

"Mbaa!!"

Meletup meja itu. Nasib aku tak buka penumbuk kat orang yang kejutkan aku tu. Kalau tak, nak aku buka pentas silat tengah-tengah kafe ni.

Aku pandang gerangan yang biadab itu. Aku jeling. Bagi tatapan maut. Biar arwah dia kat sini.

"Alololo...terkejut ke Erina?" tanya Amran berbaur usikan.

Aku mengetap rahang. Geram.

"Jahat!"

Aku marah. Amran pula tertawa melihat wajah garangku.

"Janganlah marah-marah, nanti tak cantiklah kawan kite ni"

Amran memujuk aku yang kini diam menunduk. Semakin lama ditunggu, tak buka suara lagi aku. Hairan Amran.

Dia tarik kerusi. Terus melabuhkan punggungnya diatas kerusi bertentangan aku.

"Erina, kenapa kau diam aje ni? Ada masalah ke?"

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now