five

3.7K 238 9
                                    

Suasana sepi menyelimuti bilik wad itu. Tak ada bunyi, yang hanya ada hanyalah bunyi jam yang berdetak di dinding.

Masih bertanya kitorang gaduh ke? Jawapannya tidak! Han tak bersalah pun. Tak ada benda yang nak digaduhkan. Ugh!

Tumpuan kami kini beralih pada pintu yang sedang dikuak.

Dr. Wong, seorang pembantunya dan ibu ayahku baru sahaja masuk.

Nampak doktor tengah berdiri dihadapan katilku. Wajah nampak serius.

Aku telan air liur. Apa lagi doktor ni nak cakap. Aku redha aje lah apa nak jadi lepasni.

"Erina"

Dr Wong panggil aku. Terus aku pandang.

"Ya doktor?"

Aku gugup. Suara aku dah ala-ala naik mesin penggegar.

Kedengaran Dr. Wong hembus nafas perlahan. Seperti mempunyai sesuatu maksud. Gelisah aku dibuatnya.

"Are you ready?" Mata Dr Wong memandang sayup mataku.

Aku bingung. Keliru.

"Sedia untuk apa doktor?"

Sumpah aku tak faham apa doktor ni kata.

"We are still in the process of finding what medicine is right for you. But we haven't met yet."

Aku masih setia mendengar. Belum ada sebarang reaksi yang timbul.

"Hanya ada satu cara saja untuk tahu punca dan jenis ubat yang sesuai untuk awak Erina" kata Dr. Wong lagi.

Kali ini naik turun kerongkong leherku menelan air liur. Agak sedikit berdebar.

"A...apa caranya tu doktor?" tanyaku penuh nada getaran.

"Operation. We need to take the contents of your bone marrow."

Semakin kuat pintalan pada hujung baju aku. Bedah? Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu tu.

"Kita kena buat pembedahan ni secepat mungkin. Penyakit you tak boleh dibiarkan terlalu lama. Sangat bahaya. So, we need to do this" tambah doktor lagi.

Sekarang aku rasa tak berdaya. Lemah semacam. Dengar tu aje, kepala dah rasa berdenyut yang luar biasa. Nak meletup. Tak mampu nak menerima.

"We will do this operation tomorrow. And don't worry, we will make sure everything will be fine."

Tanganku yang bermain dengan hujung baju tadi terhenti. Jantung kini berdetak dengan laju.

Mulutku terbuka seperti ingin berkata sesuatu tapi peliknya tak ada satu benda pun aku berjaya keluarkan.

"Semuanya akan baik-baik aje, Erina." ayah mendekatiku.

Tubir mataku teras hangat.

"Tap--"

"Erina kuatkan?" ayah memotong aku.

Aku terdiam sejenak. Lidah terasa kaku nak membalas.

"You need to be strong. Erina kena kuat demi ibu ayah, untuk abang kakak. Diorang selalu doakan Erina untuk cepat sihat. Diorang nak tengok Erina gembira dan tak nak tengok Erina terseksa."

Setitis air mata berjaya jatuh dipelupuk mataku.

"Tapi Erina takut ayah." kataku jujur.

Ayah mengangguk. Lalu memeluk aku.

"Tak ada apa-apa nak ditakutkan. Allah selalu ada untuk kita. Dia akan selalu lindungi Erina. Erina jangan takut, hm?"

Aku tutup mata. Cuba mencari kekuatan. Dan mula bertawakal.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin