nineteen

3.3K 213 8
                                    

Ikut kata hati. Aku hanya mengayun bosan kakiku di sekitar lobi hotel. Mata pandang sekeliling. Tak puas pandang lagi agaknya tatap hotel ni sebelum ini.

Bersendirian. Tak ada Han mahupun Carlo di sisi. Hari ini aku hidup lebih berdikari sedikit. Han bagi aku kebebasan. Carlo pula aku tak nak harapkan semua benda dekat dia. Dia dah tunjukkan aku banyak section hotel ni kepadaku. Jadi, aku dah boleh jalan tanpa perlu keliru. Biarlah dia buat kerja dia tanpa aku kacau.

Saat diriku sibuk berjalan, aku rasa seperti diperhati. Dan bila aku angkat muka, boleh tahan banyak juga mata-mata curi pandang aku. Gaya macam nampak rusa masuk kampung.

Kenapa? Muka aku macam makhluk asing yang sesat di bumi ke? Sampai-sampai berkerut semacam orang-orang pandang aku.

Tapi aku pura-pura tak nampak. Tutup mata, tutup telinga. Lebih baik sambung dengan dunia sendiri.

Sesekali aku senyum dan tegur mesra orang kat sekelilingku. Dari staf hinggalah pelancong yang menginap di hotel De' Stella ni. Sekalipun aku tak rasa malu nak menyapa mereka.

"Assalamualaikum, selamat petang cik..."

Kali ini bukan aku yang mula menyapa, tapi seorang staf perempuan.

Terkejut. Punyalah seronok aku menghayal sambil pandang sekeliling hotel ni, sampai tak sedar diri dah berada di suatu tempat. Sesat kat housekeeping department mungkin?

Aku pandang perempuan yang menyapaku itu semula. Bukan dia seorang sahaja ada tapi ada seorang lagi. Perempuan juga. Seorang elok bertudung, seorang lagi kemas berambut pendek.

Aku tahu yang sapa aku tadi itu ialah perempuan yang freehair. Dan aku juga tahu yang dia islam.

Senyum.

"Waalaikumsalam. Selamat petang juga" balasku mesra.

"Saya Alin. Ini pula Kak Atikah."

Perempuan bernama Alin itu memperkenalkan dirinya tanpa diminta. Juga perkenalkan teman sekerjanya itu.

Kak Tika pandang aku.

"Panggil aje Kak Tika"

Kak Tika mula buka suara. Tayang senyum lebar. Aku pandang, terus membalasnya dengan angguk dan senyuman.

Wah! Friendly nya diorang ni. Hilang takut aku.

"Nama saya pula Erina." kataku sambil pegang dada.

Tak nak kalah, aku juga mula perkenalkan diri. Buat benda yang sama macam diorang buat tadi.

Lepas dengar aku kata macam itu, Alin dan Kak Tika tersenyum.

"Kitorang dah tahu" kata Alin.

Aku terkejut. H...how?

"Macamana Alin dan Kak Tika boleh tahu?" tanyaku. Tak percaya pun ada.

"Erina kan sedang famous kat hotel ni sekarang. Sana sini kitorang dengar orang bergosip tentang Erina." jawab Alin. Jujur sangat.

Aku tepuk dahi sendiri. Patutlah sampai ke sudah aku nampak orang-orang asyik pandang aku aje. Ingatkanlah aku ni dah bertukar jadi alien ke? Tumbuh ekor kat belakang ke?

"Biasalah tu, Erina kan orang baru kat sini. Tak familiar lagi. Tapi jangan risau. Kitorang baik. Kak Tika dan Alin tak pernah bergosip bukan-bukan pasal Erina ni" Kak Tika berkata lagi seraya tersenyum manis.

Aku senyum. Percaya akan kata Kak Tika. Terpancar jelas sebuah kebenaran pada air muka Kak Tika itu. Tak ada langsung keraguan yang aku nampak.

"Baiklah, saya percaya"

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now