sixty-three

3.3K 164 14
                                    

Perlahan-lahan aku buka kelopak mata. Suasana yang sangat asing menjengah mata. Dingin lagikan sunyi yang aku rasa sekarang.

Dalam keadaan separa sedar, aku cuba mencerna.

Aku di mana?

Aku kecilkan mata, cuba menghidupkan enjin otak. Lama-lama aku berfikir...

Seakan baru tersedar sesuatu, mata terus terbeliak luas. Lantas, sekeliling tempat itu dipandang dan sekali lagi biji mata rasa nak terjengil keluar dari tempat asal.

Jalanraya?!

Jantungku mula berdetak kencang. Baru sahaja aku ingin berdiri dari kerusi yang sedari aku duduki ini, terasa punggung terhempas semula ke atas permukaannya.

Pap!

Lagi sekali, seakan baru tersedar, lewat ekor mata aku menoleh ke belakang. Kedua belah tanganku dah selamat diikat di kerangka kerusi itu.

Aku menggoyangkan kuat tanganku. Ke kiri dan kanan, gaya meronta. Namun semakin aku bergerak, semakin kebas rasa lengan. Ikatannya jangan dibuat main, silap hari bulan boleh putus tangan aku dibuatnya. Ketat nak mampus. Timbul segala jenis urat aku!

Letih bergerak, aku akhirnya berhenti. Otak kembali ditenangkan. Cuba mencari jawapan, macam mana aku boleh berada di sini? Waktu malam? Atas jalanraya sambil diikat di atas kerusi?

Fikir punya fikir, akhirnya aku mula ingat. Kata kuncinya...aku diculik!

Tidak lain tidak bukan, aku yakin ini angkara pembuli sekolah Han dahulu. Siapa nama dia tu...Nuffail?

Keheningan yang menyelimuti aku sekarang ni buat diri makin tak selesa duduk. Bunyi cengkerik lalu, dan segala macam jenis haiwan yang mungkin buas bagiku buat bulu roma tegak berdiri.

Bukan itu saja yang buat aku semakin tergelam dalam ketakutan tapi memikirkan keadaanku sekarang ni. Ini jalanraya kut? Kalau ada kereta yang lalu disini dan pemandunya itu buta sebab tak nampak aku meraung atas jalan ni macam mana? Bukankah arwah aku dibuatnya nanti.

Tapi bila difikir kembali, mungkin itulah motif sebenar mereka. Sengaja nak hantar aku berjumpa dengan Tuhan dalam keadaan tak bersedia dan buat hidup Han sengsara. Kejam!

Aku rasa macam nak meraung bila teringat nama tu. Nama si suami, Han. Ya Allah, aku tak nak mati dalam keadaan macam ni!

Sekali lagi otak bagaikan dijentik sesuatu. Nama Han terus berganti dengan nama lain. Nama sahabatku, Amran Deinz. Kali terakhir kami berjumpa, tengahari tadi.

Allah! Macam mana ni? Bukan aku tak kenal si Amran tu. Tahap risau dia mesti mengalahkan ibu ayam hilang anak kalau tahu aku tiba-tiba lenyap tadi.

Aku yakin mesti telefon tak putus-putus masuk notifikasi. Teringin nak periksa tapi keadaan tangan yang terikat membantutkan keinginanku. Dan sekarang aku rasa nak berdrama air mata ditengah jalan yang hanya ditemani dengan secebis cahaya lampu jalan.

Ya Allah, selamatkan aku. Tak putus-putus aku berdoa dalam hati. Mengharap keajaiban berlaku.

Sedang aku cuba untuk bertenang, kedengaran bunyi tapak kasut melangkah dibelakangku. Automatik tubuh mengeras. Jantung berdebar laju, macam nak meletup bila gelabah kembali menyerbu.

"S...siapa?!" Aku menjerit seiring menendang-nendang udara dengan kaki.

"Wah wah wah, finally..."

Suara itu...

Serta-merta tubuhku membeku bila suara yang cukup familiar itu menjamah pendengaran telinga. Aku masih mencerna, adakah dia? ataupun sekadar pelanduk dua serupa yang sama dari segi suara?

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Donde viven las historias. Descúbrelo ahora