fifthy-one

2.9K 159 4
                                    

Tersenyum dan tersengih. Ya, itulah hobi baruku. Semenjak aku dilamar terang-terangan beberapa hari lalu oleh Han, aku rasa semuanya bagaikan mimpi indah. Aku bakal jadi isteri Han. Dan yang lain sila ke tepi, aku nak ke depan!

Han apa kurangnya. Hobi kami sama, dia pun asyik tersenyum. Gembira betul dia. Gaya macam ada berlian berharga jatuh dari langit selepas aku terima lamarannya. Sikap protective nya pun makin hari makin bertambah. Haiyo!

Beberapa hari lalu, kami dah balik Malaysia. Pulang dengan senyum di wajah. Sengih sampai telinga. Selepas apa yang jadi, aku terus bergegas ke rumah keluargaku sebaik sahaja tiba di tanah air. Nak kahwin pun pasal, gempar terus satu keluarga. Bermacam-macam juga reaksi yang aku terima. Tapi akhirnya mereka setuju. Ada Han juga waktu tu. Ibu dan ayah berkenan sangat dengan Han, mereka suka. Lega rasa hati. Abang dan kakak pun tak kurang. Suka sangat!

Tapi pasal Han siapa, aku tak bagitahu dia orang. Biarlah satu hari nanti, ibu dan ayah tahu sendiri. Bila jumpa dengan mummy Han nanti, gerenti mereka akan teringat masa lalu. Ya lah, ibu dan ayahkan pernah borak santai dengan mummy Han dulu.

Baiklah, kembali ke awal tadi. Oh ya, tak lupa juga aku pulang dengan ole-ole untuk diberikan kepada seseorang. Seseorang? Siapakah?

Siapa lagi kalau bukan orang yang sedang menunggu aku dipintu utama IOI City Mall tu. Iya, sekarang aku berada di pusat beli belah, sebab aku kata aku nak jumpa dia.

"Sahabatku Erina!"

Tidak lain dan tidak bukan. Itu lah dia. Amran Deinz!

"Dah lama tunggu?" Aku menghampirinya dengan senyum di wajah. Tangan kanan pula menggenggam beg kotak yang berisi ole-ole dari Paris. Surprise untuk bestie gituw!

"Bolehlah. Dalam 3 jam macam tu?" kata Amran. Nak terbelalak mataku dengar. Gila Amran, kenapa beruk seekor ni tak bagitahu aku?! Kan aku dah rasa bersalah.

Melihat muka muramku, Amran terus gelak.

"Lembablah kau ni, cantik! Gila ke aku tunggu kau 3 jam? Aku pun baru sampai juga, lima minit lalu." terang Amran sambil tertawa.

Dan sekarang aku rasa macam orang bodoh sebab percaya dengan lawak minta suapkan kaki dia tu. Dasar Amran!

Selesai dia ketawa terbahak-bahak depan aku, tubuhnya langsung kembali ditegapkan. Berdehem sikit. Beg yang aku pegang itu kini jadi sasaran matanya. Aku pun bagai tersedar sesuatu terus pandang tangannya. Ada beg juga, siap ada reben lagi!

"Beg apa tu?" Baiklah, itu suara aku. Aku dulu tanya sebelum dia pula yang tanya apa aku bawa.

Amran pandang tangannya. Lebih tepat pandang beg kertas yang ada dalam genggamannya.

"Oh ya! Nah, untuk kau" Beg itu dia serahkan kepadaku.

Bersinar jugalah mataku tengok. Wah! Ingat aku seorang aje yang jadi mangsa bagi hadiah kat dia ni. Rupa-rupanya dia pun sama!

Aku terima dengan baik.

"Untuk apa ni, Am?" soalku.

"Alah, tanda maaf aku lah. Eh bukan, hadiah hari jadi kau lah." kata Amran.

Tanda maaf? Hah, aku dah dapat tangkap! Patutlah gelisah semacam. Dia tak wish aku pun waktu birthday aku hari tu.

"Sampai hati kau, Am. Kau lupa kawan!" Aku memeluk tubuhku sendiri. Mulut pula dicebikkan tanda merajuk. Acah mogok!

Amran garuk lehernya sambil tersenyum sengih.

"Wey, sorry lah. Aku bukannya sengaja. Kerja aku tu, sibuk sangat. Sampai otak aku pun blank. Aku buka kalender, baru aku teringat. Dah lalu lima hari birthday kawan aku!" Macam-macam gaya si Amran menjelaskan.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now