thirty-seven

3K 188 6
                                    

Beberapa jam berlalu, akhirnya destinasi kami semakin hampir. Suara pramugari pun sudah mula bergema menyuruh para penumpang untuk bersedia. Dalam beberapa minit lagi kapal nak mendarat di Lapangan Terbang Paris. Tepi tingkap yang aku tutup tadi kini di buka untuk melihat pemandangan di luar kapal.

"Wah!"

Sebaik sahaja kornea mataku memenuhi pemandangan tersebut, aku langsung menutup mulutku dengan telapak tangan. Kagum. Dan juga teruja. Mata mula terbias sinar cahaya. Menara Eiffel Tower tu kelihatan jelas dari atas sini.

"Encik encik..." sambil pandang tingkap dengan perasaan teruja, sambil itu jugalah tanganku tak henti menepuk lengan Han di sebelah. Dia yang sedar akan itu hanya bergumam biasa.

"Hmm?"

"Cantiklah Encik!" jari telunjukku menunjuk ke arah Eiffel Tower itu. Perangai tak ubah macam budak tahun satu. Tak pun macam budak tadika yang baru dibelikan mainan kesukaan.

"Erina..." panggil Han. Suara macam pasrah.

"Hmm?" mataku langsung tak berganjak dari memandang ke arah luar tingkap itu. Sesaat pun tak ingin terlepas. Nanti menyesal. Bila lagi nak tengok pemandangan macam ni kan? Jadi jangan sia-siakan. Mungkin ini yang pertama dan terakhir untuk aku.

"Can you relax?" itu dia tanya.

Aku yang dengar itu dengan sejujur-jujurnya pergi geleng. Selamba, siap senyum ceria.

"Relax? Apa tu?" pura-pura aku tak masuk baca.

"Tenang" jawab Han.

Bukan malah mengangguk tapi aku  menggeleng.

"No, encik.  I can't. Give me a minute for being too excited. Ini pengalaman pertama saya pergi tempat macam ni. Maksud saya pergi luar negara. Lagi-lagi, Paris" kataku. Sambung tersenyum sendiri. Menyedari kenyataan ini, berjaya buatkan aku merasa ini hanyalah sekadar mimpi indah.

Aku di Paris? Wow!

"If that case..." Han kembali menyandarkan tubuh kekarnya di belakang kerusi. Santai sambil melipat lengan di dada.

Lama-lama aku pandang luar, aku rasa kapal ni semakin rendah. Berputar seratus lapan puluh darjah dan mengubah posisi asal semula. Ketinggian kapal semakin berkurang dan aku tahu ini bermaksud tak lama lagi kapal ini nak mendarat. Wah, teruja!

Aku duduk tegak semula. Kedua belah pemegang kerusi di kiri kanan aku genggam kuat sebaik sahaja gegaran pada kapal mula terasa sewaktu kapal mula mendarat di atas jalan.

Dengan lafaz alhamdulillah, aku menghela nafas kesyukuran. Akhirnya, dengan izin Allah kami tiba di destinasi dengan selamat.

Ladies and gentlemen, welcome to  Paris Charles de Gaulle Airport.

For your safety and comfort, please remain seated with your seat belt fastened until the Captain turns off the Fasten Seat Belt sign. This will indicate that we have parked at the gate and that it is safe for you to move about.

Please check around your seat for any personal belongings you may have brought on board with you and please use caution when opening the overhead bins, as heavy articles may have shifted around during the flight.

On behalf of Air Asia Airlines and the entire crew, I'd like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you on board again in the near future. Have a nice day!

Sebaik sahaja kapal sudah sepenuhnya berhenti, aku dan Han mula berdiri. Mengambil bagasi dan barang-barang peribadi yang telah kami bawa tadi.

Usai itu, aku memberikan Han dahulu jalan di hadapan. Sebab dia aje yang tahu jalan, sedangkan aku sekadar anak ayam yang hanya mengikutinya dari belakang.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now