thirty-one

3.2K 206 5
                                    

Aku pegun berdiri di hadapan bangunan besar atau lebih tepatnya pusat beli belah yang boleh tahan mahal juga barang-barang yang dijual di dalamnya. Kiri kanan dipandang. Lalu-lalang orang-orang yang berada di luar pusat ini. Buat aku pelik dan tertanya-tanya, kenapa Han bawa aku pergi Pavillion?

"Encik Han, kita buat apa kat sini?" aku dongakkan sedikit kepalaku untuk memandang wajah Han.

"Can you help me?" soalan dibalas soalan. Aku tanya dia, Han tanya aku balik.

"Help? Encik nak saya tolong apa?" tanyaku. Tayang muka tak faham.

"Saya kekurangan baju. Boleh tak temankan saya cari pakaian?" pinta Han.

Tergamam aku bila dengar permintaan dia tu. Wow... untuk pertama kalinya ada orang ajak aku shopping! Lagi terkejut bila bos sendiri yang ajak. Macam mimpi. Namun tak sampai di situ, aku kembali teringat sesuatu. Tak silap aku, banyak aje baju Han dalam bilik dia aku nampak hari tu. Berlambak. Kenapa nak beli lagi?

"Errr...sajalah nak tanya. Encik bukan dah ada banyak baju ke? Kenapa nak beli lagi?" soalku canggung.

"I have an important day after tomorrow" jawab Han. Mudah.

Oh macam tu... Ada hari penting rupanya.

Aku mengangguk seraya tersenyum. Jawapannya kali ini masuk akal. Otak aku terima.

"Okey la kalau macam tu. I will accompany you" kataku.

Aku dan Han berjalan beriringan menuju ke pintu utama Pavillion. Tiada yang di depan dan tiada yang di belakang. Dua-dua masuk bersama. Ramai jugalah orang yang curi pandang ke arah kami berdua. Rasa macam jadi pusat perhatian haiwan di zoo negara pula. Tapi kami terus sahaja berjalan tanpa memperdulikan orang sekeliling kami.

Tepat di hadapan branch mewah berjenama antarabangsa pilihan Han, kami berhenti. Seakan tahu dengan kedatangan Han, pelayan kedai tersebut langsung mempelawa baik Han dan aku untuk masuk. Fuh, rasa macam diri dah jadi VIP pula. Padahal orang kat sebelah aku ni yang VIP. Tak dapat nak tipu, penangan Han memang sangat kuat. Sampaikan aku yang sekadar berdiri di sampingnya ni pun membuatkan orang lain tunduk hormat denganku.

"Thank you" ucapku kepada pelayan kedai tersebut.

"My pleasure, miss" balas wanita itu. Tangan kanannya diletakkan di dada lalu menunduk kecil ke arahku. Hormat.

Aku yang nampak itu hanya sekadar membalasnya dengan senyum kecil. Jujur kata, aku rasa canggung lah pula tiba-tiba. Rasa macam tak layak dapat layanan macam ni. Aku hanya orang biasa. Dan bukannya siapa-siapa kepada Han.

Sekeliling kedai itu aku pandang. Lama sampai tak berkelip mata tengok baju-baju yang ada. Semua nampak cantik dan elegan. Dan yang pastinya, mahal!

"Erina, come here" panggil Han.

Aku yang sejak tadi termenung lama akhirnya menggeleng. Han yang sudah jauh di bahagian pakaian lelaki itu aku pandang. Kemudian laju ku atur semula langkahku menghampiri Han.

Sebaik sahaja aku berada tepat di hadapannya, Han angkat baju yang dipegangnya.

"How do you think about this?"

Baju hitam berlengan panjang yang disangkutkan dengan penggantung baju itu Han tayang.

Lama aku tenung baju itu. Dan selama aku tenung itu jugalah, aku menilai kesesuaian baju itu dengan Han. Kesimpulan yang aku boleh buat, apapun yang Han pakai, ianya akan tetap nampak menawan dan sesuai.

"Nice" jawabku. Ibu jari aku tayang depan Han. Menandakan baju yang di pilih itu menepati pendapat aku.

"Rate?"

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now