twenty-five

3.6K 213 22
                                    

Aku dah kata! Aku rindu. Baru tiga hari tak bertatap mata, tapi aku dah rasa rindu yang teramat. Kadang-kadang, aku juga risau dengan lelaki bernama Han itu. Setiap saat aku pasti tertanya-tanya....sekarang dia buat apa? Dah makan atau belum? Ubat dia dah makan?

Haih...Apa lah nak jadi dengan aku ni.

Hari ini hari Isnin. Cuti khas Malaysia. Jadi aku tak masuk kerja. Esok baru aku boleh jumpa Han. Tak apa lah. Aku hanya perlu sabar hingga hari esok tiba.

Bosan juga lah, tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv? Semua rancangan yang disiarkan semuanya sama. Senang kata, siaran ulangan. Nak baca novel? Aku dah habis baca. Haih...

Sudahnya hari ni aku cadang nak pergi pasaraya beli belah. Nak beli barang apa yang patut. Terutamanya barang dapur. Bahan mentah dan kering seperti keropok dan biskut itu wajib ada. Jangan lupa juga maggi. Aku tak akan biarkan makanan dekat dapur aku kering tak berisi. Sebab aku ni cepat lapar. Kadang-kadang tengah malam aku sanggup perang dapur semata-mata nak bagi makan perut aku yang manja ni. Layan aje lah.

Barang-barang dalam rak aku capai lalu memasukkannya ke dalam troli. Macam yang aku dah kata tadi, beli barang apa yang patut.

"Milo? Check! Cadburry? Check! Maggi kari? Check!....."

Dan yang seangkatan dengannya aku periksa. Pastikan semua barang yang nak di bayar cukup. Jangan sampai dua tiga kali berpatah balik cari benda apa yang tertinggal.

Sesudah itu, aku pergi ke kaunter pembayaran yang terletak di hadapan pintu masuk pasaraya. Nak terbangkan duit untuk benda yang berfaedah. Aku beli makanan kan? Berfaedah lah tu.

Selesai bayar, aku terus keluar dengan tangan yang berisi seplastik penuh barang makan. Aku pandang depan.

Ada farmasi. Oh ya! Baru ingat sesuatu. Aku memang sengaja pilih pasaraya ni sebab nak beli vitamin dekat farmasi. Niat nak tambah sumpliment untuk diri. Terpaksa. Aku kena buat macam ni supaya aku tak letih buat kerja seharian.

Aku berjalan menuju ke farmasi yang terletak tak berapa jauh dari lokasi aku kini. Bila pandang sekilas, aku hembus nafas lega. Fuh! Nasib tak ramai orang. Bukan apa, walaupun ianya sekadar farmasi, tapi tempat ni tak pernah tak penuh dengan orang. Macam masuk Watson pulak aku rasa.

Aku pandang kiri kanan bila sedar diri dah terpajak tepat di dalam farmasi. Gerak-gerak mata memandang. Mula mencari di mana bahagian vitamin diletakkan. Namun saat aku sedang sibuk mengimbas lokasi, dengan tak sengaja aku ternampak sekujur tubuh tegap yang mesra alam buat aku. Terus aku dekati dia.

"Carlo?" tegurku.

Lelaki itu terus berpaling menghadapku. Tayang muka tak percaya.

"Tesoro!" balasnya.

Aku sekadar balas senyuman kecil ke arahnya. Pelik. Dia buat apa kat farmasi waktu-waktu macam ni?

"Awak buat apa kat sini, Carlo?" soalku. Bukan aku tak sedar tangannya sejak tadi nampak macam sedang mencari sesuatu.

"Saya sedang cari ubat tahan sakit" jawabnya.

Membulat mataku dengar. Jantung pula tak perlu ditanya lagi. Kencang macam kena ribut taufan.

"T...tahan sakit? Why? Awak sakit ke?" tanyaku berbaur kerisauan.

Nampak Carlo menggeleng kepala.

"Not me but Han..." balasnya dengan nada sedikit gemuruh. Takut-takut nak bagitahu aku.

Wajahku bertukar panik sebaik sahaja dengar jawapan Carlo. Han? Apa yang telah terjadi dengan dia?!

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now