thirty-four

3.2K 181 13
                                    

Gembira. Itu yang aku rasa hari ni. Keluar berjalan dengan bos kesayangan buatkan hatiku semakin berbunga dengannya. Tambahan lagi layanan Han terhadap aku macam dah kalah-kalah permaisuri. Pelik. Aku pun tak tahu kenapa.

Kami melangkah keluar kereta dan terus mengatur langkah masuk ke dalam hotel De' Stella. Dua tangan memegang kotak beg barang belian tadi.

Sewaktu masuk, macam biasalah. Tak sah kalau tak ada yang pandang-pandang ke arah kami. Rasa canggung juga bila banyak mata-mata yang duk menjenguk ke arah kami. Tapi aku hanya buat tak tahu. Tayang muka biasa. Senyum dan tenang.

Sebaik sahaja kami dah terpasak tepat di dalam lobi hotel, mataku terus terpaku pada susuk lelaki yang sedang duduk di atas sofa lobi itu. Berpakaian kemeja biru dan seluar jeans. Matanya serius pandang skrin telefon. Dan bila aku pandang dia, aku cuba ingat-ingat siapa gerangan itu.

"Siapa eh?" aku diam berdiri sambil mengetuk-ngetuk dagu. Berusaha imbas memori.

Lama aku tenung lelaki itu dari jauh. Mata dikecilkan. Menganalisis. Jujur, aku tak dapat nak cam dia sebab kepala dia menunduk. Badan dan cara dia duduk sahaja aku rasa familiar.

Tak lama lepas tu, aku nampak dia angkat kepala. Toleh kanan, tepat di mana mata kami bersabung dari jarak yang hjauh.

Mataku sedikit meluas. "Azrell?" detik batinku berbicara. Dia buat apa dekat sini?

Aku nampak dia senyum sambil melambai ke arahku. Macam tengah suruh aku untuk ke sana. Memikirkan itu, aku langsung menoleh ke arah Han yang sedang berdiri dua meter dariku.

"Encik Han..." panggilku sebaik sahaja berdiri tepat di hadapannya. Supaya dia tak jalan, aku dengan pantas pergi halang laluannya.

Dipandangnya aku. Wajahnya statik macam selalu. Tak ada emosi yang terlihat.

"Hmm?" gumam Han. Sebelah keningnya naik ke atas sambil pandang ke arahku.

Berusaha aku kumpul kata. Nak minta izin untuk berjumpa dengan Azrell sekejap. Nampak macam si Azrell, kawan Amran tu nak bagitahu sesuatu dengan aku.

"Boleh tak encik pergi dulu?" kataku.

"Why? Where you want to go?" Tepat di mana aku berhenti tanya, Han terus memintas. Dia seakan tahu aku nak ke sesuatu tempat. Matanya tajam pandang wajahku. Seram.

Telan air liur.

"Saya nak jumpa kawan sekejap. Sekejap aje. Boleh kan?" berusaha aku pujuk Han supaya dia bagi aku lampu hijau. Katanya ada sesuatu nak bagitahu aku di penthouse nya nanti. Tapi nampak gaya kena lah aku tangguhkan untuk seketika.

Kebil-kebil mataku pandang dia.

"Boleh kan?" aku ulang sekali lagi.

Bila pandang muka aku yang macam kucing minta makanan ni, Han majukan selangkah kakinya ke hadapan. Aku di tutupi bayang-bayang. Yang maksudnya Han semakin dekat denganku.

"Do you have an important affair with your friend, mariposa?" tanyanya. Selamba tapi cukup menggerunkan.

Aku teguk air liur lagi. Serta merta aku jadi gugup. "Errr..."

"I will give you a greenlight for this time" kata Han.

Langsung aku angkat mukaku. Pandang muka Han dengan mata yang sedikit meluas. Sangat tak percaya. Wow!

"Thank you, encik!" kataku gembira. Kalau lah dia abang atau sedarah denganku, dah lama aku peluk dia kuat-kuat.

Han menggeleng.

[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇Onde as histórias ganham vida. Descobre agora