Deel & Deen 50

Comincia dall'inizio
                                    

Indah mengangguk menyokong.

Idlan mula mengembungkan pipi.

"Idlan tahu daddy akan tunaikan semua permintaan Idlan. Tapi, daddy takkan mampu tunaikan permintaan Idlan untuk nikah dengan Qisha kan?" Soal Idlan perlahan. Melihat mummy dan daddynya enggan memberikan sebarang jawapan Idlan hanya ketawa perit.

"Mummy dan daddy sembunyikan sesuatu dari Idlan ke? You both look suspicious".

Indah dan Saiful terkedu mendengar bicara Idlan.

"Kami tak ada sembunyikan apa - apa dari Idlan. Kami cuma tak mahu Idlan pergi ke mana - mana. Mummy dan daddy tak mahu berkongsi Idlan. Idlan hanya anak kami".

"Idlan memang anak mummy dan daddy. Takkan ada apa yang berubah. Idlan cuma nak pergi jumpa Qisha..."

"No. Pergi masuk bilik". Bantahan Saiful membuatkan air muka Idlan berubah. Tak sempat Idlan hendak membuka mulut daddynya awal - awal lagi sudah mengarahkan dua pengawal peribadinya itu menariknya kembali masuk ke dalam bilik.

Tubuh Idlan diletakkan berhati - hati di atas katil.

"Apa ni? Saya nak keluar. Tepi!" Arah Idlan tegas.

"Maafkan kami, tuan muda. Arahan tuan besar jauh lebih penting". Ujar salah seorang daripada dua orang pengawal peribadi itu. Mereka berdua keluar dari bilik Idlan.

Klak!

Pintu bilik Idlan dikunci dari luar.

Idlan lekas sahaja berlari ke arah dedaun pintu lalu pintu itu diketuk kuat.

"Mummy, daddy bukalah pintu!" Seru Idlan kuat.

Pintu diketuk lagi.

"Maafkan kami, Idlan. Kami berdua buat semua ni demi kepentingan Idlan juga. Idlan takkan keluar dari bilik tu selagi Idlan masih berdegil nak pergi ikut arahan perempuan tu". Kata Saiful tegas.

Idlan menangis.

"Kenapa buat Idlan macam ni? Idlan nak jumpa Qisha je..." Lirih suara Idlan bertutur.

Apa silapnya Qisha sehingga mummy dan daddy begitu melarang dia berjumpa gadis itu?

Idlan melorot jatuh ke atas lantai lalu dia memeluk lututnya.

Nak jumpa Qisha...

Idlan menangis lagi.

+++

TIGA kali Qisha mendail nombor Idlan. Namun, tiga kali itu juga panggilannya tak disambut. Qisha memandang telefon bimbitnya.

"Mana Deen?" Suara Zafir menegur tatkala melihat adiknya kelihatan resah.

"Deen tak jawab pun panggilan Qisha. Semalam Qisha call cepat aje dia angkat. Sekarang, tiba - tiba dia tak angkat langsung". Adu Qisha sambil memuncungkan bibir. Qisha melabuhkan punggungnya di atas buaian.

"Deen ada urusan kut. Husnuzon aje lah..." Balas Zafir.

Nanti dia cakap lebih - lebih tentang Aydeen mahunya Qisha mengejarnya dengan penyapu. Satu hal lagi dia nak pujuk kucing liar ni.

Qisha mencebik.

"Qisha kesian kat Uncle Zaf dan Aunty Reen aje. Mereka tentu dah gembira tunggu Deen balik".

Zafir menghela nafas.

Itu memang dia tak mampu hendja nafikan.

Kesian dia jadiny dengan parents Aydeen. Memang dulu dua - dua itu salah. Tapi, setiap orang pernah melakukan kesalahan dan selayaknya diberikan peluang untuk menebusnya.

Ting!

Notifikasi telefon Qisha berbunyi lantang.

Aplikasi whatsapp dibukanya.

Assalamualaikum, Qisha. Aku dah tak mahu teruskan hubungan kita. Berhenti cari aku dah. Jangan kacau hidup aku sebab aku dah bahagia - My Deen.

Bibir Qisha melopong sebaik sahaja membaca mesej itu.

Apa yang Aydeen fikirkan ini?!

Geramnya!

+++

"SELESAI...", Saiful mengukirkan senyuman puas hati tatkala membaca balasan mesej Qisha.

Waalaikumusalam. Suka hati awaklah. Malas saya nak layan! - My sayang.

Mesej itu dipadamnya lalu telefon Idlan diletakkan kembali ke tempat asal yang Idlan tinggalkan tadi.

"Abang dah selesaikan perempuan tu?" Soal Indah lembut sambil menghidangkan secawan kopi untuk suaminya.

"Abang dah selesaikan perempuan tu. Indah jangan risau. Selagi abang ada takkan ada sesiapa pun yang boleh memisahkan Idlan dari kita. Abang akan buat apa saja demi Idlan kekal tinggal dengan kita". Tekad Saiful sambil mencicip kopi itu.

Indah tersenyum lega.

"Nanti saya nak buat brownies untuk Idlan. Kesian anak kita menangis tadi". Tutur Indah serba salah. Sejujurnya, dia tak tergamak mahu mendengar tangisan Idlan. Namun, suaminya risau sekiranya Idlan akan bertindak mahu keluar juga.

"Buat saja. Abang pun kesian tengok dia".

Indah menghela nafas.

"Tuan dan puan besar..." Seru salah seorang pembantu rumah dengan begitu lembut sambil membuka langkah mendekati pasangan itu.

"Ada apa?" Soal Indah lembut.

"Cik Trisha datang nak bertemu tuan muda. Katanya, tuan muda panggil dia datang". Kata pembantu rumah itu.

"Oh..." Indah mengemam bibir.

"Nak suruh dia masuk ke?" Soal Indah perlahan.

"Panggil sajalah. Nanti apa pula Hannah dan Zamir kata kalau kita tak benarkan anak mereka masuk sedangkan Idlan dah panggil dia datang ke sini". Bidas Saiful.

"Kalau macam itu, panggil saja dia masuk". Gamit Indah.

Tak sampai lima minit pembantu rumah mereka menghilang ke laman depan untuk bertemu Trisha, Trisha kelihatan masuk ke dalam rumah bersama - sama senyuman yang manis.

"Ini hadiah dari mom untuk aunty". Kata Trisha seusai meleraikan pelukan dengan Indah.

Indah tersenyum nipis.

Hari ni pakaian Trisha tak terlalu seksi seperti biasa.

"Mana Idlan?" Soal Trisha sambil meliar mencari kelibat lelaki itu.

"Ada dalam bilik. Ketuk dulu tau. Jangan main masuk je. Nanti Idlan marah. Apa - apa nanti panggil saja aunty", Pesan Indah.

"Baik! Trisha naik dulu tau". Ucap Trisha bersama - sama senyuman manis lantas dia memanjat tangga menuju ke arah bilik Idlan.

Trisha menguntum senyuman.

Hari ni dia takkan lepaskan peluang. Sekali pun takkan.

DEEL &  DEEN  (B4) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora