Deel & Deen 48

Depuis le début
                                    

Qisha memegang pipinya yang terasa membahang.

Arghh, ini gila!

Idlan menyimpul sengihan tatkala matanya mengekori Qisha yang sudah semakin menjauh.

"Idlan, awak tahu kan zina mata tu terjadi bila mata memandang perempuan bukan mahram tanpa sebab?"

"Saya pandang si comel tadi sebab nak order makanan. Kalau kita bercakap tak pandang muka orang tu akan digelar biadab tau". Balas Idlan bersama - sama senyuman manis.

"Saya pergi ke tandas sekejap. Tolong tengokkan handbag saya". Pinta Trisha sambil menghulurkan beg tangannya pada Idlan. Idlan hanya menyambutnya tanpa banyak soal lalu Trisha bingkas menuju ke arah tandas.

Qisha yang sedang kebetulan menunggu menu disiap masak terus mengikuti Trisha masuk ke dalam tandas. Qisha melihat Trisha masuk ke dalam salah satu daripada tiga tandas.

Tatkala melihat Trisha masuk di tandas yang kedua, Qisha bingkas masuk ke dalam tandas yang pertama. Qisha memanjat mangkuk tandas dan dia senyap - senyap memerhatikan Trisha dari atas.

"Seekor - seekor cuba menggoda Idlan. Aku tak kira hari ni aku mesti pastikan dia ikut aku balik ke rumah. Alang - alang dapat menggoda dia sehingga kami terlanjur tentu Idlan akan bertanggungjawab". Gumam Trisha seraya menayangkan sengihan suka apabila membayangkan Idlan menjadi miliknya.

Qisha mencerlung tajam memandang Trisha.

Kau nak perangkap future husband aku? Siap kau...

Qisha turun dari tandas lalu Qisha mengambil sebaldi air bilasan jamban lalu dia mengangkat dengan berhati - hati masuk ke dalam tandas pertama. Lantas, Qisha menuangkan air itu ke atas kepala Trisha.

Spalsh!

Pakej jeritan Trisha membuatkan hati Qisha menjadi harmoni. Heheh.

Qisha lekas turun lantas dia mengunci pintu tandas yang dihuni Trisha lalu Qisha meletakkan baldi itu ditempat asalnya semula.

Qisha membasuh tangannya membersihkan tangan dari sisa kotoran.

Pintu tandas diketuk dari dalam.

"Terkunci?!" Suara Trisha menjerit terkejut.

Qisha menahan ketawa tatkala mendengar bunyi pintu diketuk dengan begitu cemas.

"Buka pintu please. Sesiapa saja!" Rayu Trisha. Suara perempuan itu kedengaran mahu menangis.

Qisha mengukir senyuman sinis.

Padan muka!

+++

SELEPAS kes pembunuhan Nayli. Mereka berdua telah menetap di sebuah kawasan terpencil tanpa rangkaian internet atau apa - apa penggunaan peranti canggih untuk mereka mengelakkan diri dari diberkas pihak berkuasa.

"Sampai bila kita nak hidup macam ini?" Suangguh Muiz sudah tidak mahu hidup dengan mereka terpaksa menjadi orang nomad. Muiz sendiri tak sangka bahawa abangnya tergamak memperkosa perempuan yang digelar Nayli itu dan membunuhnya.

"Sampai aku mati". Balas Shah bersahaja.

Muiz menghela nafas.

"Kenapa abang tak simpan saja perempuan itu? Kenapa perlu membunuh dia? Jika tak tentu sahaja abang masih boleh menggunakan dia. Untung - untung Muiz dapat anak buah". Rungut Muiz perlahan.

"Aku memang nak simpan dia. Tapi, cara dia cakap tu buat hati aku sakit walaupun badan dia boleh tahan juga". Bidas Shah sinis.

Memorinya kembali mengimbau batang tubuh Nayli sewaktu dia memperkosa perempuan itu. Memang sangat mengiurkan.

DEEL &  DEEN  (B4) Où les histoires vivent. Découvrez maintenant