Ayreena melabuhkan punggung di atas sofa.

Tubir matanya menghangat.

"Saya takut hilang Deel", Adunya dengan suara sebak.

"Sayang, doktor sendiri kata jantung untuk Deel masih dalam proses. Deel sendiri redha..."

"Saya takkan redha! Saya tak suka sesiapa menyusahkan Deel. Deel sepatutnya berehat. Bukan Deen menyusahkan dia saja!"

Harraz meraup wajah.

Isterinya ini memang keras kepala sungguh.

+++

"TERIMA kasih tolong hantarkan aku balik". Ucap Aydeen seraya mengukirkan senyuman ikhlas. Aydeel pula menghilang pergi mencari Ayeen di bilik gadis itu untuk mengajaknya membantu Aydeel memujuk si mama.

"Aku tak tahu mama kau layan kau macam tu". Tutur Zafir serba salah.

Selama ini dia anggap hidup Aydeen sempurna saja tanpa masalah. Mana tidaknya orang sekeliling Aydeen pasti aje menyukai lelaki itu. Hanya segelintir sahaja yang membenci.

Aydeen tersengih.

"Mama aku tu baik je sebenarnya. Biasalah perempuan mengandung ada pasang surutnya. Nanti, lepas aku mengandungkan adik kau jadi macan itulah. Marah - marah aje. Lepas tu manja - manja dengan aku". Seloroh Aydeen seraya ketawa nakal.

"Kalau tak memikirkan kau ni adik Deel memang dah lama aku pelakung kepala kau. Adik aku muda lagi. Kau kuburkan dulu niat kau untuk berkahwin dengan dia". Pesan Zafir geram.

Aydeen tersenyum.

"Aku bergurau aje. Aku memang bersungguh nak kahwin dengan Qisha. Aku janji dengan kau. Lepas aku dapat kahwin dengan Qisha. Aku akan kerja untuk sara hidup Qisha tanpa menyusahkan papa dan mama aku. Aku janji dengan kau aku akan jaga Qisha elok - elok", Kata Aydeen dengan bersungguh - sungguh.

Zafir menepuk lembut bahu Aydeen.

"Aku doakan yang terbaik untuk kau. Apa pun aku balik dululah",

"Maaf sebab tak dapat iring kau dengan red carpet sampai ke pintu utama. Kaki aku buat hal".

Zafir gelak kecil.

"Tak apalah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum", Pamit Zafir lantas dia berlalu keluar dari bilik Aydeen.

Senyuman Aydeen perlahan - lahan mati.

Kenapa mama bencikan Deen sangat? Kenapa mama selalu anggap Deen ni menyusahkan Deel? Mama sebenarnya lagi suka hubungan Deel dan Deen dingin macam dulu ke?

Dadanya disentuh.

Allah...

Sakitnya perasaan bila dibenci oleh mama sendiri.

Aydeen mencapai bantal di sisinya lalu ditekupkan pada wajahnya dan dia menjerit dan menangis sepuas hati sebelum Aydeel masuk semula ke dalam bilik.

Dia betul - betul terluka!

+++

AYDEEL melangkah masuk ke dalam bilik Ayeen lalu tangan adik perempuannya itu ditarik lembut membuatkan Ayeen terus terbangun dari pembaringan.

"Sorry, abang kacau Ayeen tidur ke?" Soal Aydeel lembut.

Ayeen terkebil - kebil.

"Ayeen baru aje nak terlelap. Kenapa ni Abang Deel? Muka resah semacam aje".

"Abang termarah mama tadi. Abang bukan sengaja pun. Api amarah ni tiba - tiba naik mendadak bila mama selalu salahkan Deen. Abang kesian dengan Deen sebab asyik dia aje yang kena. Lambat - laun dia putus asa juga dengan kita". Cerita Aydeel dengan jujur.

"Abang Deel. Mana mama tak marah? Abang Deel sepatutnya tak payah pergi sekolah dan berehat. Abang Deel tu dah sakit teruk".

"Mana ada sakit teruk. Abang siap boleh berlari tau!" Nafi Aydeel.

"Lari? Abang Deel naik tangga pun dah termengah - mengah. Dah tak larat sangat. Ayeen tahu Abang Deel sayang Abang Deen. Ayeen pun sayang Abang Deen juga. Tapi, tolonglah jaga diri. Apa yang Ayeen nak jawab pada Abang Deen kalau apa - apa jadi pada Abang Deel?"

"Jawab ajelah yang umur abang tak panjang".

Pak!

Ayeen menampar kuat lengan Aydeel.

"Sakitlah, Ayeen". Rungut Aydeel perlahan.

Muka aje lembut. Padahal tangan kuat betul menamparnya.

"Abang Deel jangan cerdik sangat nak bagi jawapan. Abang Deel nak Ayee beritahu Abang Deen pasal ni ke?" Ugut Ayeen.

"Jangan, Ayeen. Nanti Deen buat kerja gila!" Larang Aydeel pantas.

Biarlah nyawa melayang sekalipun takkan sesiapa dapat menggantikan seorang Aydeen disisinya.

Ayeen menghela nafas.

"Abang Deel berehatlah sementara waktu ni. Ayeen rasa kawan - kawan Abang Deel memang sudah sedia maklum".

"Apa pula pandangan Deen kalau dia nampak abang asyik tidur saja. Abang tak boleh mac-Auchhh sakit Ayeen!" Aydeel mengusap pipi kanannya yang dicubit geram oleh adiknya.

"Jangan banyak alasan. Ayeen tampar Abang Deel nanti. Mari cepat kita pergi pujuk mama",

"Abang takutlah. Nanti kalau mama suruh abang pergi buat rawatan kat luar negara macam mana? Lama abang nak tinggal kat sana. Entah berjaya atau tak pembedahan kat sana. Tahu - tahu saja abang mati".

"Abang Deel memang nak kena tampar dengan Ayeen kan?!" Soal Ayeen garang.

"Ampun anak kucing! Abang terlepas cakap". Kalut Aydeel memohon maaf.

Ayeen mengembungkan pipi.

Geram betul.

"Jomlah cepat", Ayeen lekas memeluk lengan Aydeel supaya mengikutinya menuruni tangga untuk bertemu dengan papa dan mama mereka di ruang tamu.

"Abang Deel turunlah perlahan sikit". Tegur Ayeen tatkala melihat abangnya begitu seronok menuruni tangga. Nak tunjuk yang dia sihatlah tu!

Namun, langkah yang laju itu semakin perlahan.

"Abang Deel". Kalut Ayeen menuruni tangga dengan pantas untuk mendekati abangnya.

Aydeel menumbuk perlahan dadanya.

"Sa-sakit..." Dia menangis perlahan.

"Allah. Papa!" Ayeen menjerit memanggil si papa tatkala tubuh abangnya semakin melembik untuk di tahan.

"Papa!" Jerit Ayeen lagi.

Menangis dia tatkala Aydeel sudah rebah dalam pelukannya.

"Kenapa ni?!" Soal Harraz risau..

"Papa, tolong Abang Deel. Ayeen takut!" Adu Ayeen seraya menangis apabila melihat papanya mula mengendong tubuh Aydeel.

"Papa bawa Deel pergi hospital. Ayeen tolong tengok - tengokkan mama". Pesan Harraz seraya berlalu pergi.

Ayeen menangis semahunya.

Allah...

Panjangkan usia abangnya.

Antara Aydeel atau Aydeen kedua - duanya dia tak mahu hilang dalam masa sesingkat ini!

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now