"Perempuan sangat bahaya untuk seorang lelaki. Kau dan aku perlu kekalkan jarak yang selamat supaya..." Aydeen berjeda seketika.

Wajah Nayli ditatap sedalam yang mungkin.

"Abang aku tak salah faham". Tuturnya senada.

Secara magisnya, Aydeel datang menyergah mereka berdua. Mungkin wajah yang kelihatan santai dan bersahaja. Namun, Aydeen tahu pandangan Aydeel kerana mereka ditempatkan di dalam satu uri.

Aydeel cemburu.

Ya, Aydeen faham itu.

Disebabkan itu Aydeen mengarahkan Nayli agar menjaga jarak mereka berdua agar kelak dia tak mendapat fitnah dari hubungan dia dan Nayli. Abang kembarnya begitu menyukai Nayli dan perkara ini akan menjadi bencana sekiranya terdapat bukti yang boleh dijadikan fitnah untuk memutuskan hubungan baik dia dan Aydeel.

+++

AYDEEL menompang dagu memerhatikan keakraban Nayli dan Aydeen. Tanpa sedar hati lelakinya mula mencetuskan perasaan sangsi. Nayli kelihatan begitu prihatin pada Aydeen.

"Mereka berdua bercinta ke? Wah, nampak sangat sepadan". Pujian yang didengari Aydeel sebelum dia mendekati Aydeen dan Nayli sedikit sebanyak mula membakar hatinya. Ya, dia harus akui bahawa aura dia dan Aydeen sangat berbeza meskipun seraut wajah mereka sama.

Dia punya aura yang menyenangkan orang sekeliling. Manakala, adik kembarnya itu pula mempunyai aura yang memikat.

Nayli sukakan Aydeen ke?

Memikirkan perkara itu membuatkan Aydeel menjadi takut. Sudah cukup lama dia memendam perasaannya pada Nayli. Mustahil untuk dia melepaskan Nayli pada Aydeen jika benar Nayli menyukai adiknya.

"Termenung apa tu?" Teguran Aydeen membuatkan Aydeel mengukirkan sengihan hambar.

"Tak ada apa". Balasnya ringkas.

Aydeen memerhatikan seraut wajah abang kembarnya. Rasa teruk pula kerana dia seolah - olah orang yang ketiga di dalam hubungan Aydeel dan Nayli. Sememangnya dia tak mahu ikut. Namun, Aydeel yang memujuknya kerana Aydeel sendiri segan untuk berdua - duaan dengan Nayli.

Aydeen meliar memerhati kawasan sekeliling.

Sepasang matanya terhenti pada figura seseorang yang dia hampir tidak jumpa saban hari.

"Qisha..." Perlahan bibir Aydeen menggumam.

Drastik Aydeen bangun tatkala melihat Qisha yang mahu keluar dari perpustakaan. Pantas Aydeen mengejar langkah gadis itu tanpa sebarang pamitan pada Aydeel atau Nayli.

"Qisha!" Qisha terus melajukan langkah tatkala mendengar suara Aydeen menyerunya.

Abaikan dia. Deen patut dijauhi.

Kau akan menjadi mangsa lelaki seperti dia.

Deen lelaki yang bahaya, Qisha.

Berkali - kali hatinya membisikkan hasutan agar menjauhkan dia dari cengkaman buaya Aydeen.

"Qisha!"

Qisha terus berlari apabila mendengar suara Aydeen semakin hampir dengannya. Tanpa sedar, dia berlari ke tengah jalan sehingga...

Pin!

Bunyi hon sebuah kereta yang memandu laju ke arahnya. Qisha memejam rapat kelopak matanya. Redha dengan kemungkinan yang bakal terjadi. Namun, tubuhnya bergolek ke bahu jalan bersama - sama seseorang.

Perlahan - lahan mata dibuka.

Qisha melopong melihat dia selamat di dalam pelukan Aydeen.

Sepasang mata mereka berdua bertemu.

"Kau ni bodoh ke? Aku panggil kau kenapa kau tak berhenti?! Kalau nak lari daripada aku sekalipun jangan sesekali lari ke tengah jalan. Bahaya!" Hambur Aydeen garang.

Qisha diam.

Aydeen melepaskan tubuh Qisha.

"Kau cedera tak?" Soal Aydeen risau.

"Tak..."

Qisha memandang seraut wajah Aydeen yang tampak lega apabila melihat tubuhnya bersih dari sebarang luka.

"Kau nak lari dari aku kan tadi? Pergilah lari". Halaunya.

Qisha terkebil - kebil memandang Aydeen.

"Apa maksud awak?" Soalnya perlahan. Tak mengerti.

"Kau tanya aku pula. Tadi aku panggil kau... Kau yang beria - ria larikan diri dari aku. Pergi lari sekarang sebab aku jamin kau akan terselamat dari aku". Tutur Aydeen mendatar.

Qisha kaku memerhatikan Aydeen.

"Pergilah. Nanti kau jadi mangsa aku pula". Gertak Aydeen lagi.

Qisha mengundurkan langkah lantas dia berlalu pergi meninggalkan Aydeen sendirian. Aydeen hanya diam memerhatika Qisha yang berlalu pergi.

Ada baiknya juga gadis itu membencikan dia.

Qisha tak perlu menanggung sakit seperti dia menanggungnya.

Aydeen perlahan - lahan bangun.

Namun, dia jatuh kembali.

Allah...

Saat itu, nama Maha Esa mula terluncur dari bibirnya. Dia tak mampu untuk bangkit. Sakit memang tak terperi.

Nafasnya hampir terhenti apabila dia melihat Qisha yang nyaris dilanggar kereta. Gara - gara risau memikirkan keselamatan Qisha... Aydeen melupakan segala pergerakkan keselamatannya sebelum bertindak. Apa yang Aydeen tahu otaknya membuat tindakkan refleks untuk dia membantu Qisha.

Tapi, bagaimana dia mahu pulang sekarang?

Dia tak mampu untuk berdiri.

"Kau lembab". Kutuk Aydeen sendiri.

"Marilah", Tiba - tiba sahaja seseorang membantunya bangun. Tatkala sepasang mata Aydeen bertemu dengan mata itu. Aydeen terus sahaja terkaku.

DEEL &  DEEN  (B4) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora