Deel & Deen 26

En başından başla
                                    

"Kenapa muka resah ni? Ada apa - apa masalah ke?" Soal Aydeel prihatin.

Aydeen mengukirkan senyuman nipis.

"Mana ada muka aku resah. Aku pandang sir mengajar",

"Kau tipu, Deen. Kau bukannya fokus pandang apa yang sir ajar. Kau termenung. Tentu saja kau punya masalah sekarang ini", Aydeen terdiam sebaik sahaja mendengar bicara Aydeel.

Adakah dia begitu mudah dibaca?

"Deel dan Deen perkara menarik apa yang kamu berdua bincangkan tu?" Suara guru matematik membuatkan Aydeel dan Aydeen terdiam. Tambahan lagi mereka menjadi tumpuan pelajar di dalam kelas.

Aydeel dan Aydeen saling berpandangan.

"Err, tak ada apa - apa... Sir", Bidas Aydeel bersama - sama sengihan hambar.

Aydeen turut mengukirkan sengihan.

Lega mereka bila melihat guru matematik itu kembali mengajar. Ah, hal mereka ini tak patut dibincangkan di dalam kelas!

Aydeel memberi isyarat mata pads Aydeen yang membawa makna 'kita bincang perkara ini kemudian'.

Aydeen menggaru batang leher.

Jika itu yang abang kembarnya mahukan dia terpaksa memikirkan cara untuk memutar belit cerita agar abangnya tidak merisaukan keadaan dia. Apatah lagi, Aydeel begitu mempercayai Shah. Mustahil Aydeel akan mendengar cakapnya.

+++

FIRASH mengemas barangannya untuk pulang. Firash memandang Ayeen yang juga sudah bersedia untuk pulang.

"Ay-",

Sebelum Firash sempat menyeru Ayeen, Muiz terlebih dahulu menarik tangan Ayeen supaya mengikutinya keluar dari kelas. Senyuman kemenangan Muiz betul - betul membuatkan Firash rasa hendak membelasah Muiz!

Firash bingkas mengikuti Ayeen dan Muiz tanpa disedari.

Sesungguhnya, Firash tak rasa Muiz terlalu baik untuk memimpin Ayeen keluar dari pagar sekolah. Sudah pasti lelaki itu punya niat jahat terhadap Ayeen.

Sementara itu, Ayeen mengerut menahan sakit tatkala tangannya digenggam kuat. Pergelangan tangannya bertukar menjadi merah apabila Muiz berkasar dengannya.

"Muiz, kita nak pergi mana?" Soal Ayeen penuh keliru.

"Muiz nak musnahkan hidup Ayeen", Jawapan Muiz membuatkan air muka Ayeen berubah.

Muiz nak musnahkan hidup dia?!

Mereka berdua sudah jauh menuju ke kawasan belakang sekolah yang sudah sunyi. Apatah lagi, Muiz seakan sedang menuju ke arah stor lama. Berderau terus darah Ayeen apabila memikirkan bahawa Muiz mahu melakukan perkara keji terhadapnya.

"Lepaskan saya!" Ayeen cuba merentap tangannya dari terus dipegang Muiz.

Namun, tubuhnya ditolak masuk ke dalam stor lama itu. Muiz menutup pintu stor itu sebaik sahaja mereka berdua menghuni. Tubir mata terus terasa menghangat tatkala melihat senyuman Muiz yang mula bertukar keji.

"Mu-Muiz kenapa nak buat Ayeen macam ni?" Soal Ayeen sayu.

Ayeen mahu bangun namun Muiz lebih tangkas menahan gadis itu. Menjerit Ayeen dibuatnya tatkala Muiz bertindak mahu menindihnya.

"Semua ni sebab abang kau. Aku buat demi abang aku", Bisik Muiz.

"Apa salah abang - abang saya?! Saya tak pernah kenal pun abang awak!"

"Hidup abang aku hampir musnah sebab abang kau yang tak guna tu! Satu - satunya kekasih abang aku pun abang kau rampas. Sekarang, aku datang untuk musnahkan kau. Aku nak abang kau rasa macam mana sakitnya abang aku rasa", Bicara sinis itu membuatkan Ayeen menangis.

DEEL &  DEEN  (B4) Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin