Deel & Deen 25

Comincia dall'inizio
                                    

Zafir dan Firdaus terdiam.

Nayli dan Aydeel sudah lama berkawan. Takkan begitu mudah perasaan 'itu' muncul? Kenapa mereka tak menyukai Nayli seperti mana Aydeel menyukai Nayli?

"Satu lagi, jika kau orang nak tahu Nelly pun suka abang aku juga", Kata Aydeen.

"Betul lah kata orang. Perempuan dan juga lelaki takkan boleh berkawan baik. Tentu ada yang akan terjatuh cinta". Tutur Firdaus.

"Tapi dalam hal ini dua - dua dah jatuh cinta. Hmm, Fir kenapa kita tak jatuh cinta? Kita bukan kawan baik ke? Kau cintakan aku tak?" Soalan sengal Firdaus membuatkan Zafir mendebik leher lelaki itu.

"Sakitlah!"

"Aku ni masih berada di jalan yang benar! Aku takkan sesekali jadi golongan yang dilaknati Allah", Bidas Firdaus geram.

Zafir mencebik.

Dia bukan serius pun. Itu pun nak marah.

Aydeen cuma tersengih senang. Luahkan, Deel.

+++

TUBIR matanya bertakung menahan perasaan perasaan marah dan kecewa yang mula bercampur baur. Kenapa dia rasa dipermainkan sedangkan dia tak punya hati pada Aydeen. Tapi, benarkah dia tak ada perasaan pada Aydeen sedangkan sekarang ini dia benar - benar kecewa tatkala melihat Aydeen mengatakan bahawa dia cintakan Nayli.

"Wah... Wah... Wah..." Qisha mengangkat wajah memandang Shah yang mendekatinya bersama - sama senyuman sinis.

"Kenapa awak ada kat sini?" Soal Qisha perlahan bersama - sama suara yang bergetar. Dia sedaya upaya menahan tangisannya.

"Kau fikir aku boleh biarkan kau bersedih ke? Aku datang nak pujuk kau", Kata Shah seraya melabuhkan punggung di atas kerusi kayu bersebelahan Qisha. Gadis itu memerhatikan Shah dengan pandangan yang tak mengerti.

"Aku memang dah agak yang kau akan kecewa dengan Deen. Dia takkan pernah kekal dengan seorang perempuan. Sebenarnya, aku kawan lama Deen kat sekolah lama. Dia tak mahu berkawan dengan aku sebab dia tak mahu keburukkan dia terbongkar", Kata Shah.

Qisha mengerutkan dahi.

"Apa maksud awak?"

"Deen tu playboy",

"Itu saya tahu..." Balas Qisha perlahan. Aydeen itu lelaki yang kacak. Mana mungkin tiada siapa yang mahukannya.

"Bukan maksud aku playboy yang itu. Kau tahu yang Deen tu dah tidur dengan ramai perempuan? Awek aku dulu pun tidur dengan dia juga. Kami putus kawan sebab perkara itu la. Kau rasa kau sanggup terima nasib yang sama? Deen takkan bertanggungjawab lepas dia tidur dengan mana - mana perempuan", Tutur Shah.

Qisha terdiam.

Kenapa sejauh itu Aydeen pergi? Kenapa Aydeen tergamak menganiaya perempuan sebegitu rupa?

"Tapi, kalau Deen cuba nak berubah..."

"Kau rasa dia nak berubah ke? Kau tak nampak yang hari itu dia punya beria kata kau milik dia. Tadi apa yang kau nampak? Kau nampak dia pegang tangan Nelly dan confess perasaan dia kan? Kau rasa dia dah berubah ke?" Soal Shah penuh sinis.

Qisha mati kata.

"Aku kenal permainan Deen, Qisha. Lebih baik kau menjauhkan diri dari Deen sebelum kau pun jadi mangsa santapan dia. Aku takut kau sengsara seumur hidup. Deen tu lepas dia dapat apa yang dia nak dia akan buang perempuan macam sampah", Tutur Shah lagi. Makin sakan dia mengapikan Qisha supaya membenci Aydeen.

Lebih mudah kerjanya jika Qisha membenci Aydeen. Tentu sahaja musuhnya itu akan musnah perlahan - lahan.

Air mata Qisha akhirnya tumpah jua.

DEEL &  DEEN  (B4) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora